sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 30 May 2014

ARTIKEL : CINA BINA TAMADUN , TAMAK-DUN ??


ARTIKEL saya yang lepas telah mengkritik wacana sebahagian Melayu tentang Cina sebagai penceroboh. Kali ini, saya mengajak orang Cina pula untuk memakai kaca mata ‘sebahagian Melayu ini’. Orang yang bijak tidak akan menolak kritikan musuh begitu sahaja kerana boleh jadi di sebalik pujian daripada seorang sahabat mengandungi racun berbisa.

Harmoni antara bangsa bermula apabila sesuatu bangsa bukan sekadar bertoleransi dengan diversiti tetapi apabila mereka terlibat dalam energetic engagement with diversity (definisi pluralisme oleh Harvard University). Walaupun budaya Barat secara umumnya menganggap Islam sebagai agama pengganas, tetapi ramai mahasiswa Barat mempelajari bahasa Arab sehingga melahirkan orientalis-orientalis yang sangat terkenal.

Mereka sama sekali tidak memberi alasan Islam is terrorism untuk tidak mempelajari bahasa Arab. Barat sedar budaya ilmu, walaupun ada yang non-commercial, adalah sifat asas tamadun.

Tetapi budaya positif Barat ini tidak menjadi mainstream Cina. Bila ditanya “Mengapa masih ramai Cina yang tidak tahu berbahasa Malaysia,” pasti akan ada yang menyindir, “Bagaimana kami boleh menganggap bahasa Melayu itu bahasa Malaysia sedangkan kami sering dianggap sebagai pendatang, penceroboh?”

Adakah frasa dianggap sebagai penceroboh merupakan alasan sempurna untuk tidak berusaha mempelajari bahasa Malaysia? Maka, kalau seorang pelajar dianggap sebagai malas, adakah menjadi alasan sempurna untuknya terus rela menjadi bodoh?

Budaya Barat yang negatif pula menjadi ikutan. The Journey merupakan filem Cina Malaysia yang paling top. Filem ini menonjolkan budaya hamil sebelum kahwin antara hero yang berbangsa Inggeris dengan heroin yang berbangsa Cina. Happy ending!

Begitu indah ceritanya sedangkan hamil sebelum berkahwin bukan budaya asal Cina. “Orang putih” dalam filem ini digambarkan begitu bertanggungjawab terhadap teman wanita Cinanya yang sedang hamil sebelum kahwin sedangkan hakikatnya terlalu ramai wanita dilacurkan di Barat!

Persoalannya, mengapa mainstream wacana Cina memberi gambaran bahawa mereka semakin memberhalakan budaya Barat meskipun yang bersifat negatif dan membuang budaya Cina yang bersifat positif dan ‘Islamik’? Hal ini mengundang perasaan fobia dalam diri Melayu sehingga Cina dilabel sebagai penceroboh yang bersekongkol dengan penjajah Inggeris.

Logik mudah: Mengapa Cina semakin relakan diri mereka dijajah oleh budaya Barat yang negatif jika mereka tidak bersekongkol? Tidak menjadi masalah jika mengambil budaya Barat yang positif.

Apakah aspek yang bersifat positif dalam budaya Barat? Mahasiswa-mahasiswa Inggeris yang bukan penganut Islam di universiti hebat seperti Oxford, Cambridge, London tidak putus asa untuk mempelajari bahasa Arab dan budaya Islam sehingga mereka benar-benar fasih dan arif walaupun Barat mengalami masalah Islamofobia.

Sekiranya bangsa Cina benar-benar menganggap tamadun Barat sebagai ikon tamadun tertinggi bagi mereka, mengapa tidak cross over seperti yang berlaku di Barat dan belajar mengenai Islam yang telah termaktub menjadi Agama Persekutuan walaupun bukan dengan niat untuk memeluk Islam? Kalau yakin bahawa bangsa Cina bukan penceroboh, mengapa tidak bersungguh-sungguh mempelajari bahasa Malaysia sebagai bahasa darah daging?

Semangat patriotisme yang tulen tidak memerlukan insentif selain dari patriotisme untuk belajar bahasa negara.

Mengapa tidak membuktikan bahawa bangsa Cina mampu membina tamadun dunia seperti Barat yang berjaya membina gedung ilmu multicultural yang sangat tinggi? Adakah bangsa Cina hanya sekadar mampu menjadi economic superpower atau kiasu ekonomi sahaja? Hanya sekadar mampu membina TAMAK-DUN iaitu tamak dunia, tetapi bukan TAMADUN yang cintakan ilmu dan peradaban?

Kalaulah sekadar kebendaan yang ditamakkan, jangan menyalahkan bangsa lain yang akan berburuk sangka di kemudian hari kerana tiada tautan antara hati.

Bak kat falsafah Dao De Jing: “Orang yang bijak tidak hanya mempunyai sekeping hati. Semua hati orang akan dijadikan sebagai hatinya. Yang baik, dibalas baik dan yang tidak baik, tetap akan dibalas baik.”


* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive