Pages

Friday, 6 January 2012

6 VIDEO: PENJELASAN AMALINA BERHUBUNG ISU PEMAKAIAN 'LEGGING', FOTO BERSAMA RAKAN LELAKI, 'CULTURE SHOCK'. MASIH CEMERLANG!! DAN HARAPAN RAKYAT MALAYSIA



Sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri penjelasan Amalina terhadap isu yang tersebar di media sosial.

Penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom berusia 24 tahun, lahir pada 7 Disember 1987 inii sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan selepas 2 tahun kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya pada disember 2009. link


Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan 'legging' dan memeluk rakan lelakinya yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.

Sebelum mendengar penjelasan Amalina mengenai isu yang timbul, JOM ikuti dahulu perkembangan gadis cantik ini. Nur Amalina turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.



2005

2006

2012




Video berikutnya adalah reaksi dan penjelasan Amalina berhubung isu yang timbul. Selamat menonton!


(tindakan bijak pelajar yang bijak) - u have my respect! 





Ada logik 'legging' Amalina tidak berlubang, ibu Amalina yang belikan!!! Dan rakan-rakan Amalina dikenali oleh kedua orang tuanya. Ini bermaksud Amalina masih dalam jagaan rapi kedua ibu bapanya. Jadi, tohmahan Amalina hilang kawalan ibubapa selepas berada di UK adalah tidak benar.


Ringkasan Mengenai Nur Amalina Che Bakri

Nur Amalina melanjutkan pengajian ke United Kingdom sejak 8 tahun lalu bagi menduduki peperiksaan A Level melalui tajaan Bank Negara Malaysia (BNM)

Disebalik khabar angin mendakwa pelajar itu sudah pulang ke Malaysia kerana gagal dalam penganjiannya pada 2009, Nur Amalina terus memperolehi pelbagai kecemerlangan dalam bidang yang dipelajarinya. Antaranya:

1. June - sekarang:
Medical Research Intern
Edinburgh Breast Unit WGH & Cancer Research UK, Edinburgh


2. Feb - May 2010
ERASMUS Research Intern
CHDR, The Netherlands


3. Aug - Sept 2009 
District Medical Officer                                
Meru District Hospital, Tanzania
Bertugas di wad bersalin, pediatrik, HIV dan kecemasan.

4. Melakukan khidmat masyarakat mengajar Bahasa Inggeris di Orphanage Tanzania dan Zanzibar, pada 2009. Dia juga mengajar Bahasa Inggeris sejak 2008 hingga kini di Bergamo Scuole Elementare, Itali.

5. Bagi kerja kerja penyelidikan, Nur Amalina kini giat menyiapkan draf bagi bab terakhir kertas “Reproductive: Obstetrics and Gynaecology” in ABC of Medically Unexplained Symptoms 2011/2012 di bawah seliaan Dr Andrew Horne, Consultant Gynaecologist,  Royal Infirmary of Edinburgh, University of Edinburgh.

6. Writing a book chapter on medically unexplained symptoms in obstetrics and gynaecology, which involved chronic pelvic pain, dyspareunia and vulvodynia.

7. Dalam proses menyiapkan manuskrip untuk satu terbitan dalam Journal of Clinical Oncology bagi kajiselidik "The resection of lymph nodes and the consequences in survival rate of patients with breast cancer (2011/12)" di bawah pengawasan  Prof Mike Dixon, Professor of Surgery and Consultant Surgeon, Edinburgh Breast Unit, Western General Hospital.





GILA? Memang gila SMART!! TAHNIAH NUR AMALINA!!!

Yang berlaku telah berlaku... Diharap video penjelasan dari Amalina ini dapat menyejukkan hati-hati panas masyarakat Malaysia yang sebenarnya takut kehilangan Amalina...
Kami doakan Nur Amalina Che Bakri berjaya dalam pelajaran dan kerjayanya aminn
dannnnn.... jangan lupa balik Malaysia!!
"Hujan Emas di Negara Orang,
Hujan Batu di Negara Sendiri,
Lama-lama di Negera Orang,
Lebih Baik Negara Sendiri"

 hahaha...


Kami tak mahu Amalina terrrrrrrrr jadi seperti ini

:
:
:


Sufiah Yusuf, genius Matematik

atau yang ini
:
:
:



Ariff Alfian

Telah diolah dengan baik. Sumber:Hazrey.com


No comments:

Post a Comment