Pages

Wednesday 22 January 2014

PANAS !! 11 KP UMNO PAHANG MELAMPAU , JATUHKAN MARUAH UMNO !!! @NajibRazak @Khairykj @azwanbro


Semalam satu sidang media tergempar di buat oleh 11 orang Ketua Pemuda Bahagian di Pahang bagi menyatakan kekesalan terhadap Ketua Pemuda Umno Malaysia yang berdiam diri dalam menangani isu hilang kepercayaan terhadap KP Negeri Pahang sdr Shahruddin Ahmad.

Bagi aku sebagai ahli Umno yang sayangkan parti ni , aku kesal dengan sikap 11 Ketua Pemuda Bahagian Umno ini yang hanya mementingkan diri sendiri  , mereka telah membuka pekung di dada dengan membuat kritikan dan bantahan terhadap Ketua Pemuda Umno Pahang juga Yb Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia secara terbuka di media. 

Jalan yang mereka ambil sangat memalukan Umno sendiri dan memberi peluru kepada pembangkang dengan melihat Pemuda Umno Pahang dalam krisis yang amat teruk hanya kerana perebutan kuasa politik . Aku mahu pihak lembaga disiplin Umno mengambil tindakkan tegas terhadap mereka kerana mereka bukan ahli biasa tetapi Ketua2 Pemuda Bahagian yang di pilih untuk menjalankan tanggungjawab membela Agama , Bangsa dan Tanah air ini bukan membela dan berebut jawatan sama sendiri.


Ketua-Ketua Pemuda Pahang ini juga baru sahaja mememang jawatan sebagai Ketua , jadi jalankan kerja yang boleh memenangkan parti bukan saling menhancurkan sesama kita , banyak tempat di Pahang sudah di takluki pembangkang , jadi bersatu merampas kembali kawasan yang hilang , bukan bersatu berebut satu jawatan . 



Kita kena menghormati apa yang telah di pilih , baru berapa bulan pegang jawatan selepas pemilihan Umno dah jadi haru biru , sebagai Ketua Pemuda Bahagian yang baru anda semua harus belajar perang dengan pembangkang bukan belajar perang sama sendiri.

Maaflah cakap walaupun 2 minggu tiada respon dari Yb Khairy namun membuat sidang media secara terbuka adalah satu malapetaka besar buat Umno dan menjatuhkan maruah Umno itu sendiri. 

Banyak saluran yang boleh di buat untuk di bincangkan bukan bincang MELALUI MEDIA seperti yang di lakukan oleh 11 KETUA PEMUDA BAHAGIAN PAHANG ini !!! 

Aku pasti ada pihak berkepentingan yang menjadi dalang dalam isu mahu menjatuhkan KETUA PEMUDA UMNO PAHANG ini !! BEB ini bukan masanya untuk menjatuhkan orang !!! masa pemilihan dulu tak sibuk pulak nak jatuhkan orang !! huh !! 

Aku TEGASKAN sekali lagi UMNO DAN LEMBAGA DISIPLIN UMNO PUSAT harus mengambil tindakkan tegas terhadap mereka , kerana yang mahu mereka jatuhkan adalah KETUA PEMUDA UMNO PAHANG DAN MERANGKAP KETUA PEMUDA UMNO PEKAN KAWASAN PERDANA MENTERI SENDIRI !!! 

Adalah ini satu konspirasi mahu menjatuhkan dan memalukan Perdana Menteri sendiri !!! Aku tak ksiah kalau ahli biasa atau rakyat yang membantah tapi ni KORANG semua berjawatan sebagai KETUA PEMUDA BAHAGIAN !!! MEMALUKAN !! HUH !!! 



MASYUKKK KLIK SINI  


6 comments:

  1. Setuju. Perkara ini masih boleh dibincgkan dan disuarakan dan diselesaikan secara dalaman. Dalam perlembagaan UMNO di bawah perkara etika. Perkara 7 menyatajan mana2 ahli dilarang samada secara langsubg atau tdk langsung membuat pernyataa akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau apa2 cara cara sekalipun atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubunh dgn apa dasar atau keputusan parti.
    Mereka ini pemegang jawatan yang diamanahkan. Sebagai ketua pemuda bahagian.. mrk masih blh bersemuka dgn KJ tanpa melibatkan terus membuat kenyataan kepada media . Badan disiplin wajib kenakan tindakan atas perlanggaran ini. Jgn hanya kerana mereka bos di bhg mereka dikecualikan

    ReplyDelete
  2. Maaf kata, kadang2 perlu juga hal mcm ni...kalau ikut saluran dalam, jgn harap boleh selesai.
    KJ ni memang tak boleh di percayai, aku sendiri tegaskan bahawa KJ ni bakal pengganti anwar esok. Cara dia kalahkan muhkriz dulu telah membuktikan betapa rasuah memainkan peranan yg cukup hebat dlm pemilihan ketua pemuda umno.
    Jadi, kepada 11 KP pahang, teruskan perjuangan anda. Jgn takut kerana benar...bye

    ReplyDelete
  3. tak salah untuk tegur atau bantah tapi dengan membuat pc bukan scaranya , baca artikel perkara 7 pelemabagaan parti , mereka bukan ahli biasa tapi ketua2 pemuda bahagian ...

    ReplyDelete
  4. Apakah UMNO masih hendak mempertahankan pemimpin yang korup atau salahlaku? Kekebalan beginilah yang akan membuat pemimpin itu angkuh. Saya rasa perbuatan 11 orang pemuda itu berani. Berani buat berani tanggung. Bukan bersembunyi dibelakang kekebalan. Thaniah pemuda berani

    ReplyDelete
  5. Kasihan CK tengok pelbagai tohmahan yg dilemparkan kepada 11 Ketua Pemuda Bahagian Pahang ni gara2 sidang media yg mereka lakukan.

    CK bukan lah nak memihak kepada mana2, tapi bagi CK, agak tidak adil jika kita terus menghukum mereka tanpa mendapat penjelasan dari mereka dan tanpa mereka membela diri mereka. Mesti ada sebab tertentu sehingga mereka terpaksa menggunakan saluran media setelah memorandum yang mereka hantar tidak mendapat respon dan maklumbalas daripada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr YB Khairy Jamaludin.

    Mengikut sumber daripada salah seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian dikalangan 11 org tersebut, mengikut begitu rasional dan cukup hemah dalam menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini tanpa melibatkan sebarang emosi.

    Mereka cuba berbincang dan pelbagai usaha telah dilakukan agar 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian ini dapat berjumpa dgn KJ demi menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini. Tapi sayangnya, pintu utk berjumpa telah ditutup dan pelbagai halangan oleh pihak pihak yg berkepentingan cuba menggagalkan usaha perbincangan tersebut.

    Susah sangatkah nak berjumpa 11 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian ni? Kenapa perlu ada protokol dan birokrasi sedangkan KJ sendiri berkata org muda tak suka protokol dan birokrasi. Adakah semua ini Retorik semata-mata. Cakap tak serupa bikin. Masa nak undi cari kami, bila dah menang begini jadinya.

    Alhamdulillah setelah sedaya upaya berusaha. Pintu utk berjumpa akhirnya. dibuka. Itupun bersyarat. Tak mahu jumpa 11 org Ketua Pemuda, hanya hantar wakil seorang sahaja.

    Maka, 11 Ketua Pemuda Pahang menghantar seorang wakil utk berjumpa KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

    Kegembiraan dapat berjumpa KJ utk menyatakan hasrat dan pandangan ini begitu bermakna bagi mereka, tapi alangkah terkejutnya. Rasa terhina dan rasa begitu diperlekehkan, apabila KJ bercakap dgn wakil mereka dengan cara dan sikap endah tak endah sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi. Beginikah sikap seorang Menteri Muda yang boleh dibanggakan? Sombong, angkuh dan bongkak. Sebelum menjadi Menteri dan tak ada apa2 jawatan, begitu baik dan amat menghormati dan kagum dgnnya sbg Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bila dah ada kuasa dan dah menjadi Menteri angkuh dan sombong pula jadinya. Perangai KJ ini sama sahaja masa Zaman Pak Lah menjadi PM. Begini lah sikapnya. Ingat ke dah berubah, ternyata lakonan semata-mata.

    Berbalik pada cerita tadi. Selepas KJ acuh tak acuh sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi, wakil Ketua Pemuda Bahagian tersebut cukup rasa terhina dan diperlekehkan tanpa menunggu masa yg panjang terus menyerahkan Memorandum Bantahan Perlantikan KP Negeri dan terus bersalam dan beredar dgn hati yg cukup terasa.

    14 hari telah berlalu. Tiada satu pun respon dan penjelasan daripada pihak KJ. Kalau KJ anggap perkara ini serius pasti akan panggil semua 11 Ketua Pemuda Pahang ataupun memberikan maklum balas segera. Sayangnya perkara tersebut tak berlaku dan mungkin KJ hanya memandang perkara ini remeh dan acuh tak acuh sahaja.

    Maka 11 Ketua Pemuda Pahang ini berbincang sesama mereka dan akhirnya mereka mendapat kesepakatan utk membuat Sidang Media sebagai jalan penyelesaian utk membuka mata pihak berkenaan.

    Akhirnya apabila Sidang Media mereka lakukan setelah jalan rundingan ditutup rapat, akhirnya mereka pula dituduh sebagai perosak parti sedangkan dalam diri mereka tebal dengan kecintaan yg begitu mendalam dah roh perjuangan yg begitu tinggi pada parti UMNO dalam membela nasib dan kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

    Begitulah cerita yg CK boleh korek drp sumber salah seorang wakil drp 11 Ketua Pemuda Pahang tersebut.

    Bagi pendapat CK yg begitu rasional. Sebenarnya Perlantikan Jawatan Ketua Pemuda Negeri Pahang bukanlah isu utama sebenarnya, tetapi Isu yg paling utama adalah cara penyelesaian masalah tersebut diurus dengan sikap angkuh dan sombong tanpa diberi ruang pandangan dan penjelasan. Beginikah sikap seorang Pemimpin Muda yg boleh dibanggakan.

    Belajarlah menerima dan menghormati pandangan orang lain walaupun pandangan tersebut bernilai 20 sen sahaja.

    Sekian. Terima Kasih…

    ReplyDelete
  6. kikikiki..macai kangkung..

    ReplyDelete