sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 28 August 2014

#HAJI1435H : KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI SELAMAT TIBA DI MADINAH


Laporan Harian Haji 1435H

KUMPULAN JEMAAH HAJI PERTAMA SELAMAT TIBA DI MADINAH

"Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni'mata Laka Wal Mulka La Syarikalah."

Pagi tadi kira-kira pukul 9 pagi di sini (2 petang waktu Malaysia), pesawat pertama yang membawa Jamaah Haji Malaysia selamat mendarat di Lapangan Terbang Prince Mohammad Abdulaziz, sini.

Jemaah kedua pula selamat tiba di Madinah jam 2 petang waktu Saudi dan ketiga baru sahaja tiba di Madinah

Seramai kira-kira 1,000 jemaah haji Malaysia yang dibawa dengan tiga pesawat, satu Saudi Airlines manakala dua lagi, Malaysia Airlines (MAS).

Ini merupakan kumpulan jemaah haji pertama tiba di Arab Saudi.

Tabung Haji sudah bersiap sedia dengan kehadiran jemaah haji Malaysia Sama ada dari segi penginapan, klinik kesihatan sehinggalah ke keperluan logistik, perkhidmatan pengeluaran wang, mengepos dan bagasi.

Waktu haji selama 40 hari seharusnya digunakan sebaik-baiknya oleh setiap jemaah haji untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Dengan kemuncak haji pada 8 Zulhijjah iaitu antara 2 atau 3 Oktober pada hari tarwiyyah nanti, jemaah haji Malaysia perlu menjaga tingkah laku dan kesihatan sepanjang tempoh berada di tanah suci. Ini penting untuk membolehkan mereka menyelesaikan ibadat itu apabila tiba hari-hari Tasyriq 11, 12 dan 13 Zulhijjah, selepas melontar jamrah.

Dijangkakan lebih 1.3 juta jemaah haji asing akan mengerjakan haji tahun ini.

Aktivis Pendang Jr
Madinah
27 Ogos 2014

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive