sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 23 February 2016

PANAS !! Pelaburan Tabung Haji Dalam Syarikat Roti Rugi Jutaan Ringgit ?


Dalam apa yang dijanjikannya sebagai siri membongkar pelabuuran Tabung Haji yang rugi besar, hari ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa bahawa dana haji itu kehilangan berjuta-juta ringgit akibat pelaburannya dalam sebuah syarikat membuat roti pada 2007.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi mempersoalkan apa yang disifatkannya sebagai keputusan salah oleh Tabung Haji untuk melabur dalam Kumpulan Silverbird, yang kini adalah sebahagian daripada konglomerat Hi-5.


"Dalam tempoh antara September dan Oktober 2007, Tabung Haji membeli saham syarikat itu secara agresif dengan pelaburan RM98 juta sehingga seunit saham syarikat itu naik daripada 39 sen menjadi RM1.09 pada 16 Okt, 2007," katanya.

Menurut laporan tahunan syarikat berkenaan yang dibekalkan oleh Rafizi kepada media, Tabung Haji muncul sebagai pemegang saham terbesar pada 31 Okt, 2007, dengan memiliki lebih 90 juta saham atau 28.81 peratus kepentingan syarikat itu.

"Bagaimanapun, syarikat itu menghadapi masalah dan Tabung Haji telah mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM44 juta sehingga 31 Okt, 2011," katanya.

Rafizi berkata, Tabung Haji mengekalkan pegangannya sehingga pertengahan 2014 dan hanya menjualnya selepas syarikat itu tidak lagi diiktiraf oleh Bursa Malaysia sebagai syarikat patuhi syariah kerana hutang yang lebih tinggi daripada aset.

"Ini memberikan anda idea jika Tabung Haji melakukan usaha yang wajar, ia akan lebih berhati-hati kerana tindakan wajar akan mengelakkan kemungkinan itu.

“Namun, jelas sekali ini tidak dilakukan," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa manusia ni masih simpan duit dia di TH

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive