sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 30 September 2013

TUDIAAAA !!! BR1M NAIK LAGI !! 2 X SETAHUN !! APA RAKYAT MAHU LAGI !!! @NajibRazak



Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali pada tahun depan kata
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata selain itu kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat
melalui transaksi kepada akaun bank penerima.

Sungguhpun begitu, beliau berkata nilai BR1M hanya akan diumumkan pada
pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak, 25 Okt ini.

“Kita telah menyediakan draf pertama yang telah dibentangkan kepada perdana menteri, jadi sekarang kita sedang memperkukuhkan lagi pemberian BR1M.

PANAS PRK SG LIMAU !!! UMNO PERLIS HANTAR 2000 BALA TENTERA KE SG LIMAU !!! @NajibRazak @MukhrizMahathir #PRKSGLIMAU


Itu dia , terbaik dari skuad Tok Shahidan !!! Petanda Umno mahu perubahan untuk penduduk Sungai Limau.

# rezeki untuk penduduk Sungai Limau ... hihi sapa nak sewa rumah habaq la no .. hihi ..

GEMPAR !! PENDUDUK DUN SG LIMAU TERKEJUT KEHADIRAN MUKHRIZ !!@NaiibRazak @MukhrizMahathir #MM4VP #PRKSGLIMAU


Petang semalam selepas balik dari mesyuarat di wisma Darulaman , Apj terus berkejar ke Bukit Besar , Dun Sungai Limau di katakan Datuk Mukhriz akan ke sana dalam Majlis santai di warung Pak Su. 

Majlis ringkas tersebut di selitkan dengan tahlil untuk Arwah Ustaz Azizan , mantan Menteri Besar Kedah yang juga Adun Sungai Limau. 

Tahlil dan bacaan doa tersebut di ketui oleh imam masjid Bukit Besar iaitu Ustaz Sayuti, turut dihadiri oleh barisan exco Kerajaan negeri Kedah dan barisan kepimpinan Umno/BN di ketui oleh Dato Suhaimi Abdullah. 

Penduduk sekitar yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar baik dari Umno mahupun Pas , keterujaan mereka adalah kerana tidak tahu akan kehadiran Menteri Besar ke situ , kerana majlis ini hanya dirancang awal pagi. 

Sunday 29 September 2013

KERUSI PANAS PEMILIHAN !!! MUKHRIZ ANCAMAN ATAU PEMIMPIN MASA HADAPAN ?? @MukhrizMahathir #MM4MT



Apj tak tahu apa sebenarnya yang ditakuti oleh musuh politik DP Mukhriz , macam-macam perkara yang sanggup dilakukan oleh mereka , demi memastikan Mukhriz tidak terus naik ke peringkat kepimpinan tertinggi Umno. 

Tidak di nafikan aura kepimpinan Mukhriz makin terserlah , lebih-lebih lagi membawa Bn kembali menakluki Kedah dan terus diangkat menjadi Menteri Besar Kedah. 

Baru -baru ini laporan berat sebelah oleh The Economist menyatakan bahawa Mukhriz menjadi ancaman kepada Perdana Menteri jika menang dalam pemilihan dan perebutan Naib Presiden nanti. Apj petik kenyataan Tun M tentang perkara ini. 

PANAS !! BAKAL2 BARISAN PANGLIMA MUDA UMNO GERUNKAN PUAK PAKATAN !!! #Mukhriz4Exco @NajibRazak @khairykj #PEMILIHANUMNO



Apj terut teruja dengan calon-calon exco pemuda Umno Malaysia yang di lihat menpunyai aura dan suara baru pemimpin muda yang bakal merubah wajah Umno selepas ini. 

Antara calon Exco Pemuda Umno ini adalah saudara Dato Ahmad Mukhriz , muda lagi , baru berumur 34 tahun tapi punya aura kepimpinan sendiri . Punya suara dan mahu perubahan dan menjadikan Umno lebih kuat.

MANTOP !!! ANWAR CUCUK BOTOX PUN HAMPA NAK KECOH KA !!! HUH !! MUDA LAGI APA !!!


Muahahhaaaaa !!! Kecoh kecoh betui la hampa ni !!! Kalau betui Anwar ni cocoks botox pun apa salahnya , bukan dia tua lagi , baru 67 tahun laaa , muda lagi huh !! 

Yang hampa nak jeles kat dia pasai apa hah ?? Pelik aku la !! Tahun depan dia baru nak masuk 68 tahun ... dulu ya la dia duk sibuk kempen nak jadi Perdana Menteri , tu yang sampai cengkung tu , tak makan , tak minum  , asyik turun sana sini kempen , tu belum kira penat bedal china doll lagi , jantan doll lagi !!! Kesian dia tau , sampai cengkung muka dia !! Huh 

La ni dia kan dah di tabal sebagai Perdana Menteri Pasolatido , so masa untuk rehat la sikit , ada masa nak pi cucuk tang situ , tang sini , tang sinun !! Huh 

Saturday 28 September 2013

HOT PERMILIHAN UMNO : TUDIAA !! MOHON CALON JUMPA PERWAKILAN SENDIRI -UMNO KEDAH !! @MukhrizMahathir @NajibRazak #MM4VP



UMNO KEDAH MAHON CALON JUMPA PERWAKILAN SENDIRI




JERLUN - Umno Kedah memohon supaya dipertimbangkan agar calon pada pemilihan parti Oktober ini diberi peluang berjumpa sendiri dengan para perwakilan.

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pihaknya ada menerima rungutan serta aduan mengenai tata etika yang agak mengongkong dan menyekat calon untuk memperkenalkan diri masing-masing secara bersendirian.

"Saya faham ia (syarat) dibuat bagi memastikan tiada perkara boleh mudaratkan parti... untuk elak amalan tidak beretika, tapi dalam waktu sama saya rasa penting untuk setiap calon diberi peluang jumpa perwakilan dan perkenal diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas peringkat negeri, di sini hari ini.

PANAS !! KES ANAK ALLAHYARHAM UST AZIZAN PUKUL POLIS KELMARIN !!!



Rupa-rupanya ada insiden buruk yang berlaku sewaktu bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menghembuskan nafas yang terakhir di atas katil wad di Hospital Sultanah Bahiyah semalam. Insiden yang memberikan gambaran atau imej buruk kepada ahli keluarga Azizan Abdul Razak itu, pastinya akan menjadi titik mula kepada perubahan pemilihan calon-calon di DUN Sungai Limau dalam PRK yang bakal diberikan tarikhnya oleh SPR sebaik-baik sahaja menerima notis daripada Speaker DUN Kedah berhubung kematian Azizan.

Kalau mengikut blog Kedahan, Insiden tersebut berlaku, lebih kurang pada pukul 11:55 pagi pada waktu Ustaz Azizan baru meninggal dunia, apabila seorang anggota polis dari IPD Kota Setar telah ditugaskan ke bilik Wad ICU. Anggota polis berkenaan telah diarahkan untuk memantau dan merakamkan gambar-gambar yang berkaitan di situ.

PANAS !! ANAK PERAK HARAMKAN PENGGANAS DISEMADI MALAYSIA !!! @NajibRazak @azwanbro #OneBro4NKP




Mayat Chin Peng Tidak Boleh Dibawa Pulang

Pihak-pihak yang menaruh impian hendak membawa pulang mayat atau pun abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang meninggal dunia di Bangkok untuk disemadikan di bumi Malaysia adalah dikecam.

Kita tidak akan membenarkan mendiang dikebumikan di Malaysia atas faktor sejarah dan kekejaman yang pernah beliau lakukan. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana didakwa oleh beberapa pihak termasuk parti politik. Beliau tetap komunis yang tidak boleh diterima di bumi Malaysia. Chin Peng mengetuai PKM yang bertanggungjawab penuh keatas kematian beribu anggota keselamatan dan rakyat waktu darurat.

Justeru itu, saya tidak nampak sebarang sebab mengapa mayat atau abu Chin Peng harus dibawa balik ke Malaysia. Chin Peng sudah mati dan mayat seorang teroris seperti beliau tidak layak disemadikan di Malaysia - azwan bro 

APJ : SUARA ANAK PERAK MEMPERTAHANKAN BUMI BERTUAH !! 

PANAS !!! HOT ARTIS !! FIDA LARI ?? AWAT PULAK DAH !!!

SHUHAIMI KECEWA FIDA LARI




KECOH baru-baru ini apabila pengarah muda Shuhaimi Lua dikatakan mengamuk di set penggambaran gara-gara tindakan seorang pelakon utama telefilem Kampungku Aidil Adha (akan ditayangkan pada 15 Oktober) yang menghilangkan diri sebelum sesi penggambaran selesai.

Malah, Fida didakwa kerap merungut mengenai isu logistik sepanjang penggambaran selama lapan hari itu. Ekoran tidak puas hati, pelakon tersebut mengambil tindakan nekad meninggalkan set penggambaran tanpa sebarang penjelasan.

Kosmo! menemu bual pengarah Shuhaimi Lua yang meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pelakon tersebut.

Dalam pada itu, Fida turut memberikan respons terhadap tohmahan yang dilemparkan terhadapnya selain menyatakan tindakan lanjut yang akan diambil berhubung perkara terbabit. Ikuti temu bual berikut.

#BERANIBERUBAH !! PERUBAHAN , KEKUATAN DAN ARAS BARU BAKAL WARNAI WANITA UMNO @suraya_yaacob @NajibRazak #Suraya4NKW





Calon bagi naib ketua wanita UMNO
Malaysia iaitu Datuk Suraya Yaacob. 

Beliau bukanlah seorang yang asing bagi penduduk Pendang memandangkan beliau sudah 3 penggal berturut2 menang sebagai wakil rakyat kawasan Dun Sungai Tiang yg terletak di Parlimen Pendang.

Beliau selaku Ketua Wanita UMNO Pendang juga disegani dan dihormati oleh jentera wanita dan puteri Pendang kerana kerja keras beliau utk memastikan jentera wanita dan puteri aktif dlm program masyarakat setempat dan juga terlibat secara langsung dlm kempen PRU baru2 ni.oleh itu, tidak hairan lah apabila UMNO bahagian Parlimen Pendang dipilih menjadi UMNO bahagian yg paling aktif di Malaysia .

Di peringkat nasional pula,beliau adalah bekas pengerusi TEKUN.sepanjang menjawat jawatan itu,ramai yang telah dibantu untuk dimulakan perniagaan, seterusnya telah membantu mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan ramai bumiputera mengubah taraf pendapatan yang lebih baik.

Friday 27 September 2013

HOT NEWS !! PRK SG LIMAU !! PELUANG BN CERAH !! @NajibRazak #PRKSGLIMAU



BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil di kerusi Dun Sungai Limau berdasarkan rekod dan prestasi BN yang semakin baik setelah berjaya merampas Kedah daripada Pas pada PRU13 lalu.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, kemenangan Umno-BN dalam mana-mana pilihan raya akan tercapai jika jentera dan kepimpinan di semua peringkat dapat bekerjasama dan tidak berpecah-belah.

“Insya-ALLAH, sekarang kerajaan BN di Kedah, saya lihat kita ada harapan (Dun Sungai Limau).

“Kita semua perlu bekerja kuat, kalaulah semua orang Umno khususnya orang kita bersatu, kemenangan boleh kita perolehi, jangan kita berpecah,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Chapter 6: FURTHER DESTRUCTION DONE BY TONY PUA AND ANTHONY LOKE

Sun Tzu quoted, “For to win one hundred victories in one hundred battles is not the acme of skill. To subdue the enemy without fighting is the acme of skill”. This is so true. A dictator never invents their own opportunities. Stand up and make your choices as one of the penalties for refusing to participate in politics is that you end up being governed by your inferiors.

In this chapter, I will continue writing about the lies and deception after they make the announcement on the outcome of the meeting.

In addition to making announcements on the counting computer error, victory of Zairil and dropped of Vincent Wu, in the same press conference on 4th. January 2013, Tony Pua also announced that the first meeting of the CEC on 16th. September 2012 is valid. In politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way.

This is what I meant by Tony Pua who invites a huge disaster and will lead to the destruction of DAP. The same action as the HIV virus injected into the body (DAP) and the body (DAP) are now mired with AIDS disease and at any time soon to be dead. Dialectic thought is an attempt to break through the coercion of logic by its own means.

HOT INFO !! NOTIS KEKOSONGAN KERUSI DUN SG. LIMAU AHAD INI !! #PRKSGLIMAU




ALOR SETAR: Notis makluman mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak, akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) paling awal Ahad ini.

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Safian, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, sebentar tadi.
Beliau berkata, buat masa ini pihaknya masih menunggu laporan beberapa pihak termasuk keluarga Allahyarham sebelum membolehkan beliau meneruskan tanggungjawabya selaku Yang Dipertua DUN Kedah.

HOT INFO !!! PANAS !!! INI ADALAH RAYUAN SAYA - @tunfaisal @NajibRazak @khairykj #TF4MT




Seperti yang saya sebutkan di dalam tulisan sebelum ini, membuat rayuan adalah tanggung jawab saya, kerana ia bukan sahaja mengenai saya, Pemuda UMNO Malaysia dan Pemilihan UMNO 2013, tetapi kerana ia akan menjadi rujukan atau'precedent' kepada banyak perkara selepas ini.

Rayuan Calon MT bukan soal pemilihan 2013 semata-mata @KhairyKJ @NajibRazak

http://tunfaisal.blogspot.com/2013/09/rayuan-calon-mt-bukan-soal-pemilihan.html

Dalam rayuan saya, saya menyatakan bahawa saya tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan menggugurkan nama saya dari senarai Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sebaliknya hanya membaca mengenainya di portal berita BERNAMA.

Melalui portal berita BERNAMA, dilaporkan bahawa “tiada calon untuk nombor 11 dan 60 disebabkan mereka yang mengambil borang pencalonan tidak menyerahkannya semasa proses pendaftaran calon Sabtu lepas.”

Saya ingin menyatakan bahawa laporan ini adalah TIDAK BENAR sama sekali dan saya mempunyai salinan Borang Pendaftaran Calon bernombor siri 0000465 yang mempunyai cop nombor calon 000060 dan penerimaan oleh Dato’ Hj Tajudin bin Harif, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia.

Melalui sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dimaklumkan bahawa penolakan pendaftaran saya adalah disebabkan saya tidak pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal. Alasan ini agak mengejutkan saya dan saya ingin merayu keputusan Jawatankuasa Pengurusan atas sebab-sebab berikut:-

HOT INFO !! RAYUAN CALON MT BUKAN SEKADAR RAYUAN SEMATA-MATA !! @NajibRazak @khairykj @tunfaisal #TF4MT




Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan terhadap diri saya dalam isu Calon Ahli Majlis Tertinggi. Saya amat-amat menghargainya. Cuma saya berharap kita semua dapat bertenang kerana saya di dalam proses membuat rayuan mengenainya. Jika boleh, biarlah pandangan dan hujah untuk menyokong atau tidak menyokong diberikan tanpa perlu mengaitkan mana-mana pihak.

Tidak timbul soal saya tidak mengembalikan Borang Pendaftaran Calon kerana borang tersebut sudah dikembalikan di hadapan puluhan saksi di PWTC pada hari Sabtu 21 September 2013.

Tidak timbul juga soal saya tidak merujuk kepada mana-mana pihak sebelum menawarkan diri dan mengembalikan Borang Pendaftaran Calon kerana saya telah merujuk kepada pelbagai pihak termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli bin Tan Sri Mohamed Ghazali.

KERUSI PANAS !!! VIDEO INGINKU LAHIRKAN ZURIAT UMNO !!!! @NajibRazak @azwanbro #OneBro4NKP



Baru-baru ini diadakan satu wacana bakal Naib Ketua Pemuda Umno di Ampang, Selangor yang dihadiri oleh calon-calon bakal Naib Ketua Pemuda Umno.

Masing-masing telah memberitahu hadirin akan visi dan misi mereka Jom Ikuti apa yang diperkatakan oleh seorang calon iaitu Khairul Azwan Harun atau panggilan mesra Azwan Bro.

                                               JOM KLIK SINI

PANAS PEMILIHAN UMNO !!! KES TUN FAISAL ADALAH MASALAH TEKNIKAL !!! @NajibRazak @muhyiddin_yassin @khairykj @tunfaisal #TF4MT


Kemelut yang melanda calon Majlis Tertinggi Umno dari Exco Pemuda Umno iaitu Tun Faisal yang digugurkan dari pertandingan sedikit terubat apabila Ketua Pemuda Umno , Khairy Jamaluddin membuat rayuan kemarin. 

Tun Faizal Ismail Aziz yang digugurkan daripada senarai pemilihan kerana dikatakan tidak memenuhi syarat, Khairy berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ini adalah masalah teknikal menyebabkan beliau terkeluar daripada pertandingan.

Thursday 26 September 2013

TERKINI !!! JENAZAH USTAZ AZIZAN DI KEBUMI PETANG INI !!!



Jenazah Ustaz Azizan akan dikebumikan di Muassah Darul Ulum Pokok Sena Petang ini berdekatan pusara Ustaz Fadhil Noor .

Ustaz Azizan meninggal dunia jam 11.30 pagi tadi akibat masalah jantung . 

AL-FATIHAH !!! TAN SRI AZIZAN MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI !!! @MukhrizMahathir


Al-Fatihah !!! Tan Sri Azizan Razak baru sahaja meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sebentar tadi akibat masalah jantung dan tidak sedarkan diri dari semalam. 

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau dan ditempatkan dalam golongan yang beriman . 

TUDIAAA !!! LEBIH 30000 PELUANG KERJAYA !!! TUNGGU APA LAGI !!! @NajibRazak @NazirHussin79



Karnival kerjaya terbesar di negara ini, Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair 2013 (BNYJF 2013) menyediakan lebih 30,000 peluang pekerjaan oleh lebih 300 syarikat, selain menyediakan platform kepada mereka bagi memulakan perniagaan secara dalam talian.

Pengerusi sekretariat, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kira-kira 30 hingga 40 syarikat yang mengendalikan perniagaan secara dalam talian akan terlibat dalam karnival dengan menawarkan skim-skim khas yang boleh diceburi golongan belia.

#PEMILIHANUMNO !!! TRANSFORMASI KEPALA LUTUT!!! TRANSFORMASI JAMBAN !!!! @muhyiddinyassin @NajibRazak @khairykj



Pergi jahanam dengan transformasi...


Boleh jalan sama itu keterbukaan dan demokrasi...


Ramai lahirkan kekesalan apabila Tun Faisal digugurkan sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO atas alasan tidak menepati syarat asas. Syarat kelayakan ialah sekurang-kurangnya ahli Umno tiga tahun dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian sekurang-kurangnya satu penggal.


Baiklah...!

BIADAP !!! JENTERA SIBER PRO BN DIKATAKAN BUDAK MENTAH !!! @NajibRazak @khairykj #TF4MT #SISWA #GELOMBANGSISWA


KURANG DI AJAR !!! ITU AYAT PERTAMA YANG APJ TUJUKAN PADA MAMAT PENJILAT NI !!! 

KAMI DIAJAR MENJADI PEJUANG UMNO BUKANNYA PETUALANG UMNO !!! 

KENAPA MAMAT NI TULIS MACAM TU ?? MAI BACA SINI 

DAH BACA ?? KAMI JENTERA SIBER UMNO BUKAN PENJILAT MACAM MACAI TERRY NI !! NAMA PUN DAH RUPA PENJAJAH HUH !!!

NAK TENGOK BAGAI MANA BUDAK MENTAH MACAM KAMI NI PUNYA PENGARUH !!!

#GELOMBANGMAHASISWA

Wednesday 25 September 2013

TERKINI !! TAN SRI AZIZAN RAZAK KRITIKAL !! MARI KITA DOAKAN !!



Keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, dilapor kritikal selepas mengalami komplikasi pada denyutan jantung sejak awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan bekas Setiausaha Politik beliau, Muhammad Sanusi Mohd Nor, ketika mengulas komen yang dimuat naik melalui status akaun Facebook miliknya yang dikemas kini kira-kira sejam lalu.

Azizan yang juga Ahli Dewan Undanan Negeri (ADUN) Sungai Limau kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

PANAS MELAMPAU !!! APA DAH JADI NI !!! NAMA CALON MT UMNO LENYAP DALAM SENARAI !!! JAWAB ATAU MALAPETAKA ?? @NajibRazak @khairykj @tunfaisal #TF4MT



Apj agak terkejut apabila senarai UmnoOnline nama calon Majlis Tertinggi dari EXCO PEMUDA iaitu Tun Faisal Ismail Aziz No.60 tidak tersenarai .

Apakah ertinya semua ini ??? adakah kerana Tun Faisal  bukan AJK Bahagian satu penggal maka kelayakan Tun Faisal digugurkan dari bertanding ??? Huh !!!

Adalah Ibu Pejabat Umno buta atau lupa  yang Tun Faisal adalah Exco Pemuda Umno diperingkat pusat yang telah banyak menyumbang kepada Umno?

Sesungguhnya Apj dan pastinya rakan-rakan yang menyokong Tun Faisal mahu jawapan dari Ibu Pejabat Umno sendirj nanti !! Jangan sampai malapetaka menanti !!! 

HOT PEMILIHAN UMNO !! KERJA KERAS UNUK MENANG !!! @MukhrizMahathir @NajibRazak #BeraniBerubah


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan peluangnya untuk menang jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti itu bulan hadapan "50-50".

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, Mukhriz yang cuba Pengerusi Perhubungan Umno Kedah mengakui, beliau terpaksa bekerja keras untuk memenangi pertandingan enam penjuru itu.

"Kesemuanya bukan calang-calang orang. Yang bertanding enam orang dan jawatannya tiga.

PANAS !!! DAP TERLALU BONGKAK !!! @cmlimguaneng



Bekas ADUN Teratai Jenice Lee menyifatkan tindakan DAP meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya membuat temujanji jika mahu melihat bukti surat pengesahan 500 perwakilan yang tidak dapat hadir pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Disember lalu, sebagai bongkak

Kata beliau, DAP sepatutnya mengambil inisiatif untuk berjumpa dan menyerahkan maklumat itu kepada ROS sekiranya benar CEC parti itu dibuat secara telus.

"Kenapa perlu begitu. Sepatutnya kedua pihak kena 'give and take', kenapa nak tunjuk macam ni? Sepatutnya DAP kena hantar kepada ROS.
"Seperti agak bongkak la dengan menggunakan cara itu," katanya ketika dihubungi Antarapos.

PANAS CERITA PARLIMEN !!! MAJLIS PEGUAM ANTI KERAJAAN !!! @NajibRazak

Majlis Peguam hari ini diselar kerana dilihat mengambil sikap menentang kerajaan serta kebanyakan keputusan dan kenyataan yang dikeluarkannya berbaur pembangkang.

Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) berkata sebagai badan yang ditubuhkan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976, Majlis Peguam bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat.

Katanya di bawah Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 difahamkan Majlis Peguam mempunyai peranan yang penting kerana badan itu yang akan mengeluarkan sijil amalan guaman kepada peguam asing yang akan datang berkhidmat di negara ini.

"Saya khuatir, jika Majlis Peguam ini diberi kuasa untuk meluluskan sijil-sijil ini, mereka akan memilih 'bulu', hanya mereka yang sependapat dengan mereka sahaja akan diberi kelulusan untuk berkhidmat di negara ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau turut mencadangkan supaya wakil daripada Jabatan Peguam Negara secara automatik dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam Majlis Peguam dalam pindaan itu.

HOT ARTIS !! ADAM AF2 BAKAL KAHWINI FIZA ELITE !!! #CeritaArtis #Hot



PENYANYI Adam AF2 mengakui tidak peduli dengan status janda bakal isterinya iaitu penyanyi dan pelakon Fiza Elite.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, berkata, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak-anak selebriti tersebut.

"Secara jujurnya saya tidak pernah kisah tentang status seseorang wanita itu, memang ramai yang bertanya saya sama ada saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Saya sudah bersedia insya-Allah, harap semua pihak dapat doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas," katanya, dipetik mStar Online.

BERI SAYA PELUANG !!! SAYA CALON MARHAEN !!! #MM4VP @NajibRazak @MukhrizMahathir



Mekanisme baharu yang digunapakai dalam pemilihan Umno kali ini dapat memastikan kebarangkalian berlakunya politik wang, hampir mustahil, kata calon naib presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir.

Sehubungan itu katanya, sebagai calon yang dianggap "underdog", beliau merasa lebih yakin untuk bertanding jawatan naib presiden kerana mempunyai kelebihan dari aspek itu.

"... saya juga dianggap sebagai mewakili kumpulan marhaen dalam Umno dan kumpulan ini yang paling ramai dalam 148,000 ini," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Tuesday 24 September 2013

DIALOG KRISIS TIMUR TENGAH !! BERSAMA DP MUKHRIZ MAHATHIR PETANG INI !! JOM SAKSIKAN @mukhrizmahathir @NajibRazak #MM4VP



Mendepani cabaran negara dalam berhadapan dengan impak terhadap pergolakan yang berlaku di Timur Tengah, Sinar Harian telah mengambil inisiatif mengadakan dialong bersama pemimpin bagi berkongsi pandangan berkaitan isu ini.

Membawa tajuk ‘Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia', dialog ini akan menampilkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir selaku panel.

Monday 23 September 2013

LAGI GEMPAR !!! KEDUDUKAN RANGKING BLOG PRO BN DAN PRO PR DALAM MALAYA !!!! @NajibRazak @tunfaisal


KEDUDUKAN TERKINI BLOG PRO BN DAN PRO PR !!! 
MARI KITA TENGOK SAPA YANG KENA 

JOM BUKA SINI








TUDIAA !!! RANGKING LIGA BLOGGERS PRO BN MAI DAH !!! @NajibRazak @tunfaisal @shaberyc




Untuk gambaran sepenuhnya klik - Kedudukan Liga Bloggers - WARTA RAKYAT.

WR juga ada mengeluarkan Ranking Liga Portal - KEDUDUKAN LIGA PORTAL

TUDIAAA !! KDN : 92 PENJENAYAH DITEMBAK MATI !!! @zahid_hamidi @pdrmsia TERBAIK !!!



Seramai 92 penjenayah telah ditembak mati sejak 2011 sehingga Ogos 2013, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Daripada jumlah itu, 56 orang adalah warganegara Malaysia dan selebihnya dari Indonesia, Myanmar serta Nigeria.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him secara bertulis pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Tong Him menuntut penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung jumlah kes anggota polis menembak mati individu ketika menjalankan penguatkuasaan dan penangkapan bagi tahun 2011 hingga 2013.

CALON KETUA WANITA UMNO !! RAFIDAH AZIZ HANTAR PROKSI ?? @NajibRazak !! #MAZNAH4KWU

SAYA BUKAN PROKSI RAFIDAH !! 




Calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita Umno, Datuk Maznah Mazlan menafikan beliau menjadi proksi kepada mana-mana pihak termasuk bekas ketua wanita pergerakan itu, Tan Sri Rafizah Aziz.

Menurut Maznah, beliau memutuskan untuk bertanding jawatan nombor satu dalam sayap parti itu pada saat-saat akhir Sabtu lalu, tanpa merujuk kepada sesiapa.

Pada sidang media hari ini, Maznah yang juga bekas timbalan menteri sumber manusia berharap semua pihak menghormati pandangan dan keputusan yang dibuatnya.

GEMPAR !!! STRATEGI LICIK UTAMA UNTUK KEKALKAN DINASTI LIM DI DEDAHKAN !!!



Bekas Naib Pengerusi DAP,Zulkifli Mohd Noor mendakwa terdapat satu senarai terpilih yang direstui oleh kepimpinan tertinggi DAP,dapat berkempen dengan lebih cekap kerana memiliki senarai perwakilan yang akan mengundi sedang berkempen untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.Zulkifli dilaporkan Meloyakini berkata beliau tidak termasuk dalam senarai terpilih tersebut dan tidak dibekalkan senarai perwakilan daripada ibu pejabat DAP.Walaupun Zulkifli tidak menamakan pemimpin atasan DAP yang dimaksudkan itu,namun sudah diketahui umum,ia merujuk kepada penasihat DAP,Lim Kit Siang melalui proksi anaknya Lim Guan Eng yang menjadi Setiausaha Agung DAP.

HOT INFO !!! BERITA GEMPAR LAGI BUAT RAKYAT KEDAH DAN PENGIAT MEDIA SOSIAL KEDAH !!! @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan #KJL1M #KedahAmanMakmur


Tudiaaa !! Apa kita mau lagi !! Karnival Jalur Lebar hujung bulan ni akan dibuat di Kulim , macam-macam ada kat sana , macam-macam tawaran ada , macam-macam program ada !!! Line , Simkad , Broadband , Broadband 1 Malaysiapun menjadi tawaran kepada pengunjung Karnival ini !!! Kalau lepaskan peluang keemasan ni Apj tak tau nak habaq la macam mana !! Huh !!! 

HOT PEMILIHAN UMNO !! HAMPIR 90 % KETUA BAHAGIAN KEDAH DICABAR !!! @MukhrizMahathir @NajibRazak #MM4VP #BeraniBerubah



Proses pendaftaran bagi pemilihan dalam bahagian Umno di Kedah hari ini menyaksikan 11 daripada 15 bahagian berlaku pertandingan bagi jawatan ketua bahagian.

Setelah proses penyerahan borang ditutup 5 petang ini, Bahagian Padang Serai menyaksikan paling ramai calon menghantar borang untuk merebut jawatan ketua bahagian iaitu enam orang manakala masing-masing tiga di bahagian Sungai Petani, Kuala Kedah, Merbok, Langkawi dan Baling.

Bahagian Kubang Pasu, Pokok Sena, Jerai, Pendang dan Sik, masing-masing terdapat dua calon menghantar borang bertanding jawatan ketua bahagian.

PANAS PEMILIHAN UMNO !!! KENAPA HARUS TUN FAISAL BERADA DALAM MAJLIS TERTINGGI !!! @tunfaisal @NajibRazak #TF4MT


Apj sependapat dengan sahabat TaipingMali berkenaan dengan salah seorang wakil exco Pemuda Umno Malaysia iaitu Tun Faisal Ismail Aziz yang bertanding untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno. 

Apj tidak nampak ada sebab perwakilan boleh menolak Tun Faisal untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno. Suara muda harus diberi ruang dalam Majlis Tertinggi Umno agar hasrat dan perjuagan orang muda boleh didengari oleh pemimpin atasan dalam Umno sendiri. 

Sebagai ahli kecil pemuda Umno Apj berasa bangga apabila Tun Faisal berani mahu membawa suara orang muda dalam Majlis Tertinggi apabila menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan nanti. 

PENDEDAHAN EKSKLUSIF !!! SEORANG ADUN BN DI PAHANG PALSUKAN SIJIL NIKAH ?? @NajibRazak @MBPahang



Apa yang Apj mahu dedahkan ni bukan mahu mengaibkan sesiapa atau mana-mana individu atas masalah peribadi mereka tetapi hal ni berkaitan hukum hakam Allah yang dipermainkan oleh individu bergelar Datuk dan Adun ni.

Agak lama jugak Apj buat sisatan sendiri selepas mendapat satu email dari seorang yang katanya dari negeri Kelantan minggu lepas , email yang penuh dengan segala bukti dokumen berkenaan dengan pelmalsuan sijil nikah beliau dengan seorang gadis yang juga hasil siasatan gadis ini adalah bekas kakitangan beliau.

Bukan setakat palsukan sijil nikah tetapi sememangnya mereka berdua tidak pernah berkahwin. Apa yang mengejutkan Apj adalah sijil ini juga ditandatangani oleh pengarah jabatan agama Islam Negeri Kelantan , juga di percayai dipalsukan !!

PEHH !!! PERDANA MENTERI TWEET DARI PEJABAT TWITTER TU !!!! TERBAIK !!! @NajibRazak @twitter



AMERIKA SYARIKAT. Lebih 1.7 juta pengikut Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak @NajibRazak akan merasai pengalaman membaca tweet beliau yang dihantar sendiri dari Ibu pejabat Twitter di San Francisco, California, pada Isnin.

Sebagai seorang yang gemar menghantar tweet dengan 4,999 tweet and 1,745,037 pengikut setakat ini, menurut perangkaan Twitter.Com, Najib dikenali dalam kalangan pemimpin dunia antara yang paling aktif menghantar tweet.

"CEO asing kagum dengan pengetahuannya mengenai IT...beliau malah lebih tahu banyak perkara mengenai aspek teknikal berbanding sesetengah daripada kami. Beliau menarik perhatian CEO dan tokoh usahawan dengan pengetahuannya dalam cara yang mengkagumkan," kata seorang pegawai Malaysia mengulas lawatan kerja perdana menteri ke San Francisco dan New York dari 22 September hingga 29 September.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Najib dijadual melakukan lawatan kerja ke San Francisco untuk mesyuarat tahunan Majlis Penasihat Sain dan Inovasi Global (GSIAC) dari 22 September hingga 24 September dan selepas itu perdana menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-68 Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu di New York dari 25 September hingga 29 September.

GEMPAR !!! ADA CUBAAN JATUHKAN MUKHRIZ ??? #MM4VP #BeraniBerubah @NaiibRazak



Datuk Mukhriz Mahathir menolak kemungkinan berlakunya cubaan untuk menjatuhkan beliau pada Pemilihan Agung Umno kelak oleh ketiga-tiga penyandang Naib Presiden parti itu.

Menteri Besar Kedah itu berkata jika wujud percubaan itu, bermakna ia sama sekali menyalahi Program Transformasi Politik (PTP) yang dibawa oleh Presiden Datuk Seri Najib Razak.

"Saya rasa itu semua kebetulan sahaja, saya tidak percaya mereka mempunyai satu pakatan (untuk menjatuhkan beliau).

"...kalau benar itu yang berlaku bermakna sedikit konflik dengan kenyataan yang mereka keluarkan sebelum ini.

PANAS PEMILIHAN UMNO !!! APA MAIN TUMBUK2 NIH !!! HUH !!! @NajibRazak

Seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mendedahkan kisah sebenar berhubung dakwaan beliau dipukul seorang lelaki ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, yang merupakan calon ke-24 MT itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika beliau berjalan kaki menuju ke PWTC untuk menghantar borang pencalonan Ketua Bahagian Titiwangsa.
Menurutnya, borang pencalonan MT berjaya diserahkan pada sebelah pagi, manakala borang ketua bahagian mahu diserahkan di sebelah petang.

"Saya dicekik, ditendang dan pukul di dada, ketika itu saya sedang berjalan dari Wisma Perkim menuju ke Dewan Tun Razak, PWTC untuk hantar borang calon Ketua Bahagian Titiwangsa.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive