sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 19 February 2016

Ling: Negara kembali aman, stabil jika Najib, Rosmah disingkir


Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mengheretnya ke mahkamah atas saman fitnah.

Menurut bekas menteri kanan itu, tidak ada yang apa yang salah dengan Umno dan BN.

"Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor).

"Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor.

Beliau mengulas soalan berhubung keputusannya untuk terbabit dengan perhimpunan BERSIH, pada Ogos tahun lalu dan tuduhan terhadap Najib mengenai ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Ling berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.


"Dua-dua mereka terlibat, saya mungkin salah, tapi jika hanya Najib, Najib lah," katanya.

Bekas presiden MCA turut membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma berkenaan.

"Semua oang terkejut," katanya apabila diminta mengulas perkara itu.

"Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?

"(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).

"Awak fikir rakyat bodoh," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

BOLEHKAH KITA PERCAYA DGN TALI BARUT MAMAKKUTY HARAMJADDAH PUKIMAMAK NAHATHIR MAHAZALIM, LIM INI YG TERBUKTI TERLIBAT DENGAN SKANDAL RASUAH ????

MAHAZALIM MAHATHIR CILAKA, CARILAH ORANG LAIN...MUKA LIM LIONG SIK NIE DAH TAK LAKU..

BAKAR BATU MAI LAA KOMEN KAT SINI..SEHARI TAK MAKI KAU HARAMJADDAH TAK SYOK.BABI KHINZIR BUSUK...

Pakcu Rantau Panjang. said...

Kewarasan dalam menulis dan menilai seorang pemimpin terletak pada kredibiliti dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat disempurnakan. Kekuasaan yang diberi adalah untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut. Dan setiap amanah adalah harapan yang diimpikan yang perlu dilaksanakan.

Ketelusan dalam bicara dan tindak tanduk seorang pemimpin dikaji dengan fakta dan kebenaran. Jika hari ini kita boleh bersembunyi tapi esok lusa sejarah akan membuka temberang seseorang ..... maka berlaku jujurlah jika kita menjadi seorang pemimpin....dan berilah laluan jika kita rasa sudah sampai masanya.Tidak semua yang ada adalah kekal selamanya.......

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive