sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 28 May 2013

PANAS !! UMNO KEDAH SAHUT CABARAN UNTUK BERUBAH ?? YA KA ??

 Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

SHAH ALAM – Saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Barisan Nasional (BN) merubah kerangka politiknya supaya ia kekal relevan pada pilihan raya umum akan datang disambut baik Umno Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, walaupun BN menempa kejayaan dalam PRU lalu, namun persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu dilaksanakan.

“Transformasi sebelum ini adalah baik namun saranan perdana menteri perlu diberi perhatian agar penambahbaikan dalam semua aspek berjaya dilakukan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau turut berkata BN Kedah melalui Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir begitu komited untuk melaksanakan transformasi.

“Memang banyak yang ingin dilakukan tetapi buat masa ini kita beri peluang kepada MB untuk melaksanakan perancangan pentadbirannya," katanya lagi.

Najib sebelum ini berkata, BN perlu melakukan transformasi termasuk dari segi strategi, pendekatan, pembaharuan program dan lebih pragmatik supaya terus mendapat sokongan rakyat.

Najib menekankan bahawa amat penting kepada BN untuk berubah jika tidak mahu rakyat yang berubah. SINAR

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive