sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 28 April 2015

Lepas ' 5 Sekawan ' Timbul Pulak Kes '4 Sekawan'



Empat warga Myammar dituduh membunuh seorang rakan mereka dalam kejadian di daerah Yan, 12 April lalu, di Mahkamah Sesyen 3 Sungai Petani, semalam.

Kesemua empat tertuduh termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dituduh dengan niat menyebabkan kematian seorang lelaki yang juga warganegara Myammar, dalam kejadian terbabit.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka bersama-sama menyebabkan kematian antara jam 8 hingga 8.30 malam, bertempat di sebuah rumah tidak bernombor dekat Kampung Telok Mat Acheh, Yan, Kedah.

Mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwaraya, Hasnurliza Mohd Radzi di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 30 tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Apabila ditanya sama ada kesemua tertuduh itu boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, tiada sebarang reaksi diberikan.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan tarikh sebutan semula kes pada bulan hadapan bagi menunggu kehadiran jurubahasa.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 28 Mei 2015.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive