Pages

Tuesday, 14 February 2012

TEMUBUAL ISTIMEWA !! MESTI BACA !!ORANG LAMA PAS BERBICARA


Aku Tanya Pak Cik Tua......


Berpeluang bercakap dengan Pak Cik yang berusia 60an (lahir 1948) yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang memang menarik. Aku sempat bertanya kan pendapat dan pandangan dari beliau beberapa tentang isu2 terkini. Sebelum tu aku dan kawan2 perlawa berliau duduk bersama sama kami, minum dan hilangkan penat seharian berjalan kutip derma bagi pembinaan tambahan sebuah Madrasah ( Madrasah Mok Wan Esah, Kg Bunga Emas, Kota Bharu ) kat tempat beliau.

Aku tanya dia, apasal dia nak kena jalan jauh jauh kat Chow Kit ni kutip derma sorang sorang ni. Tak ada ke bantuan dari kerajaan atau mana mana badan yang nak bantu derma untuk madrasah yang beliau sebutkan tu. Sepatutnya umur yang macam dia tu kena duduk rumah, rehat rehat, jaga kesihatan, buat amal ibadat. Bukannya macam sekarang dalam panas dan hujan kena keluar berjalan pegi kutip derma dari orang ramai.

Dengan penuh yakin Pak Cik Tua jelaskan pada aku dan kekawan kat situ. Untuk pembinaan madrasah tu mereka cuma dapat bantuan dari kerajaan negeri sebanyak RM10K. Lagi RM30K dia bagi tau, nak orang ramai derma, itu pasal lah dia dan rakannya sanggup berjalan jumpa dengan orang ramai. Bila aku tanya kenapa nak susahkan diri nak dapatkan RM30K tu, kan senang mintak tolong dari kenalan yang kenal sesiapa yang dermawan banyak duit tolong kan senang, mudah dan cepat. Katanya lagi, memang dia nak galakkan orang untuk menderma. Pada dia itulah yang dituntut dalam Islam supaya masyarakat praktik bagi derma. Kalau anak boleh dapatkan lagi bagus, dengan muka yang tersenyum kata Pak Cik Tua kat aku.

Sebelum tu, aku tanya pendapat dia pasal Presiden Perkasa. Ini yang dia jawab. Tok Him kat Kelate ore suko blako ka dio. Hok dua tu lah tendang dio dari Umno. Dia ada mari umoh sayo. Baik bedo'oh la Tok Him tu. Retok (jambatan) Ibrahim Ali tu dio hok buat. Sian ko dio maso dulu2. Aku mencelah, agak agak kalau Tok Him bertanding ramai dok yang sokong dia?? Pak Cik Tua tu diam lepas tu senyum. Kata beliau, Kelantan ni payoh sikit nak sokong selain dari Pas. Aku pun tak nak usul panjang panjang lagi, nanti aku di tarbiah pulak.

Selesai sudah soalan aku dia jawab. Pak Cik Tua dah pun order air minum. Jadi dapat lah aku tanya soalan lebih sikit. Semua soalan tu dah que kat dalam kepala aku, mengikut susunan yang sewajarnya pada aku. Lepas tu aku bagi dia soalan seterusnya. Apa pandangan Pak Cik tentang Pas hari ini yang bergabung dengan PKR dan DAP ? Aku mintak dia jelas kan pada aku secara jujur. Pak Cik Tua pun mulalah gentel gentel dia punya tembakau untuk rokok daunnya. Nampak pada airmuka beliau dok pikir macam mana nak jawab soalan aku tadi.

Begini lah katanya, pada dia tak dok masalah kerana dalam 3 parti tu Pas hok dok depan. Dalam erti kata lain, Pas yang ketuai ke3 parti tu. Aku pun kata kat dia, maknanya dalam 3parti tu yang akan jadi PM nanti Pas lah ya ? Dengan yakin Pak Cik Tua tu angguk tanda betul. Dalam hati aku agaknya semua orang Pas ingat Presiden mereka la yang akan jadi PM nanti agaknya. Aku tanya lagi, macam mana dengan hudud? Apa dia jawab, tak dok masalah. Mmmmm aku tak mau agiu banyak banyak dengan jawapan dia, cuma nak tahu dan dengar dari mulut dia sebagai orang lama dalam parti Pas. Lagipun aku ada soalan lain lagi nak tanya.

Aku cuba keluar dari isue negeri Kelantan pulak. Nak tanya pun kena steady jugak. Aku takut Pak Cik Tua tu bosan bangun terus blahhhhh. Apa pendapat Pak Cik mengenai sembahyang 2 imam yang terjadi di Terengganu ? Dia jarakkan kerusi jauh ke belakang. Airmuka dia dok fikir aku tengok. Lepas tu dia kata, tak dok masalah sembayang 2 imam tu. Dekat Kelantan banyak yang buat, cuma orang dok bising je. Dia pada mula agak keberatan nak bagi jawapan takut aku tak dapat nak terima dengan jawapan dia. Tapi aku jelaskan kat dia, yang aku tak ada masalah dengan apa pun jawapan yang dia bagi. Aku cuma nak tahu pendapat dia saja.

Tapi penjelasan panjang lebar Pak Cik tu pasal sembahyang 2 iman agak mencurigakan dan buat aku keliru. Tak dapat aku nak huraikan kat sini, sebab dia dah macam agak detail dan aku tak nak silap hurai nanti aku yang dosa. Tapi apa yang boleh aku katakan dari jawapan dia, kalau betul dalam Islam ada ilmu yang dia cakap tu, pada aku mungkin teori daripada mereka sendiri dan membolehkan perkara gitu berlaku.

Sekarang aku pergi pada soalan seterusnya. Soalan yang mungkin agak berat dia nak jawab. Anggapan aku je tu. Senyum lebar muka Pak Cik Tua. Apa pandangan Pak Cik mengenai Anwar Ibrahim ? Kata Pak Cik Tua, semua tu fitnah, auta blaka. Tak dok satu pun hok betul. Tipu belaka semua tu. Memang dok patut sungguh BN buat gitu ko Anwar. Aku tanya lagi soalan lain yang berkaitan. Pak Cik ada tengok dok video Anwar ? Dengan cepat dia beritahu yang dia tak tengok sebab tu semua tipu belaka. Kesian Pak Cik Tua ni, dia dah di tipu hidup hidup dengan pemimpin Pas.

Aku panjang kan sikit lagi soalan pasal Anwar, apa pandangan Pak Cik mengenai Anwar yang sokong Israel, sedangkan kita orang Islam sepatutnya beri sokongan pada Palestin. Kata Pak Cik Tua, tak salah kalu sokong Israel tanpa huraian panjang lebar. Daripada jawapan dia aku simpulkan, Pak Cik Tua ni memang dah di semat kat dalam kepala batu jembala dia, apa apa sahaja yang Pas buat, Pas bertindak, Pas kata, semua adalah benar belaka.




Saksi kejadian : Mimie, Zaiera, Yatt, Aktivis Pendang, Mr Papagege, Mrs Papagege ( kalau ada silap fakta tolong betulkan yer )



- aku copy kat member aku - http://nana-angrybird.blogspot.com ... tahniah Nana atas semangatmu mendengar cerita Pak Tua..

No comments:

Post a Comment