sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 30 April 2014

MANTAP : PEMUDA UMNO TUBUH MAJLIS ULAMA PEMUDA UMNO MALAYSIA @khairykj @azwanbro



Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Pemuda Umno yang bertindak sebagai penasihat hal ehwal agama bagi sayap itu.

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata, Majlis Ulama itu diketuai oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahya.

Majlis Ulama itu akan diletakkan di bawah Akademi Pemuda Umno bagi membolehkan pelajar bidang agama di luar negara menyumbangkan idea kepada Umno selepas tamat pengajian, katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Pada 13 hingga 16 April lepas, Pemuda Umno mengadakan lawatan ke Turki, Jordan dan Arab Saudi untuk menjalinkan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda Parti AP di Ankara dan bertemu persatuan pelajar Malaysia di negara berkenaan.

Tuesday 29 April 2014

SENATOR : DATO SUHAIMI DAN SHAHANIM AHLI DEWAN NEGARA BARU



Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani Shahanim Mohd Yusof dan bekas Ketua Umno Bahagian Jerai Datuk Mohd Suhaimi Abdullah hari ini dipilih sebagai ahli Dewan Negara berkuat kuasa 21 Mei ini.

Pemilihan mereka dicadangkan kerajaan negeri Kedah pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Pelantikan Shahanim dan Mohd Suhaimi untuk menggantikan dua Ahli Dewan Negara yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 21 Mei ini iaitu Saiful Izham Ramli dan Mohd Yusuf Hussin.

Mohd Suhaimi ketika ditemui pemberita selepas sidang Dun berkata pelantikan sebagai Senator akan memberi ruang kepadanya untuk terus aktif membantu masyarakat khususnya golongan muda.

"Saya merupakan Bendahari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia dan saya akan menggunakan jawatan sebagai Senator untuk terus membantu golongan muda agar menjauhi dadah," katanya.

Sementara itu Shahanim berkata beliau akan menumpukan perhatian untuk membantu meningkatkan taraf hidup golongan wanita di negara ini khususnya di Kedah.

"Saya akan menggalas tangungjawab yang diberikan dengan penuh amanah. Dengan jawatan sebagai Senator ini saya akan lebarkan lagi bentuk bantuan kepada golongan wanita tanpa mengira batas usia," katanya.

Monday 28 April 2014

HOT NEWS : NURUL IZZAH BALUN OBAMA PULAK DAH !! PASAI APA PULAK


Kesian pulak Apj tengok Nurul Izzah dan Anwar ni tak dapat jumpa Obama . Kita semua dah dapat agak bila tak dapat jumpa macam-macamlah depa kata kat Obama dan Kerajaan Malaysia.

kata Nurul Izzah , Barack Obama menunjukkan sikap yang tidak konsisten terhadap komitmen pada demokrasi dan perubahan kerana mengelak dari bertemu dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sikap Obama yang “selektif” itu berbeza dengan semangat yang ditiup oleh presiden Amerika Syarikat itu ketika berucap di Universiti Kaherah pada 2009, setahun sebelum gelombang Arab Spring menggoncang negara Arab.

MP tersebut berkata, dalam ucapan itu, Obama mengumumkan “komitment terhadap kerajaan yang mencerminkan hasrat rakyatnya”.

“Bagaimanapun, pertemuan selektif dengan mengelak bertemu ketua pembangkang Malaysia secara langsung menafikan suara majoriti 53 peratus yang mengundi Pakatan Rakyat; sehingga kini masih belum diiktiraf dan terbanding seperti aspirasi yang disuarakan di Kaherah,” kata Nurul Izzah


HUDUD : UMNO INGIN BERKERJASAMA DENGAN PAS JELASKAN HUDUD ! ALLAHUAKBAR



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno ingin bekerjasama dengan Pas bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Tetapi yang penting, kata beliau, adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum Pas bertindak membawa usul hudud ke Parlimen.

Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini. Mohd Amar memberi reaksi positif, kata Muhyiddin.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Pengurusan Pendidikan: Kepimpinan Berprestij Tinggi, di Bahagian Teknologi Pendidikan di sini.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang, dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Ditanya sama ada Umno akan menyokong Pas dalam perkara hudud itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara.

(Kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum Hudud) di Dewan Rakyat Jun depan bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud di negeri itu).

"Tidak boleh buat andaian. Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna. Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara.

Sunday 27 April 2014

GAMBAR : LAWATAN BERSEJARAH OBAMA KE MASJID NEGARA #OBAMA


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini melawat Masjid Negara, sebuah daripada monumen terkenal di Malaysia, melambangkan pendekatan beliau dalam mendekati dunia Islam.

Acara pertama beliau pada Ahad dengan melawat ke masjid itu menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini, dengan majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.

Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu, yang menjawat jawatan pada 2009 dan kemudian dipilih semula bagi penggal kedua pada 2012, disambut Imam Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dan jawatankuasa masjid sebaik tiba dengan menaiki limousin presiden di hadapan pintu masuk utama masjid di Jalan Perdana, di sini pada 9.40 pagi.

Obama, yang memakai suit gelap, diiringi Syaikh Ismail ke dewan solat dan berhenti seketika di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku menteri pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama Islam Rashad Hussain.

Saturday 26 April 2014

GST : PENIAGA CINA DI NILAI 3 SUDAH MULA TUNJUK BESAR KEPALA


Gambar ni diambil di Nilai 3, Negeri Sembilan.  Sebuah kedai kain milik peniaga cina telah menaikan banner ' Promosi ' yang berbentuk provokasi kepada GST yang akan dilaksanakan tahun hadapan.  

Jelas kelihatan tulisan di banner Tertulis ' BUY BEFORE GST JIMAT ' . Inilah sikap sebenar peniaga-peniaga cina bermain politik kebencian dalam perniagaan.  Mereka pasti akan bising dengan GST kerana keuntungan besar mereka akan dikurangkan untuk rakyat.  
Sebelum ini, cukai 5 % yang tertera di risit adalah cukai kerajaan tetapi sebenarnya itu diambil oleh tauke-tauke kedai ini sebagai cukai perkhidmatan.  Jadi sekarang bila kerajaan melaksanakan GST dan mengambil cukai itu kembali,  sudah pasti tauke-tauke cina ini meroyan kerana keuntungan besar mereka bakal di kurangkan kerajaan.  

Aku harap perkara sebegini kerajaan harus  bertindak cepat kepada pekedai ini kerana banner ini ternyata menimbulkan kebencian terhadap kerajaan dan GST.  

GST yang sebenarnya baik untuk rakyat telah diburukkan oleh cina-cina belaan Dap ini.  

FELIXIA YEAP , BEKAS MODEL PLAYBOY PELUK ISLAM RAMADHAN INI



Bekas model Playboy, Felixia Yeap, 27, berkata akan memeluk agama Islam pada bulan Ramadahan ini.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat setelah mengakui dirinya memerlukan masa untuk mendalami agama itu.

“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” katanya.

Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata, dia bukan sengaja menangguhkan niat murni memeluk Islam, sebaliknya perlu mempersiapkan diri secara mental dan fizikal.

“Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.

“Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam,” katanya.

RAKYAT NEWS 

APJ : Terima Kasih Ya Allah .. 

HUDUD !! DAP GESA PAS KELUAR PAKATAN CARA TERHORMAT !! HINANYA PAS




DAP menggesa Pas berfikir terlebih dahulu berhubung usaha mereka untuk merealisasikan hudud di Kelantan dan jika itu masih bertegas mahu laksanakan hukuman itu, parti Islam itu digesa keluar daripada PR secara terhormat.

Gesaan ini dibuat oleh Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang dikeluarkan semalam.

Sekali lagi isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan menjadi polemik yang hangat dalam media massa arus perdana. Isu ini timbul semula selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan di Parlimen kesediaan kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno untuk membantu Pas melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan.

Isu pelaksanaan hudud sebenarnya bukan satu isu baru dalam persada politik Malaysia. Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah diluluskan di Dun Kelantan pada 1993 dan di Dun Terengganu pada 2002.

Namun, enakmen ini tidak dapat dilaksanakan kerana undang-undang yang melibatkan jenayah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan hanya boleh diluluskan melalui Parlimen. Jadi, itulah sebabnya dikatakan bahawa pelaksanaan hudud adalah tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Semua pihak mengetahui pendirian DAP dalam isu ini iaitu DAP tidak pernah dan tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang tersebut kerana ia tidak praktikal dan tidak sesuai dalam keadaan masyarakat majmuk di Malaysia.




Bagaimanakah penguatkuasaan undang-undang jenayah dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya ada dua set undang-undang yang diaplikasikan secara berlainan kepada orang yang beragama Islam dan bukan Islam. Jenayah tidak ada sempadan warna kulit dan agama dan adalah mustahil penjenayah hanya melakukan jenayah ke atas mangsa dari kalangan agamanya sendiri sahaja.

DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak sama sekali bersamaan dengan DAP menentang agama Islam ataupun anti-Islam. DAP tidak pernah mempersendakan hukum Islam untuk menimbulkan ketakutan ataupun fobia di kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin MCA.

Malah, saya sendiri pernah mempertahankan (Mursydul Am Pas dan belas Menteri Besar Kelantan) Tok Guru (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) di Parlimen apabila pemimpin MCA mendakwa kononnya Tok Guru mengizinkan wanita yang tidak menutup aurat dirogol. Saya juga pernah mengatakan kepada masyarakat bukan Islam bahawa tidak ada apa yang perlu ditakuti sekiranya kita tidak mencuri dan merompak.

HOT NEWS : OBAMA TIBA DENGAN KEKUATAN PERTAHANAN DIRI TERBAIK DUNIA !! FUHHH (GAMBAR-GAMBAR)





VIDEO PANAS !!! RAFIZI TELANJANGKAN ANWAR DI PARLIMEN !!! MALU SIOT !!



Datuk Ahmad Maslan di dalam jawapan beliau menemplak Rafizi Ramli dengan membandingkan dengan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Kewangan sehinggalah beliau dipecat.

Fakta yang Rafizi Ramli terlupa atau buat-buat lupa adalah sepanjang 8 tahun Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan, sebanyak 29 kali Anwar Ibrahim membentangkan bajet tambahan!!! Nampak sangat Rafizi Ramli kantoi buat sekalian kali apabila beliau tidak membuat kajian yang mendalam sebelum membuka mulut celupar beliau.

Bodohnya Anwar ada budak suruhan yang bodoh lagi bengap !!


WOW !! AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 DI BAKUL SAMPAHKAN ?? @NajibRazak



Mana mana ada negara dalam dunia yang tidak menguatkuasa undang-undangnya? Semua warganegara wajib mematuhi undang-undang yang dibuat. Jika tidak negara tidak akan dihormati. Patutnya kita menguatkuasakan undang undang secara total demi untuk menjamin keselamatan negara dan mendisiplinkan rakyat supaya lebih menghormati undang undang yang digubal.

Tapi di Malaysia lain pula halnya apabila Mahkamah hari ini membebaskan Nik Nazmi atas tuduhan menganjurkan perhimpunan haram dan gagal menyerahkan notis seperti mana yang dikehendaki.

Mengikut kata Hakim yang membebaskan Nik Nazmi, POLIS BOLEH MENGENAKAN SEKATAN KEATAS HIMPUNAN TETAPI TIDAK BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PENGANJUR ATAU PESERTA HIMPUNAN YANG TIDAK MEMATUHINYA.

Apa maksud kata kata diatas tu? Kalau dari apa yang kita faham, peserta atau penganjur boleh melakukan rusuhan semasa himpunan dan pihak polis tidak boleh mengambil apa apa tindakan. Wow.. bahaya ni!

Hakim Mahkamah Rayuan yang membebaskan Nik Nazmi ni juga dulu pernah menjadi calon PAS, adakah ada apa-apa hubungkait diantara perkara ini dengan pembebasan Nik Nazmi?

Bila terjadinya hakim berat sebelah sebegini, ia menunjukan Peguam Negara gagal memainkan peranan dalam memastikan undang-undang yang dikuatkuasakan berjalan dengan sempurna dan pemilihan hakim mahkamah juga lihat seperti tangkap muat.

Menteri yang bertanggungjawab perlu melihat perkara ini dengan serius dan mengambil berat akan perkara pemilihan hakim mahkamah, jangan main campak siapa yang dirasakan bagus, patutnya kena selidik latar belakang hakim tersebut, apa track record sepanjang kehidupan mereka, bukan hanya dari segi penglibatan dalam penghakiman semata mata.

Friday 25 April 2014

HUDUD : PEMUDA UMNO KEDAH TEGUR KP GERAKAN @Khairykj @NajibRazak


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah melalui Ketua Pemudanya, Dato Shaiful Hazizy telah menegur Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang atas tindakan beliau menghantar memorandum bantahan undang-undang hudud kepada pemimpin atasan Pas semalam.

"Undang-undang hudud adalah undang-undang Islam, perkara ini bukan main-main sepatutnya Tan Keng Liang berbincang dulu dengan pucuk pimpinan tertinggi BN sebelum membuat tindakan begitu"

Kata Dato Shaiful yang membuat sidang medianya di Medina Cafe bersama Ketua Pemuda Bahagian dan pelajar AIU.

Sepatutnya Tan Keng Liang mempertimbangkan tindakan tersebut dan menarik balik memorandum beliau.  

Apj : Setuju dengan kenyataan Dato Shaiful mengenai isu ini.  Ia bukan satu perkara main-main kerana isu ini melibatkan isu agama. 

EKSKLUSIF : GAMBAR2 ISTIMEWA SEKITAR LAWATAN PENUH BERMAKNA PM @NajibRazak DI KEDAH @mukhrizmahathir #KedahAmanMakmur



PM Najib disambut oleh MB Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Luarbandar, Shafei Apdal. Turut sama Ahli Parlimen BN dan Adun-adun serta AJK Pemuda BN Negeri Kedah.

Kemudian PM ke Wisma Darulaman untuk mesyuarat bersama wakil-wakil kerajaan negeri.




Selesai di Wisma Darulaman, beliau ke Seri Mentaloon dimana sedang berlangsungnya Ijtimak (Himpunan) Pondok Malaysia 2014.




Selesai beliau membuat majlis penutup untuk Ijtimak Pondok Malaysia yang berlangsung dua hari di Seri Mentaloon. Beliau berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Changloon.

Thursday 24 April 2014

#MH370 : SERPIHAN TERDAMPAR DI AUSTRALIA BUKAN MILIK MH370


Semua objek yang dikesan oleh pesawat dan diangkut oleh kapal setakat ini tidak ada kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang.

Demikian menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada sidang media berhubung MH370 di Hotel Royal Bintang, pada Rabu.

"Kami tidak memperolehi apa-apa foto dari pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC)," katanya kepada pemberita.

Dalam sebuah kenyataan oleh JACC hari ini, Polis Australia Barat sedang menyiasat objek yang terdampar di pantai 10 kilometer dari timur Augusta berdasarkan laporan yang diterima mereka.

Wednesday 23 April 2014

HOT NEWS : ADAKAH KARPAL HARUS DIHORMATI ?? #kingkebenaran @tunfaisal @zulkiflinoordin @realDrMAZA




Kematian Karpal Singh adalah satu rahmat atau satu kerugian kepada ummah Islam?

Benar nampak tidak sopan apabila kita meraikan kematian Karpal Singh padahal keluarganya sedang dirundung pilu dan sebak. Benar kita perlu ikut cara Rasulullah SAW sepertimana kisah di dalam hadis ini,

‘Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?”.


Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).




Kisah Zulkifli Nordin yang mengeluarkan kenyataan Twitternya “Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!”

Ramai orang Islam yang mengutuk kenyataan Zulkifli Nordin dengan hujah mengatakan yang menghalang Hudud bukanlah Karpal tetapi orang UMNO sendiri. Sehingga keluar kenyataan menghina Zulkifli Nordin kerana tidak sensitif.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pula memberi jawapan yang lebih berhemah dan selamat dengan mengatakan beliau ‘tidak tahu hakikat’ Karpal Singh dan merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga Karpal Singh.

Mengapa nada kenyataan Zulkifli Nordin lain dan kenyataan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin lain? Jawapannya kerana cara dan tahap mereka mengenali mendiang Karpal Singh adalah berbeza. Jadi boleh kita katakan Zulkifli Nordin sebagai seorang peguam dan Karpal Singh juga seorang peguam dia ‘lebih tahu hakikat’ Karpal Singh berbanding seorang bekas mufti dengan seorang peguam.

Yang sedihnya, adakah para blogger yang terdiri daripada orang Islam sendiri begitu ‘tahu hakikat’ Karpal Singh? Mereka seperti sangat pasti yang Karpal Singh bersih daripada sikap perkauman dan tiada sikap anti Islam langsung!




Cukuplah kita hanya menghormati Karpal Singh kerana ‘ia satu jiwa’ sepertimana sabda Rasulullah SAW.

Hormati Karpal Singh kerana dia juga seorang bapa, seorang suami dan ketua di dalam Parti DAPnya. Hormatilah Karpal Singh selayaknya tetapi menyanjungnya adalah tidak layak sama sekali.

Jika anda berasa tidak senang dengan kenyataan di atas sebagai seorang Islam yang sayangkan Rasulullah dan Islam maka kajilah kedudukan anda.

Rasulullah SAW berdakwah kepada orang musyrikin dan apabila Rasulullah ditentang Baginda mempertahankan diri dan Baginda juga turun sendiri ke medan perang. Ikutlah cara Rasulullah SAW ini dan janganlah buat kenyataan yang menyanjung tinggi peribadi seseorang yang menentang Islam Cuma cukuplah hormati dia sebagai ‘satu jiwa’.

HOT NEWS : 28 APRIL KES PERMOHONAN CERAI FIZA ELITE DAN ADAM AF DISEBUT DI MAHKAMAH SYARIAH



Desas desus mengenai keretakan rumah tangga bekas ahli kumpulan Elite, Fiza dan penyanyi Adam AF akhirnya  terjawab Fiza  memfailkan permohonan penceraian.

Kes permohonan penceraian Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, dan Mohd Aizam Mat Saman, 31 akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 April ini.

Sebelum ini kita seringkali mendengar  Fiza menafikan rumahtangga beliau bersama Adam dikatakan sedang dilanda badai.

Fiza berkata, perkara yang direka oleh orang tidak bertanggujawab itu mengecewkan dirinya sedangkan dia dan Adam masih dalam keadaan yang baik.

Isu pergolakkan rumah tangga pasangan selebriti tersebut tercetus apabila, gambar Adam tidak lagi kelihatan di akaun Instagram milik isterinya.

HOT VIDEO : DAP SERU PAS KEMBALI KE PANGKAL JALAN NEGARA BERKEBAJIKAN BUKAN NEGARA ISLAM DAN TOLAK HUDUD ?? TUDIAA


Aku sikit pun tidak rasa terkejut bilamana Nga Kor Meng, cina Dap yang selalu diajar menghafal ayat-ayat suci Al-Quran oleh puak Pas untuk menghina umat Islam lain terutama Umno di pentas-pentas ceramah mereka. 

Aku ingat setelah bertahun cina Dap ini di ajar oleh Pas,  dia dah faham mengenai Islam tetapi malangnya itu hanya lakonan untuk puak-puak Pas bertakbir bila cina ini membaca ayat Quran. Malang sungguh agama Allah dipergunakan Pas untuk politik dunia.



Nga Kor Meng semalam meminta Pas menfokuskan penubuhan Negara Berkebajikan bukan negara Islam dan melaksanakan hudud. 

Penubuhan Negara Berkebajikan itu juga turut terkandung sebagai polisi dalam Buku Jingga PR, malah ia sudah diluluskan sempena muktamar Pas yang lalu.

“DAP memang tidak setuju dengan hasrat Pas menubuhkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Kita juga tidak mahu penubuhan negara Kristian, Buddha atau Hindu.

“Apa yang penting adalah semua pihak perlu hidup aman damai dengan saling hormat menghormati selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

VIDEO PANAS !!! TIAN CHUA CUBA NAIKKAN KEMARAHAN ORANG ISLAM



VIDEO PANAS !!!! TIAN CHUA KANTOI MENIPU !!! SAKSIKAN PENDEDAHAN


Dah jenis manusia berlidah biawak memang jenis ni , sama saja macam Anwar Ibrahim , Baru-baru ni Tian Chua telah membuat sidang media menfikan beliau telah menuduh UMNO dan BN mereka cipta isu Lahad Datu dan kematian 2 anggota Polis yang terbunuh adalah sandiwara UMNO !!

Nak Pusing cerita pulak si LIDAH BIAWAK ni , JOM kita tonton video di bawah angkara siapa !!! adakah Tian Chua Bercakap BENAR !!!! 




PANAS !! GUAN ENG FITNAH POLIS , DI BEDAL GOBIND SINGH DEO @PDRMsia @KBAB51 @cmlimguaneng


Sekali lagi aku agak marah dan kecewa dengan keyataan Cina Dap Ketua Menteri Pulau Pinang ni , kenyataan FITNAH lagi kurang ajar sudah sejati dalam hidup beliau dan geng-geng biaDAP !!! Kali ini dia FITNAH pihak POLIS Pulau Pinang yang dikatakan tidak menempatkan anggota ketika perarakan mendiang Karpal Singh !! Ini sangat biaDAP !!!! 


Belumpun sempat nak cakap apa-apa , Anak mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo telah memalukan Guan Eng sendiri !!! Menerusi TWITTER rasmi beliau telah berterima kasih kepada pihak PDRM kerana membantu keluarga mereka dalam masa yang sedih ini. Ini satu kenyataan yang baik dan harus diberi pujian , bukan seperti Guan Eng yang sangat BODOH dan biaDAP !! Ketua Menterikah ini !!!!! 

Aku nak tunjukkan gambar di bawah buat tatapan Guan Eng yang berlidah seperti BIAWAK ini !!!! 



Dalam bulatan itu POLIS DAP KAH ??? Atau ' Anjing UMNO ' yang ditempatkan di sana semasa perarakan mendiang Karpal ??? Butakah si MALAUN ini ?? atau tak habis-habis menyalahkan pihak POLIS !!! 

Sekurangnya mereka siang malam berjaga untuk keselamatan dan keselesaan rakyat !!! bukan macam korang 24 berpolitik untuk menamamkan kebencian sesama rakyat !!! 

Tuesday 22 April 2014

RANGKING TERKINI BLOG-BLOG PRO KERAJAAN 21 APRIL 2014



Berikut adalah kedudukan semasa blog sahabat SGB sehingga tarikh 21 April 2014. Untuk makluman,kami hanya menyenaraikan 100 Blog terbaik sahaja. Harap maklum.
selanjutnya KLIKSINI

PEMILIHAN PKR : ANWAR MENGSUNGKURKAN DIRINYA DI PINTU NERAKA



Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden PKR.

Penarikan diri itu membolehkan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail memenangi jawatan itu tanpa bertanding.

Pada 11 April lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan diadakan pada Mei ini.

Pertandingan tersebut disahkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul pada sidang media calon pemilihan Keadilan 2014.

Wan Azizah yang sudah memegang jawatan itu selama 15 tahun bakal bertanding dengan Anwar yang kini sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas disabit kesalahan meliwat

Tapi apa yang kita boleh lihat dan boleh agak adalah dari awal lagi Anwar takut pada bayang-bayang sendiri yang mana Anwar terpaksa untuk mewanarkan diri untuk 'sementara' dan pastikan tiada siapa akan menetang Wan Azizah. 

Inilah politik murahan dan satira politik Anwar Ibrahim,  dia tahu yang tidak semua dalam PKR boleh duduk di bawah kakinya. 

Game Over 

PEMUDA UMNO KEDAH YAKIN MASALAH YANG DIHADAPI PELAJAR DI JORDAN DISELESAIKA SEGERA


Pemuda UMNO Kedah Yakin Masalah Pelajar Di Jordan Akan Diselesaikan Dengan Segera


Pemuda UMNO Negeri Kedah menghargai keperihatinan YAB Menteri Besar yang mengambil tanggungjawab untuk membuat penelitian tarhadap beberapa cadangan Pemuda UMNO Negeri Kedah bagi menyelesaikan bebanan yang dihadapi oleh pelajar2 Kedah di Jordan.

Secara dasarnya hasil pemantauan dan maklumnbalas yang telah diterima oleh Pemuda sewaktu lawatan dan dialog adalah

1) Kenaikan lebih daripada 100% yuran pengajian dan kos-kos lain termasuklah kos penginapan, perubatan, buku-buku dan keperluan seharian akibat kebanjiran pelarian Syria serta masalah ekonomi dalaman kerajaan Jordan

2) Pelajar sering menerima pinjaman agak lambat dan keadaan ini berlanjutan hingga keakhir semester

3) Keadaan keselamatan dimana sering berlaku pencabulan seksual dan layanann"double" standard pihak keselamatan Jordan.

Jesteru itu Pemuda UMNO Kedah mengusulkan beberapa cadangan dan langkah utk penelitian dan tindakan YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri

1) Kenaikan bantuan pinjaman Yayasan Islam drpd RM 5,000 kpd RM8,000 utk satu semester. Jumlah ini dilihat mampu sedikit sebanyak menyelesaikan permasalahan kewangan dan kenaikan harga yuran pengajian. Pihak Pemuda UMNO Negeri juga menyarankan agar pihak Pusat Zakat negeri juga mengambil langkah yg serupa menaikkan "dermasiswa" yg sedia ada drpd RM 6500 ke RM 8,000.


HOT INFO : BESARNYA JASA KARPAL KEPADA RAKYAT MALAYSIA


Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa jasa Karpal terhadap rakyat Malaysia amat besar dan tidak mungkin akan ada orang lain yang mampu untuk melakukannya tanpa komitmen yang tinggi.

Siapa sangka bahawa mendiang adalah orang yang pertama menunjukkan bahawa Anwar adalah seorang peliwat dan beliau (karpal) adalah orang yang berani menyatakan perkara tersebut didalam parlimen.

Tidak ada seorang pun, malah Anwar sendiri berani untuk menyanggah apa yang disebut oleh Karpal di dalam parlimen dan ianya tercatit sebagai catitan perbahasan dalam dewan.


Kini Karpal telah tiada dan Anwar pila mengatakan bahawa Karpal adalah pejuang dan tidak menafikan apa yang dikatakan Anwar tersebut kerana, jika Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, sudah pasti akan ada kerosakkan yang berlaku tambahan pula dengan cara kehidupan seks beliau.

Takziah kepada keluarga Karpal 

Monday 21 April 2014

#MH192 : 4 JAM BERLEGAR DI UDARA AKIBAT ROSAK GEAR, PESAWAT SELAMAT MENDARAT


Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang dijadualkan berlepas ke Bangalore dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.09 malam tadi disahkan selamat tiba di lapangan terbang tersebut tepat jam 1.56 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh pihak MAS awal pagi tadi, pesawat itu membuat pusingan semula ke Kuala Lumpur untuk pendaratan kecemasan kerana selepas mengalami kerosakan gear.

"Kesemua penumpang dan anak kapal selamat dan tidak cedera, buat masa sekarang mereka ditempatkan di hotel," jelas pihak MAS ketika memberitahu situasi semasa penumpang MAS MH192.

Pesawat tersebut yang membawa 159 penumpang termasuk tujuh anak kapal dijangka tiba di Bangalore jam 11.35 malam pada hari yang sama.

Sunday 20 April 2014

HOT NEWS : OBAMA TIDAK AKAN JUMPA ANWAR IBRAHIM



Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tidak merancang untuk bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu kunjungannya ke Kuala Lumpur minggu hadapan.

Namun demikian pegawai rasmi Amerika Syarikat tidak menolak sekiranya ada pertemuan di peringkat rendah.

Obama akan mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat pertama yang melawat Malaysia apabila tiba di sini pada 26 April depan.

Ditanya sama ada Obama akan meluangkan masa terhadnya di Malaysia untuk pertemuan itu, Penasihat Keselamatan Negara, Susan Rice berkata ia sebarang perancangan dibuat.

"Saya rasa presiden tidak merancang untuk pertemuan tersebut - namun mungkin ada pertemuan lain di peringkat yang lebih rendah," kata Rice.

Obama walau bagaimanapun akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan wakil masyarakat di Kuala Lumpur.

HOT NEWS : GUAN ENG TIDAK LAYAK GANTI KARPAL SINGH



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat tidak layak menggantikan mendiang pengerusi parti, Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo yang juga merupakan anak kepada Karpal lebih layak mengambilalih jawatan ayahnya itu.

"Guan Eng tidak sepatutnya menjadi Pengerusi kerana dia telah menyebabkan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) diadakan semula dan kami sangat berharap bahawa anak Karpal, Gobind perlu menjadi pengerusi DAP.

"Karpal telah menggunakan seluruh kehidupan politiknya untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak "Dinasti Lim" sekeluarga," beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, Gobind lebih layak mewarisi jawatan yang dipegang oleh mendiang satu ketika dahulu memandangkan Gobind merupakan salah satu waris mendiang.

Tuan Tat turut berkata pemergian mendiang Karpal merupakan satu kehilangan yang besar kepada keluarga terdekat dan keluarga Lim Kit Siang selepas mendiang dilihat sebagai warisan untuk pembangunan negara.

PANAS !!! ANWAR LIWAT SAIFUL BANYAK KALI - HAKIM BALIA



Insiden liwat yang berlaku terhadap Saiful Bukhari Azlan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan kejadian pertama tetapi ianya telah berlaku semenjak dua bulan lebih awal dari Jun 2008.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata, keputusan tersebut dicapai setelah mendapat laporan dari dua pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng (PW3) dan Dr Fazuin Rahimi (PW23) yang menjadi saksi pendakwaan dalam kes liwat-2 Anwar.

"Kedua-dua PW3 dan PW23 mengakui bahawa PW1 (Saiful) memberitahu mereka bahawa beliau telah diliwat oleh individu berprofil tinggi sekurang-kurangnya dua bulan dan kali terakhir insiden tersebut berlaku pada 26 Jun 2008," kata Balia menerusi keputusan bertulis yang dikeluarkan semalam.

Balia mengetuai panel hakim Mahkamah Rayuan dalam kes liwat-2 Anwar bersama Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Keputusan akhir perbicaraan mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun namun hukuman tersebut ditangguh menerusi mitigasi yang dipohon peguam mendiang Karpal Singh sementara menanti proses rayuan.

Prosiding kontroversi itu menyaksikan kedua-dua pihak pendakwa dan pembelaan mempertahankan hujah mengenai sampel DNA yang diperoleh dari rektum Saiful yang akhirnya dibenarkan diguna di mahkamah sebagai bukti selepas mendapati spesimen yang diambil tidak dijejaskan oleh Supt Jude Pareira sepertimana yang didakwa oleh peguam pembelaan.

ORANG MUDA HARUS MEMAHAMI DASAR KERAJAAN SEBELUM BANTAH !!! @RazaliIbrahim #BTN @tunfaisal



Muafakat merupakan kaedah terbaik untuk membina sesebuah negara berbanding demonstarsi di jalan raya, kata Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

Razali berkata golongan muda terutama mahasiswa perlu memahami bahawa sesuatu tindakan yang mahu dibuat perlu dilihat kesan baik dan buruk kepada diri sendiri dan negara.

Katanya, banyak pihak yang sering mengkritik apa sahaja tindakan kerajaan tetapi tidak pernah memberi sumbangan dari segi buah fikiran untuk menambah baik apa yang ada.

"Ada pihak yang sering mengkritik, apa sahaja yang kerajaan buat, semua tak betul bagi mereka.

"Kerajaan memang banyak laksanakan dasar yang tidak popular tetapi bertanggungjawab," katanya ketika berucap di majlis perbincangan meja bulat Program Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), di sini, hari ini.

Saturday 19 April 2014

GURAUAN TERAKHIR KARPAL - TANPA MICHAEL SAYA AKAN MATI


Sehari sebelum kemalangan, mendiang Karpal Singh ada melawak bersama pekerja-pekerja di pejabatnya dan mengatakan “Tanpa Michael saya akan mati”.

Lalu Michael menjawab, “Tanpa boss (Karpal), saya juga akan mati”.

Perkara tersebut diceritakan oleh anak perempuan mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada Sabtu.

Pada masa sama, Sangeet menyifatkan Michael merupakan pekerja yang sangat dedikasi, rajin serta amanah dalam menjalankan tugas beliau.

Friday 18 April 2014

HOT NEWS : KEMATIAN KARPAL BUAT ANWAR PENING , RAYUAN KES LIWAT TINGGAL 10 HARI LAGI !! DI MANA MAHU CARI GANTI #LIWAT


Anwar tentunya pening memikirkan rayuan kes liwatnya hanya tinggal 10 hari sahaja lagi , jika tidak Anwar akan terus ke penjara selama 5 tahun selepas dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan. 

Peguam Anwar untuk kes ini Karpal Singh menemui ajal awal pagi semalam selepas terlibat dalam kemalangan di Ipoh. Dalam masa 10 hari ini Anwar perlu mencari peguam baru untuk membantunya membuat rayuan. Anwar tahu Karpal banyak menyimpan rahsianya dan adakah rahsia ini harus diceritakan kepada peguam lain ??

Malam tadi Anwar sudah membayangkan yang beliau akan ke penjara juga dan seperti beliau sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung rayuan terhadap hukuman lima tahun kes penjara dalam kes liwat terhadapnya.

Berucap dalam ceramah Reformasi 2.0 di Seberang Jaya malam tadi, anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata:

“Ini mungkin pidato terakhir saya di sini.”

HOT NEWS : DUN SELANGOR DISERANG !! TUDIAA



Lebih 20 orang ahli dewan termasuk Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh,Timbalannya Nik Nazmi Nik Ahmad mengalami sakit perut selepas menikmati hidangan makan tengah hari, semalam.

Ekoran insiden itu, kesemua mereka telah menerima rawatan yang disediakan oleh pihak Dun hari ini.

Dalam pada itu, Hannah berkata, katerer yang menyediakan makanan tersebut akan diberhentikan serta-merta dan akan digantikan dengan penyedia makanan yang baharu.

"Kami telah menyiasat dan mendapati berdasarkan aduan daripada wartawan, speaker dan timbalan serta kakitangan pejabat speaker, mereka memaklumkan mengalami sakit perut selepas menikmati makanan tengah hari.

"Untuk makluman kita pilih katerer tersebut melalui tender terbuka selepas melepasi pemilihan teknikal dan memenuhi syarat harga terendah.

"Kami memohon maaf kepada semua dan semua yang terjejas ekoran kejadian ini sudah dirujuk kepada pegawai perubatan di sini," katanya kepada pemberita selepas persidangan berhenti rehat, hari ini.

Antara menu yang disediakan semalam adalah nasi putih, ikan goreng berlada, gulai ayam, gulai pucuk paku dan tembikai.

AKHLAK KARPAL SINGH LEBIH MULIA DARI ANWAR - IBRAHIM ALI



BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA (PERKASA) BERHUBUNG KEMATIAN PENGERUSI DAP, KARPAL SINGH HARI INI.

Karpal telah memberikan sumbangan besar dalam mewarnakan politik Malaysia. Saya turut merasakan kehilangannya.

Akhlaknya lebih mulia daripada Anwar Ibrahim.

Saya antara ahli parlimen yang selalu bertengkar dengan Karpal Singh di Parlimen.

Saya masih ingat bagaimana marahnya Karpal kepada saya bila saya kata saya lulus undang-undang di Holiday Inn bila menjawab penghinaannya terhadap saya,dimana saya tidak tahu undang-undang. Akan tetapi Dr Mahathir lantik saya jadi Timbalan Menteri jaga undang-undang.

Satu perkara yang buat saya hilang hormat kepada Karpal iailah bila mendiang tidak menghormati agama Islam dengan mengatakan 'langkap mayat dia dulu's ebelum Malaysia jadi negara Islam/atau laksana Hukum Hudud'.

Sikap ini amat melampau, tidak hurmat agama Islam.

Mendiang dikatakan pejuang keadilan,tapi tidak menghormati keadilan dlm Islam.

Mendiang juga double standard. Ini myebabkan saya hilang hormat kepadanya.

Takziah kepada keluarga mendiang.

PANAS !!! SERANGAN KAUM DI KLANG ??? BIAR BETUL ??


Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan hari ini menafikan khabar angin kononnya berlaku serangan ganas antara dua kaum di Klang dekat sini, seperti yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini.

Beliau berkata, khabar angin yang tersebar menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (sms) dan di Facebook itu adalah berniat jahat dan boleh mencetus huru-hara serta masalah perkauman di negara ini.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang laporan mengenai kejadian seumpama itu. Polis mengesahkan tiada sebarang bukti dan maklumat yang menyokong dakwaan berkenaan.

"Ada khabar angin mengatakan penunggang motosikal dilarang pergi ke kawasan Pandamaran, Klang hingga ke Pelabuhan Klang bagi mengelakkan menjadi mangsa. Dakwaan seperti ini boleh menggugat ketenteraman orang awam," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin yang tersebar di laman sosial dan perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

AL-FATIHAH : DATO SERI DR HILMI, PEJUANG SEJATI BANGSA MELAYU MENINGGAL DUNIA PAGI TADI @NajibRazak


Apj berasa begitu besar kehilangan seorang pejuang bangsa Melayu , Dato Seri Dr Hilmi , Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang meninggal dunia pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) .

Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail selepas solat asar.

Semasa hayatnya, beliau turut memegang jawatan Pengerusi Gagasan Melayu Perak (GMP) dan juga merupakan tokoh yang aktif memperjuangkan hak-hak kaum Melayu di negara ini. 

Secara peribadi Apj begitu rapat dengan beliau , beliau banyak mengajar Apj erti sebuah perjuangan . Ayah Arwar Dato Seri Hilmi juga seorang pejuang kemerdekaan dahulu. Mewarisi semangat seorang pejuang dari ayahnya , Dato Seri Hilmi terus berjuang hingga ke akhir hayatnya . 

Kami pernah merantau ke seluruh pelosok negara sebelum pilihanraya umum 13 lalu , beliau tidak pernah kenal erti penat kerana terlalu cintakan dan mempertahankan nasib bangsanya . 
Beliau banyak mencurahkan ilmu dan pengalaman beliau kepada Apj dan sedikit sebanyak mencorak perjuangan Apj sekarang. 

Seorang guru juga seperti ayah , beliau sangat tegas , bila beliau marah kepada Apj , Apj tahu dia lakukan itu untuk kebaikkan Apj . 

Kini Apj begitu terasa kehilangan namun semangatnya akan terus Apj juangkan hingga ke akhir hayat Apj . Nasib bangsa akan terus Apj pertahankan. 

Semoga Ayahanda Dato Seri Dr Hilmi ditempatkan bersama golongan yang beriman . Al-Fatihah 



PANAS !!! ANAK SAUDARA KARPAL SINGH JANGAN KURANG AJAR TUDUH KERAJAAN !!!


Aku tertarik dengan merahan rakan-rakan Facebook terhadap satu akaun Facebook bernama Anil JS yang katakan anak saudara kepada Karpal Singh . Rakan-rakan berkata Anil Js ini telah mendakwa kemalangan yang membawa kepada kematian Karpal Singh awal pagi semalam telah dirancang kerajaan. Biadap Sungguh Anil JS ni. 

Tuduhan melampau dan kurang ajar ini sangat tidak boleh diterima akal , ia satu sikap yang bodoh seperti orang tiada otak !! 

Dia ingat kenderaan Karpal Singh bernombor KS9898 tu boleh dikawal oleh SETELIT ke ?? Kenapa tidak tulis kenderaan tu telah dirampas oleh pengganas dan mahu berpusing balik ke arah Kuala Lumpur tetapi terlanggar sebuah lori lalu berpusing dengan sendiri yang mengakibatkan kematian 2 orang di dalam kereta itu termasuk Karpal !!! wahhhhh cerita la lagu tu baru nampak real sikit KONSPIRASI KERAJAAN !! 



Apa yang dilaporkan oleh media, kemalangan mungkin berlaku disebabkan kereta mendiang Karpal dipandu laju dan tambahan pula kenderaan itu memiliki rekod kesalahan trafik yang banyak masih belum dibayar.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive