Pages

Wednesday, 31 December 2014

#QZ8501 : Hanya AirMata Menceritakan Bila Bangkai Pesawat DiTemui



Tidak ada apa-apa ungkapan mampu dilafazkan melainkan airmata yang mengalir bilamana pasukan Mencari dan Menyelamat berjaya menemui bangkai pesawat malang Air Asia QZ8501 hari ini. 

Masuk hari ke empat, Pasukan Mencari dan Menyelamat Indonesia (SAR) berjaya mengesan bangkai pesawat AirAsia QZ8501 menggunakan sistem sonar.

Bangkai tersebut dikesan berada di dasar Laut Jawa, iaitu sehari selepas penemuan serpihan pesawat yang pertama.

Namun belum ada maklumat sama ada pesawat berkenaan masih berada dalam keadaan asal atau sebaliknya.

Terdahulu, Ketua SAR, Bambang Soelistyo mengumumkan setakat ini pasukan menyelamat telah menemui enam jasad daripada pesawat berkenaan.

Kapal Perang Indonesia, KRI Bung Tomo turut menemui sejumlah besar barangan peribadi milik mangsa selain beberapa objek keras daripada bahagian pesawat QZ8501.

Antara objek yang ditemui termasuk peralatan kecemasan, satu unit tingkap kecemasan, beg berisi makanan, kasut kanak-kanak dan sebuah kamera.

Gerakan mencari bagaimanapun dilaporkan berdepan kesukaran kerana ombak besar dan hujan lebat.

QZ8501: Mayat Berpegangan Tangan



PANGKALAN BUN - INDONESIA . Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia, Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, dia melihat tiga jasad mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terapung dalam keadaan berpegangan tangan.

Jasad itu dilihat terapung di Selat Karimata bersama lapan lagi mayat.

“Ada sekitar tujuh hingga lapan objek menyerupai tubuh manusia. Tiga daripadanya terapung dalam keadaan berpegangan tangan.

“Satu lagi mayat berada di bawah serpihan pesawat. Jadi tak sempat diambil gambar,” katanya.

Tri berkata, kesemua jasad berkenaan dikesan dari ketinggian 150 meter dari atas permukaan air.

Selain mayat, turut ditemui objek keras menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat.

QZ8501 Dijumpai, Perasaan Tony Hancur Luluh


KUALA LUMPUR - AirAsia Indonesia mengaku serpihan yang dijumpai semalam adalah daripada penerbangan QZ8501 yang hilang, seperti yang disahkan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Republik Indonesia (Basarnas).

Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan berkenaan berkata, serpihan pesawat Airbus A320-200 itu dijumpai di Selat Karimata, kira-kira 110 batu nautika ke barat daya Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, perasaannya hancur luluh dengan perkembangan itu.

"Ini adalah detik yang amat getir bagi kami semua di Air Asia dalam menanti perkembangan selanjutnya tentang operasi mencari, tetapi perkara yang menjadi keutamaan kami sekarang ialah kebajikan anggota keluarga mereka yang menaiki QZ8501," katanya.

Kenyataan itu berkata, Air Asia Indonesia akan menjemput anggota keluarga terbabit ke Surabaya di mana sekumpulan penjaga kebajikan yang dedikasi akan ditugaskan membantu setiap keluarga bagi memastikan semua keperluan mereka dipenuhi.

"Kaunselor, ahli agama dan pakar kerohanian juga diundang ke pusat keluarga untuk memberi apa jua khidmat yang diperlukan," katanya.

Kenyataan itu berkata, operasi mencari dan menyelamat kini diteruskan dan siasatan lanjut terhadap serpihan yang dijumpai juga sedang dijalankan.

Presiden Indonesia Joko Widodo memberitahu media bahawa semua aset udara dan maritim akan digunakan dalam gerakan mencari secara besar-besaran bagi mengesan pesawat itu, yang hilang daripada pengesanan radar pada Ahad ketika dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.

Tuesday, 30 December 2014

#QZ8501 : TERKINI Lebih 40 Mayat Di Bawa Keluar Dari Laut - Tentera Laut Indonesia


Sebuah kapal perang Indonesia telah mengeluarkan lebih 40 mayat dari laut pada Selasa, dalam usaha mencari pesawat AirAsia QZ 8501.

Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata angka ini sedang meningkat.

"Berdasarkan kepada radio tentera laut , dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat . Mereka sangat sibuk sekarang, " kata Simorangkir .

TERKINI : SERPIHAN PESAWAT AIR ASIA DITEMUI DI LAUT



JAKARTA: Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia hari ini mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.

Maklumat tersebut adalah dapatan daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melihat serpihan tersebut secara langsung.

"Pasukan SAR kami, iaitu pesawat Kalibrasi Kementerian Perhubungan melihat adanya serpihan pesawat berwarna putih dan merah di perairan Pangkalan Bun," ujar Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo di Jakarta hari ini.

Beliau menjelaskan, penemuan serpihan pesawat tersebut berada di koordinat 03.52,50 Selatan dan 110.30,53 Timur.

Serpihan kedua, 03.52,73 Selatan dan 110.30,18 Timur.

Ketiga, 03.53,62 Selatan dan 110.29,39 Timur di perairan Pangkalan Bun.

“Kedudukannya di sekitar 100 batu dari pelabuhan Pengkalan Bun iaitu radius 225 darjah. Maklumat ini sudah diselaras pihak Badan SAR Nasional (Basarnas) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI)," katanya.

Menurutnya, buat masa ini, boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah daripada pesawat AirAsia yang hilang dan ketika ini Menteri Pengangkutan telah berangkat ke Pangkalan Bun,” kata Djoko.

Monday, 29 December 2014

Kesilapan Juruterbang Punca Nahas



SKOPJE - MACEDONIA . Insiden nahas pesawat yang telah meragut nyawa Presiden Macedonia, Boris Trajkovski bersama lapan penumpang lain di Bosnia pada 26 Februari 2004 didakwa berpunca daripada kesilapan juruterbang, menurut laporan siasatan antarabangsa, kelmarin.

Ketua Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa, Omer Kulic mengesahkan beberapa kesilapan sistematik juruterbang didapati menjadi punca utama pesawat itu terhempas ketika ia cuba mendarat di lapangan terbang Mostar di selatan Bosnia.

"Juruterbang terbabit sepatutnya menghala ke Dubrovnik di pantai Adriatik selatan atau Sarajevo kerana radar di lapangan terbang Mostar tidak berfungsi ketika itu," jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi pegawai penyiasat mendedahkan agensi pengangkutan udara awam Macedonia telah memberikan kebenaran terbang kepada pesawat itu walaupun ia belum menjalani proses penyelenggaraan rutin. - AFP

Bila Jahil Mengaku Pandai



NAMPAKNYA laman web dan NGO ultra kiasu begitu memberi publisiti besar-besaran kepada sarjana Iran Amerika Syarikat, Reza Aslan, mengenai pandangannya terhadap Malaysia, terutama isu berkaitan kalimah ALLAH dan tindakan pihak kerajaan terhadap stesen radio BFM yang pernah menginterviewnya.

Katanya, Putrajaya bertindak seperti 'ibu bapa' dan bukan kerajaan yang dipilih, apabila mengharamkan penggunaan kalimah 'ALLAH' dalam kalangan bukan Islam dan menetapkan bagaimana umat Islam Malaysia perlu mengamalkan kepercayaan mereka.

Pihak berkuasa agama tidak perlu wujud secara berpusat di negara-negara yang mengamalkan ajaran Islam, kerana ia umpama merampas kuasa daripada Nabi Muhammad. Reza mengumpamakan, tindakan kita seperti rejim komunis Korea Utara kerana menyekat suara rakyat.

Malaysia dikatakan menjadi bahan ketawa dunia.

Kita tidak perlukan nasihat orang luar. Ramai pakar dalam negara ini yang lebih baik dan berkebolehan daripada beliau. Apa yang beliau tahu tentang Malaysia, sejarah, perlembagaan dan budaya masyarakat di sini? Peliknya, laman web dan NGO tersebut begitu beria-ia mendapatkan pandangannya.

Biarlah seluruh dunia mentertawakan kita, asalkan kita dapat menjaga negara dan rakyat dengan baik. Apa guna menjadi negara sanjungan dunia, tetapi mendapat laknat ALLAH?

Apakah negara Barat tidak menjadi bahan ketawa dunia, apabila merendah martabat manusia lebih hina daripada binatang atas nama demokrasi, seperti membenarkan LGBT, hubungan dan perkahwinan sesama jantina?

Hot Artis : Zizan Razak Akur Permintaan Bapa Emma Maembong



Pelawak Zizan Razak memberitahu majlis perkahwinannya dengan pelakon Emma Maembong akan diadakan secara sederhana mengikut permintaan bapa wanita itu, pelukis terkenal Ismail Embong.

Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abd Razak, 30, berkata, dia tetap akan berlaku adil kepada masyarakat dan peminat yang ingin menyaksikan hari bahagianya nanti.

"Andai kata saya berkahwin dengan Emma nanti, saya akan menghormati permintaan bapanya kerana saya faham orang tua kadang-kadang lebih suka ia dilakukan secara sederhana sahaja.

"Namun saya juga milik masyarakat dan perlu berlaku adil kepada peminat dan masyarakat yang ingin meraikan bersama hari perkahwinan tersebut," ujarnya memetik laporan mStar Online.

Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang keputusan bapa kekasihnya iaitu Ismail Embong yang mahu majlis pernikahan anak-anaknya dilakukan secara sederhana dan tertutup.

mStar Online pada 22 Disember lalu melaporkan, Ismail telah mengecam majlis pernikahan anaknya Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja apabila mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa dengan mengadakan perkahwinan cara membazir termasuklah majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya.

Yaya dan Wan Raja bernikah pada 12 Disember lalu.

Mengulas tentang perkara itu, Zizan berkata ia adalah hal berkaitan keluarga dan tidak perlu diperbesarkan kepada umum.

"Saya tidak boleh berpihak kepada mana-mana kerana bagi saya kedua-dua pihak ada jawapan mesing-masing. Saya tidak boleh memberi penilaian secara peribadi kerana ia adalah hal dalam keluarga yang seharusnya dibincangkan hanya dalam keluarga sahaja.

"Bagi saya apa yang berlaku ayah adalah tetap ayah kita walaupun baik atau buruk pun dia," ujarnya.

Sunday, 28 December 2014

Hot Artis : Amboi-amboi Nora Danish dan Nedim Bercuti Di London Nampak





Foto : Nora & Nedim Bercuti Di London Dengan Anak-Anak


Kami yakin seratus peratus kalau kami cakap gambar Nora Danish dan kekasihnya, Nedim Nazri yang tengah bercuti di London ni sweet, mesti kami kena maki. Hahaha!

So, adalah lebih baik kalau korang sendiri yang tafsirkan kebahagiaan level apakah ini. Kalau tak nak tafsir pun tak apa, tengok je. Okay?


Macam Suami Isteri Bahagia


Bukan kami seorang yang berpendapat macam tu. Rupa-rupanya ramai lagi peminat Nora dan Nedim yang komen kedua-duanya nampak macam suami isteri yang bahagia. Mungkin aura kebahagiaan tu terlebih-lebih memancar. Baguslah, kan? Kalau sedih atau bergaduh lain pula orang fikir nanti.

Nedim Contoh Bapa Penyayang

DAP Tuntut Kerajaan Pulau Pinang Diberi Kuasa Autonomi


DAP menuntut agar kerajaan negeri Pulau Pinang diberi kuasa autonomi untuk memerintah sendiri berbanding dengan sistem persekutuan yang diamalkan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata kontrak Persekutuan yang dimaterai sejak 51 tahun lalu itu perlu dikaji semula.

“Negara kita pada dasarnya mengamalkan sistem persekutuan, iaitu struktur politik yang secara lazimnya terdiri daripada negeri-negeri bersekutu yang disatukan di bawah payung kerajaan pusat. Contoh negara bersekutu yang lain adalah seperti Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan India.

"Di negara-negara tersebut, kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi dalam kebanyakan bidang yang melibatkan kehidupan seharian, manakala kerajaan pusat biasanya bertanggungjawab ke atas hal ehwal kenegaraan, perhubungan antarabangsa dan keselamatan luar negeri," katanya memetik laporan Roketkini.

Beliau menjelaskan, perkongsian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam sistem persekutuan pula ditentukan oleh perlembagaan dan tidak boleh ditukar dengan sewenang-wenangnya oleh kerajaan pusat.

Terkini : Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Laut Belitung Timur #PrayForQZ8510




KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501, menurut laporan Kompas.com.

"Tadi Pak Danlanud menelefon Bapak (Basuri), memberi maklumat ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Beltim," kata Yuhinu, Ajudan Bupati Beltim, ketika menghubungi bangkapos.com.

Sementara itu, Ketua Polis Marin Beltim, AKP Yanto berkata, maklumat itu masih disiasat.

"Kita masih berhubung dengan direktorat dan mengumpulkan maklumat daripada nelayan mahupun kapal yang melintas perairan Beltim," kata AKP Yanto ketika dihubungi bangkapos.com.

#PrayForQZ8501 : TERKINI Juruterbang Lapor Elak Awan Sebelum Hilang Dari Radar



JAKARTA: Pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, awal pagi tadi dikatakan sebelumnya melaporkan akan menghindari awan tebal.

Kompas.com sebentar tadi memetik Pegawai Perhubungan Udara Indonesia, Joko Murdjatmojo menyatakan juruterbang pesawat sempat melakukan komunikasi terakhir dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta pada jam 6.12 waktu Indonesia.

"Saat itu pesawat melaporkan akan menghindari awan dengan berbelok ke arah kiri. Saat itu pesawat terbang dengan ketinggian 32.000 kaki dengan arah 320 atau ke Barat Daya. "Pada pukul 06.17 WIB, pesawat hilang hubungan dan pada jam 6.18 pagi yang terlihat hanya 'flight plan' atau rencana penerbangan," katanya,

Pesawat berkenaan dikatakan membawa 138 penumpang dewasa, 16 anak-anak dan seorang bayi. - Kompas.com

#PrayForQZ8501 : Pesawat Airbus AirAsia DiKhabar Jatuh Di Perairan Belitung Timur



BANGKAPOS.COM, BELITUNG - Pesawat Airbus dikabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur, Bangka Beltung,. Namun belum dipastikan titik lokasi jatuhnya pesawat tersebut.

"Tadi Pak Danlanud telepon Bapak (Basuri), ngasi informasi ada pesawat air bus jatuh di sekitar perairan Beltim," ungkap Yuhinu, ajudan Bupati Beltim Basuri T Purnama, saat menghubungi bangkapos.com,

Terpisah Kasat Polair Beltim AKP Yanto mengatakan, informasi yang diperoleh dari direktorat polair Babel, perkiraan lokasi perairan Babel. Namun masih dipastikan lokasi pesawat jatuh.

"Kita masih koordinasi dengan direktorat dan mengumpulkan informasi dari nelayan maupun kapal yang melintas perairan Beltim," ungkap AKP Yanto saat dihubungi bangkapos.com

PANAS !! Nik Abduh Dikecam : 'Perogolan Balak' Punca Banjir di Kelantan



KUALA LUMPUR 27 Dis - Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dikritik orang ramai kerana mendakwa banjir teruk melanda negara adalah akibat kemurkaan Allah dan menganggapnya tanda kerajaan negeri Kelantan perlu meneruskan agenda hududnya.

Pada masa sama, anak kepada Mursyidul Am PAS itu juga menyeru orang ramai memanjatkan doa kepada Allah memohon agar dihentikan segala bencana dan dikembalikan kesejahteraan untuk semua umat manusia dan negeri yang dilanda banjir.

Menulis status di laman Facebooknya pada Rabu, beliau berkata, banjir di Kelantan berpunca dari balasan dari Allah akibat kemelut dalam melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut.

"Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud," katanya.

Ia bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi di dalam ruang komennya yang rata-rata membidas ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Mereka sebaliknya mengatakan, bencana alam tersebut berpunca daripada pembalakan yang tidak terkawal di Kelantan.

Salah seorang pengguna Facebook, Hussain Muhammad mengecam Nik Abduh dan menuduh kerajaan PAS Kelantan sebagai punca banjir besar berlaku.

#Banjir : Perdana Menteri Solat Hajat Bersama Penduduk Pengkalan Chepa



KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyertai solat hajat bersama penduduk di kawasan Pengkalan Chepa memohon perlindungan dan keselamatan untuk penduduk yang menghadapi bencana banjir.

Sebelum solat hajat yang diimamkan oleh Osman Mohd Zin, iaitu imam Masjid Assalam, Pengkalan Chepa, para jemàah menunaikan solat maghrib dan bacaan surah Yasin serta solat Isyak.

Turut sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan sehari ke Kelantan bagi meninjau keadaan banjir buruk yang melanda negeri ini.

Selain mendengar taklimat banjir yang melanda Kelantan sejak 16 Disember lalu, Perdana Menteri juga membuat tinjauan udara di kawasan yang dilanda banjir.

Perdana Menteri juga melawat dan bertanya khabar mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki di sini.

Perdana Menteri berlepas pulang malam ini. - Bernama

Friday, 26 December 2014

Dr Ridhuan Tee Dilarang Masuk Sarawak ?? Pelampau Agama ?



Ahli akademik Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pagi ini.

Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan bahawa Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Mohd Ridhuan memasuki Sarawak.

Bernama difahamkan Mohd Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam ini.

Beberapa pihak sebelum ini menyuarakan harapan mereka menerusi laman sosial, agar penceramah itu dihalang daripada memasuki Sarawak.

Seorang sumber yang dihubungi Bernama berkata: "Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) kurang setuju dengan kehadiran Mohd Ridhuan di Lundu malam ini, jadi majlis diarahkan untuk dibatalkan."

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak di LTAK dan Lapangan Terbang Sibu, dan Adenan yang baru dilantik sebagai ketua menteri pada hujung Februari lepas pernah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini.

Rakyat News 

Komen Aku : Ridhuan Tee Pelampau Agama kah ?? 

#Banjir : Video Saat-saat Mencemaskan Apabila Bot Tentera Terbalik



VIDEO kejadian bot penyelamat mangsa banjir terbalik di Gua Musang semalam di rakam. Bot askar yang memberi bantuan membawa wanita dan kanak-kanak terbalik di hempas arus deras dan menyebabkan semua mangsa dan anggota penyelamat terhumban.

#KajangBanjir : Kak Wan Jijah Kena Bedal, Pi Melancong Bersama Bang Nuar



MCA membidas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) kerana menyalahkan Barisan Nasional (BN) mengenai insiden banjir kilat yang berulang lagi di kawasan beliau dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik ketinggalan zaman.

Setiausaha MCA Selangor, Ng Chok Sin berkata, dakwaan tersebut berniat jahat untuk mengaburi mata rakyat mengenai perkara sebenar kerana Pakatan Rakyat menerajui negeri itu selama dua penggal.

"Untuk menyalahkan setiap kelemahan dalam kerajaan BN yang terdahulu adalah taktik lapuk kerana Pakatan menerajui negeri itu selama hampir tujuh tahun," katanya.

Team #KataKita Main Futsal Bersama Pelajar Malaysia Di Cardiff @AzwanBro


Selepas sesi perjumpaan bersama pelajar dan rakyat Malaysia di Cardiff, Team #KataKita mengambil kesempatan untuk bermain Futsal bersama pelajar-pelajar Malaysia di sana.



Lokasi seterusnya Nottingham

Tuesday, 23 December 2014

Video : Tun Mahathir Tidak Pernah Menolak Hudud




Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menolak hudud. Ustaz Mohd Kazim Elias sendiri telah mendapat kepastian mengenai tuduhan kononnya Tun M menolak hudud dengan bertanya sendiri dari empunya badan dalam pertemuan selama 3 jam di rumah beliau. Ternyata, Tun M tidak pernah tolak hudud dan ia diakui sendiri secara peribadi oleh beliau kepada Ustaz Kazim.

Dulu ada yang tuduh Tun M tolak hudud hanya dengan bersandarkan kepada kenyataan dari Youtube yang beliau sebut 'hudud tiada dalam Al-Quran'.

Memang benar istilah hudud (حدود) atau mufradnya, hadd (حد) dengan maksud hukuman atau seksaan (عقوبة) tiada dalam al-Quran.

Istilah hudud disebut dalam Al-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :

a) berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada Surah Aali-'Imran ayat 187
b) berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali pada Surah Aali-'Imran ayat 229, 2 kali pada Surah Aali-'Imran ayat 230 dan 2 kali pada Surah Ath-Tholaaq ayat 1.
c) berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) - pada Surah An-Nisa' ayat 13
d) berkenaan perkara umum (3 kali) - pada Surah An-Nisa' ayat 14, Surah At-Taubah ayat 97 dan Surah At-Taubah ayat 112.
e) berkenaan adat zihar (1 kali) - pada Surah Al-Mujadalah ayat 4.

Monday, 22 December 2014

DAP Rentap Janggut, Serban PAS - Awang Selamat



KUALA LUMPUR 22 Dis - Sampai bila Pas mahu dihina dan diperlekehkan oleh rakan dalam pakatan pembangkang? Terbaharu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus mempersoalkan komitmen Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Makin lama makin ketara Pas dihenyak-henyak oleh DAP. Kebelakangan ini, para pemimpin DAP secara terbuka menyerang Pas pada Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Putrajaya.

Pada Awang, secara analoginya, bukan lagi sekadar serban dan janggut pemimpin Pas direntap bahkan kain juga cuba dilondehkan.

Inilah musim penghinaan yang paling dahsyat ke atas Pas dalam sejarah kerjasama pakatan pembangkang. Kenapa Guan Eng terus berani menekan Pas?

Jawapannya kerana beliau yakin dengan 'kesetiaan luar biasa' penasihat PKR, Anwar Ibrahim terhadap DAP selain sudah terlalu selesa dengan sokongan masyarakat Cina.

Meskipun berdepan dengan asakan berterusan DAP, Awang bersyukur kerana para pemimpin utama Pas terutama Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan Dewan Ulama tidak tunduk dalam isu hudud dan kalimah Allah.

Pas sudah berani menolak Anwar dalam banyak isu kritikal berkaitan Islam. Awang yakin Pas boleh menjadi sandaran yang bermaruah.

Tinggal lagi bila parti itu mahu bersikap realistik dan tidak lagi menjadi mangsa buli, apakah mahu terus menadah najis yang dihumban oleh sekutunya atas menu tahaluf siyasi? Hakikatnya akar umbi Pas dalam diam sudah lama resah dan tidak mahu parti itu terus dimalukan lagi.

Jangan sampai kain -simbol maruah- terlondeh, baru melompat. Ketika itu, DAP pasti ketawa besar.

Petikan Rencana Bisik-Bisik Mingguan Malaysia
oleh Awang Selamat

Komen Aku : Ada Pas Kesah ?? 

Banjir : Biro Kebajikan Umno Malaysia Turun Bantu Kelantan @najibrazak @azeezputera



Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah turun ke Kelantan dalam misi membantu dan memberi bantuan kepada 15,000 mangsa banjir di beberapa daerah yang terjejas. 


Tujuh buah kontena bantuan banjir yang terdiri daripada barangan keperluan harian seperti beras, tilam, selimut dan bantal untuk diagih kepada mangsa banjir.

Menurutnya, “Untuk fasa pertama, agihan akan dilakukan di pusat-pusat pemindahan seperti di Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang dengan harapan akan memberi lebih keselesaan kepada mangsa yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

“Bantuan susulan akan saya bincangkan dengan Umno negeri sebelum menentukan bentuk sumbangan yang akan diberikan selepas ini,” 

Sunday, 21 December 2014

Tudiaaa !!! Dap dan Pas Tak Habis-habis Bergaduh


DAP - PAS Terus Bercakaran 

KUALA LUMPUR 19 Dis - Ibarat retak menanti belah. Gabungan parti pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP terus bergolak meskipun telah menjalinkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi sejak 2008.

Menjanjikan kepada rakyat kononnya gabungan Pakatan Rakyat adalah parti alternatif kepada Barisan Nasional (BN), ternyata ia hanya 'indah khabar dari rupa' apabila perbezaan ideologi khususnya antara PAS dan DAP tidak mampu mengikat kedua-dua parti itu untuk bersetuju dengan perjuangan yang dibawa parti masing-masing.

Apakah ertinya tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dilaksanakan PAS-PKR-DAP jika ia hanya terpakai dalam konteks pilihan raya semata-mata dan bukannya pada setiap masa?

Justeru, apakah layak untuk parti pakatan itu menawarkan kepada rakyat bahawa mereka adalah parti yang boleh menjadi harapan rakyat jika masalah dalaman masih ditayangkan untuk tatapan umum?

KERJASAMA POLITIK TIDAK TAMAT KONFLIK

Penganalisis politik juga melihat tahaluf siyasi yang dilaksanakan PAS-PKR-DAP hanya retorik politik yang semata-mata untuk meningkatkan sokongan pengundi kepada parti masing-masing, dan bukannya kepada gabungan pakatan sebagai satu parti.

Perjalanan sesuatu kerjasama politik tidak harus dilihat hanya untuk masa-masa tertentu sahaja bagi memenangi pilihan raya sebaliknya harus meliputi pelbagai aspek termasuklah corak pengurusan kerajaan negeri yang dikuasai mereka.

Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) melihat konsep kerjasama politik parti pakatan meliputi dua perkara iaitu pakatan pilihan raya serta dalam bentuk isu dan kepentingan bersama.

Beliau berkata pakatan dalam bentuk isu dan kepentingan bersama sering membawa masalah kerana kerjasama politik mereka tidak pernah menggugurkan dasar perjuangan parti masing-masing.

"Maka tidak hairanlah PAS masih mengekalkan perjuangan hukum hudud kerana perjuangan itu dibentuk lebih awal sebelum pakatan diwujudkan. Hudud adalah hak PAS.

Program Jom Kembali Ke Sekolah Anjuran Puteri Kulim/Bandar Baharu Beri Kelainan @SabrinaAzizan #SemutApi


Kemarin satu Program Kembali ke Sekolah anjuran Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu 2014 mendapat sambutan yang sangat baik dari penduduk di bahagian ini. 


Seramai 447 orang pelajar telah menerima bantuan dan sumbangan keperluan sekolah bagi. Turut hadir ibu bapa memberi sokongan.

Menurut Yb Norsabrina Mohd Noor, Ketua Puteri Umno Bahagian yang juga Adun Bandar Baharu, mereka telah memilih penerima dari keluarga yang kurang berkemampuan di pilih dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Penerima juga dari mangsa-mangsa banjir baru-baru ini di Bandar Baharu. 

Program ini usahasama dari Bina Darulaman Berhad (BDB) dan juga Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu. 

Satu langkah yang tepat dilakukan oleh penganjur program ini kerana telah memilih semua kaum untuk menerima sumbangan ini 




Bantuan Bukan Sahaja Di Pejabat Tetapi Turun Kampung Bantu Rakyat - @tajuddinsik


Seharian penulis bersama Datuk Tajuddin Abdullah, Adun Belantek yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, banyak mengajar penulis mengenai pengorbanan seorang wakil rakyat. 

Yang ingin penulis kongsikan disini adalah selesai sahaja dua program sebelumnya, Datuk Tajuddin kembali ke pejabat untuk solat dan berehat seketika. Sampai saja di pejabat beliau langsung tidak sempat untuk berehat kerana terus melayan penduduk kampung yang datang memohon bantuan terutama penoreh getah. 

Penulis melihat sendiri penuh pejabat beliau dengan kehadiran penduduk kampung. Bantuan makanan keperluan harian kepada penoreh getah yang tidak dapat menoreh getah akibat hujan adalah usaha Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir. 

Ada penduduk yang datang ke pejabat Datuk Tajuddin ini menitiskan airmata bersyukur dengan bantuan yang diberikan. 

Salah seorang dari penduduk ini datang meminta bantuan Datuk Tajuddin untuk menyelesaikan masalah bantuan rumah, beliau di lihat terus menghubunggi pihak berkaitan bagi menyelesaikan kes ini. 

Selesai saja melayan penduduk di pejabat, beliau terus keluar untuk berkunjung dan turun ke kampung bagi memberi bantuan kepada penduduk yang memerlukan. 


Gambar di atas semasa Datuk Tajuddin turun ke kampung bagi memberi sumbangan keperluan harian kepada penduduk. 

Serata ceruk beliau turun membantu, bukan sahaja yang muda dan tua malah kanak-kanak juga dilayan oleh Datuk Tajuddin. 

Ada warga emas yang hanya mampu bertemu di katil akibat tidak dapat berjalan dan masalah kesihatan, hanya airmata membasahi pipi dapat menjelaskan perasaan dan kasih sayang antara pemimpin dan rakyat. Sentuhan peribadi ini jelas tertanam dilubuk hati rakyat sampai bila-bila. 

Datuk Tajuddin memberitahu mereka bahawa sumbangan ini adalah dari Menteri Besar Kedah iaitu Dato' Seri Mukhriz yang sentiasa mahu membantu rakyat yang memerlukan. 

Penulis hanya melihat apa yang dilakukan oleh Datuk Tajuddin, bagi penulis jika inilah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin lain, sudah tentu Barisan Nasional terus ada dihati sanubari rakyat. 

InsayaAllah penulis akan menceritakan tentang perjalanan seharian penulis bersama Datuk Tajuddin ini nanti. 

Buat Datuk Tajuddin, penulis mengucapkan tahniah kerana sentiasa membantu dan turun kampung untuk bersama rakyat. Teruskan perjuangan 

Panas : Awek Bertumbuk Dalam Kapal Terbang Pulak



HONG KONG 20 Dis - Bersilih ganti insiden berlaku dalam pesawat kebelakangan ini dan terkini tercetus pergaduhan apabila seorang ibu gagal mengawal emosinya apabila dua wanita menuduh tangisan anaknya terlalu bising.

Kejadian itu berlaku dalam penerbangan dari bandar Chongqing di barat daya China ke Hong Kong.

Ibu berkenaan, Chan Juan Sung, 27, diserang dua wanita yang berang kerana tangisan anaknya mengganggu tidur mereka yang duduk di belakang.

Kedua-dua wanita berkenaan menyuruh Juan Sung ‘mendiamkan’ anaknya, tetapi teguran itu tidak diendahkan.

Menurut penumpang yang duduk di sebelah dua wanita berkenaan, Xiong Wan, selepas ditegur, ibu bayi itu menjerit ke arah mereka sambil berdiri dan menumbuk seorang wanita berkenaan.

“Mereka kemudian membalas serangan itu dan menumbuk ibu berkenaan hingga keadaan menjadi tidak terkawal.

“Bayi itu mula menangis sekuat hati sementara penumpang lain menjerit. Ia seperti dalam filem.”

UMNO YOUTH WALKING THE TALK THROUGH #KATAKITA - @azwanbro


Malaysia used to be a country that thrived on peace and harmony even though our population is made up of so many diverse race, religion, and culture.

However, times have changed. With Internet, our people now have unlimited access to everything that is going on all around the world.

We can see the practices that are carried out in other countries and the effect they have on the people and this automatically result in us comparing our situation to others.

The youth especially are more aware of what they want and what they believed are needed to ensure a better quality of life.

But with the great knowledge, comes great expectation that some of our leaders have yet to comprehend. So they ignore the voices of the Rakyat and carry on with the ways that they are familiar with.

The result is clear as we see people marching on the streets, screaming and shouting for their voices to be heard and for their opinions to be taken seriously.

This is not the proper way to change the course of the country, and the Rakyat knows this. They do it anyway as they believe they are left with no other options.

What they are asking for is a status quo. One that should be looked into and delivered, moderately.

The leaders are starting to take notice though, and this was reflected in 2014's UMNO General Assembly where the importance of engaging the youth especially, was mooted over and over again.

That is a good start but it is time for us to actually start walking the talk and focus our efforts into getting more youths involved in the country's political discourse.

UMNO Youth, under the administration of YB Khairy Jamaluddin and I, realising this, has made it a commitment to bring a change not only to the party, but also to the nation.

Wednesday, 17 December 2014

Presiden Pas Setuju Bukan Islam Guna Kalimah Allah di Penang


Bukan sahaja Azmin yang menyokong kenyataan Guan Eng malah kata Azmin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut bersetuju bahawa tiada sekatan untuk bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

“Ini adalah pendirian PR. Presiden Pas sendiri pun pernah kata, sepatutnya tiada sekatan yang perlu dibuat ke atas bukan Islam untuk menggunakan kalimah ALLAH,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan Guan Eng dan mendakwa bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH di Pulau Pinang.

Jadi di sini kita faham rupanya Pas sendiri menyokong Guan Eng dalam isu Kalimah Allah walaupun Pas tidak keluar kenyataan terbuka tetapi dalam diam mereka sebenarnya menyokong. 

Panas : DAP Kata Pas Mungkir Janji Soal Hudud @nikabduh



Perang dingin sesama sendiri antara Pas dan Dap terus memuncak, serangan terbuka di media berterusan antara pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat ini.

Ibarat retak menanti belah. Tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Kita semua sudah tahu lebih setengah tahu  Presiden Pas, Dato Seri Haji Hadi Awang tidak hadir ke mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Hari ini Pas didakwa mungkir janji terhadap persetujuan yang dicapai pada 28 September 2012 berkaitan pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, parti itu perlu merujuk Buku Jingga kerana pelaksanaan hudud tidak terdapat dalam polisi bersama PR.

“Fokus kembali kepada Negara Berkebajikan yang disepakati adalah polisi wajib dalam Buku Jingga PR.

“Negara Berkebajikan turut mementingkan kesejahteraan sejagat di mana ianya juga merupakan antara elemen yang terkandung dalam ajaran Islam,” katanya