sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday, 29 July 2016

Panas !! Orang Meninggal Dunia Bangun Semula Untuk Nyata Sokongan Pada Najib




Gambar seorang wanita, yang dakwa rakannya telah meninggal dunia tiga tahun lalu, muncul dalam akaun Facebook yang mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akaun media sosial 'Zunaidah Zain', yang menggunakan potret itu sebagai gambar profil, tidak lagi boleh didapati di Facebook.

Menurut screenshot daripada posting yang sudah tersebar luas itu, 'Zunaidah Zain' berkata rakyat harus menyokong pemimpin, dengan menggunakan hashtag #RespectMyPM #BelieveinPM itu.

Namun, seorang lagi pengguna media sosial menjawab bahawa gambar yang digunakan oleh 'Zunaidah' sebagai gambar profilnya sebenarnya adalah rakannya yang telah meninggal dunia.

Monday, 25 July 2016

1MDB : Dunia Anggap Najib Penyangak - Mantan Duta US Ke Malaysia



JOHN MALOTT BEKAS DUTA US KE MALAYSIA ULAS MENGENAI DOJ DAN SAMAN CIVILNYA.

John Malott, dalam ulasannya menyenaraikan langkah-langkah selanjutnya yang bakal diambil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat, dalam amalan dasar luar negaranya, tidak mendakwa seorang pemimpin yang masih memegang jawatan, melainkan melibatkan kes jenayah yang serius terhadap kemanusiaan seperti pembunuhan besar-besaran. Saya tertarik dengan pandangan beliau mengenai Rosmah sudah tidak dapat membeli barangan mewah kerana syarikat-syarikat berjenama tidak mahu dikaitkan dengan kegiatan pengubahan wang haram.

Pandangan John Malott sudah tentu membuat mereka yang berkuasa tidak dapat tidur dengan nyenyak. Ulasan beliau tidak boleh dipandang remeh kerana Mallot adalah bekas Duta Amerika Syarikat ke Malaysia.


ULASAN

Ada yang terkejut apabila saya mengatakan langkah kerajaan Amerika Syarikat menyita aset - kondominium, rumah agam, hotel dan lukisan — semuanya dibeli dengan wang yang dicuri daripada 1MDB dan rakyat Malaysia — hanyalah permulaan.

Betul. Banyak lagi yang akan berlaku selepas ini.

Tuesday, 19 July 2016

Isu Panas : Kerajaan Najib Tarik Status Langkawi Bebas Cukai 01 Ogos ?? #Pray4Langkawi



Terkejut aku baca status rakan facebook dari Langkawi yang bertanyakan ura-ura Kerajaan Najib bakal menarik balik hak rakyat Langkawi iaitu menarik status Langkawi Bebas Cukai.

Monday, 18 July 2016

Panas !! Akibat Tikam Belakang Mukhriz , Man Aziz & Abu Hasan Ditolak Ahli Umno Jerlun


Baru-baru ni Othman Aziz yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Kewangan oleh Najib kerana membantu beliau menjatuhkan Mukhriz di Jerlun dan Kedah telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengaruh Mukhriz tidak gugat Umno Jerlun yang baru dirampas beliau dan Abu Hasan.

Nanti aku ceritakan bagaimana Mukhriz membantu Othman Aziz yang hampir berkubur politik dia selepas kalah pru12 dulu dan cerita sebuah syarkat berpengkalan di Penang. 

La ni aku nak kongsikan cerita pasal program terbaru yang Abu Hassan (Pemangku Ketua Bahagian Jerlun)  dan Othman Aziz anjurkan selepas mereka merampas Umno Jerlun dari Mukhriz. 


Surat jemputan kepada semua Ketua Cawangan , Ketua Wanita Cawangan , Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Puteri Cawangan Jerlun. 

Kalau diikutkan pastinya ramai yang akan hadir seperti kenyataan Othman Aziz di berita harian baru-baru ni yang sokongan ahli umno Jerlun kepada kepimpinan baru (kroni najib ) diterima semua. 



Nah ramai sungguh yang hadir , daripada 404 orang yang di jemput hanya 50 orang lebih saja yang hadir .. kalau difikirkan secara logik takkan dari 404 tu hanya 50 org lebih ja hadir ? Yang lain pi mana ? Othman Aziz Timbalan Menteri Kewangan kot !!! Asyuk tu !! 

Aku kongsikan cerita yang ditulis oleh mak yan di facebook beliau untuk hampa buat renungan ..

Tuesday, 12 July 2016

Umno Kian Rebah Angkara Najib , 100 Lagi Cawangan Keluar Parti



Seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi dilapor mengumumkan keluar parti serta-merta kerana tidak puas hati dengan layanan terhadap bekas naib presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pengumuman itu dibuat naib ketua Umno bahagian itu Pangiran Roslan Pangiran Nasrun dalam sidang media di Sandakan semalam, lapor Berita Harian.
Pangiran Roslan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Shafie sebelum ini tanpa dipanggil membela diri.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...