dari twitter Azwan Bro
Semalam kecoh di media arus perdana dan media laman-laman media sosial mengenai kenyataan yang di buat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengenai Isu rotan anak boleh
Rata-rata orang ramai termasuk kepimpinan umno menentang isu ini kerana jelas kita terikut-ikut rentak barat dalam mendidik anak-anak yang kononnya memartabatkan 'hak asasi manusia' . Aku petik kenyataan yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melalui Naib Ketua Pemudanya , Khairul Azwan Harun di laman sesawang Astro Awani.
Pergerakan Pemuda UMNO meminta undang-undang untuk perlindungan kanak-kanak kelak perlu jelas dibuat dengan mengambil kira hak ibu bapa atau penjaga dalam mendidik anak.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, ia juga perlu mengelak dari memenuhi kehendak hak asasi manusia terlampau yang dibuat di negara-negara luar yang jelas berbeza budaya dan tradisi kehidupan.
"Dalam konteks ini, perundangan baru juga perlu digubal agar ia tidak menghalang pelaksanaan perundangan syariah berkaitan.