DOKTRIN
PEMBAHAGIAN KUASA SUATU RUJUKAN SEMULA
Mukaddimah
1.
Ini
adalah Kertas Pandangan Gagasan Melayu Perak (GMP) mengenai isu-isu semasa yang
melingkari umat Melayu khususnya di Perak.
2.
Tujuan
utama ia ditulis adalah untuk kegunaan pihak GMP di dalam merangka pelan bagi
mana-mana pihak yang mempunyai agenda untuk kepentingan kaum Melayu.
3.
Kertas
ini juga ditulis khusus untuk diskusi Biro Perundangan GMP.
Sejarah Doktrin Pembahagian
Kuasa
1. Doktrin Pembahagian Kuasa
berasal dari Republik Roman. Mereka membahagikan kerajaan mereka kepada tiga
cabang yang dinamakan sebagai senate, assemblies dan magistratus.
2. Memandangkan
kegemilangan Republik Roman bernafas di zaman yang kuno maka cabang kuasa yang
diwujudkan adalah memenuhi kehendak bagi menangani cabaran dari kerajaan lain
yang wujud di zaman tersebut.
3. Doktrin ini diberi
pengertian baru oleh seorang sarjana perancis bernama Baron de montesquiue yang
mengungguli sistem kuasa triparti di dalam sebuah Kerajaan.
4. Beliau secara umumnya
mendasarkan sistem tersebut kepada sistem perlembagaan British di mana beliau
melihat terdapat pembahagian kuasa di antara institusi raja, parlimen dan
mahkamah keadilan.
5. Namun, pengkritik
Montesquieu berhujah bahawa sistem British terdapat kekurangan kerana terdapat
percampuran kuasa yang nyata di antara penggubalan dan eksekutif.
6. Montesquiei berhujah
kembali bahawa keralatan ini harus ditangani dengan suatu teori yang dinamakan responsible government . Apapun,
montesquieui amat menerapkan bahawa kebebasan kehakiman bukanlah satu anggapan
semata-mata tetapi ianya seharusnya wujud dengan sebebasnya untuk memastikan
sistem bergerak tanpa berlaku ketidakadilan.
Kedudukan di
Malaysia
1. Apabila Malaya di
beri kemerdekaan oleh Empayar British mahu atau tidak Malaya
ditawarkan dan menerimapakai sistem British ini.
2. Walter Bahegot
merumuskan bahawa secara dasarnya sistem kuasa triparti ini bergerak seperti
berikut, suatu pilihanraya diadakan untuk memilih perwakilan di cabang
penggubalan.
3. Dari sini ahli
penggubal ini memilih di antara ahli-ahli mereka untuk mewakili mereka di
cabang eksekutif.
4. Cabang eksekutif pula
bertanggungjawab memilih cabang kehakiman dengan perkenan Yang Di-Pertuan
Agong. Namun, harus diingatkan bahawa Malaysia mengamalkan sistem
persekutuan di mana kuasa dipecahkan diantara negeri dan pusat.
5. Nyata sistem British
ini mempunyai kelemahan yang nyata kerana kuasa tidak dibahagikan di dalam pentadbiran
kerajaan malah ia sebenarnya dipusatkan dikalangan ahli-ahli politik yang bertanding merebut tempat di
cabang penggubalan.
6. Sebagai seorang yang
berkerjaya sebagai ahli politik maka mereka seboleh-bolehnya mahu merebut
tempat di cabang penggubalan tersebut kerana sebaik sahaja dilantik menjadi
ahli mereka mendapat elaun bulanan dan ianya juga datang dengan kuasa yang
besar.
7. Kuasa dan
penyalahgunaan kuasa tidak mempunyai garis sempadan yang nyata maka akhirnya
apabila dilantik berulangkali untuk mewakili sesuatu kawasan seseorang ahli
politik akhirnya akan terjerumus untuk melakukan pula penyalahgunaan kuasa yang
diberi kepada mereka oleh rakyat.
8. Selepas Pilihanraya
ke 12 misalnya, rakyat Malaysia
telah menyaksikan perebutan kuasa yang maha hebat. Hingga adakalanya politik bukan
lagi sejenis ideologi malah ianya menjadi seolah-olah seperti agama anutan
seseorang.
9. Keseluruhan rakyat Malaysia hari
ini dibahagikan kepada dua anutan agama iaitu agama Barisan Nasional dan agama
Pakatan Rakyat. Tok guru, penghulu, tok sami, samseng ah long dsbgnya hari ini
dipandang sama sahaja hanya anutan parti yang membezakan akidah seseorang.
10. Oleh itu, hari ini
penulis dengan sedihnya ingin mengumumkan bahawa di Malaysia semua agama telah mati
yang tinggal hanyalah ideologi politik. Masakan tidak, hari ini, seorang islam
akan dituduh munafik secara terang-terangan hanya kerana mempunyai ideologi
politik yang berbeza.
11. Sesetengah ahli-ahli politik ini dengan
jolokan tok guru yang maha tinggi ilmu agamanya lupa bahawa Allah berfirman
“Demi masa, umat manusia itu berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, orang-orang yang berpesan kepada jalan yang hak dan
berpesan-pesan kepada jalan kesabaran”.
12. Apakah yang hak di Malaysia ? Yang
hak di Malaysia
adalah orang melayu telah menghuni tanah ini semenjak beribu-ribu tahun dahulu.
Mereka menubuhkan kerajaan dan ketamadunan. Ianya diiktiraf diseluruh dunia.
Ianya bukan lagi menjadi hak politik tetapi ianya adalah hak tradisi. Tetapi
atas dasar ideologi politik dan perebutan kuasa untuk memerintah ahli-ahli
politik ini melupakan hak ini.
13. Mereka mahu
menyamaratakan hak melayu dengan kaum-kaum lain yang hanya muncul di Malaysia dengan
jumlah yang signifikan cuma 60 tahun kebelakangan ini.
14. Masakan kaum yang baru setahun jagung hidup di
bumi ini mampu mempunyai hak yang sama dengan kaum asal pribumi yang telah
beribu-ribu tahun melata di sini.
15. Bukankah itu namanya
menafikan hak kebenaran. Hak yang dipesan oleh Allah yang Esa ini bukan sahaja
disebut di dalam Kitabullah malah ianya digariskan sendiri oleh kaum-kaum yang
terlibat, didokumentasikan di dalam Perlembagaan Persekutuan seterusnya
ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan menjadikan ianya kontrak yang
mempunyai kuatkuasa undang-undang malah dijadikan undang-undang tertinggi tanah
ini.
16. Namun, hak yang
nyata ini mahu dinafikan asalkan mereka dapat berkuasa. Bermacam-macam alasan
dan perbuatan yang tidak munasabah malah kadang-kadang menyimpang jauh dari
akidah Islam ditimbulkan hanya untuk menjaga hati kaum lain demi satu undi
mereka. Objektif yang paling penting bagi ahli-ahli politik ini adalah asalkan
parti aku menang dan aku dapat pegang kuasa.
17. Sebagai orang melayu
yang beragama islam kita harus mendepani cabaran baru ini dengan keinsafan yang
mendalam.
Pembahagian Kuasa
Suatu Rujukan Semula
1. Baron De Montesquieui
adalah seorang sarjana yang hebat dengan idea-idea tentang pentadbiran kerajaan
yang bernas. Ternyata idea doktrin beliau diterimapakai negara-negara di seluruh dunia
2. Namun, patutkah Malaysia
menerimapakai idea ini? Hampir setengah abad tanah ini menerimapakai sistem
tersebut hari ini kita dimomokkan oleh parti-parti politik bahawa cabang
kehakiman kita gagal bersikap adil dan bebas.
3. Ini menunjukkan
bahawa sistem ini mempunyai kelemahan ketara yang harus kita perhalusi semula.
4. Bagi penulis punca
kelemahan ini adalah mudah. Baron De Montesquiei dengan segala ketajaman
fikiran beliau tetap kekurangan beberapa perkara.
5. Pertama, beliau
tidak dilahirkan di Malaysia .
Kedua, beliau tidak mengamalkan adat, budaya dan resam orang-orang di Malaysia . Ketiga,
beliau tidak menganuti Islam. Keempat, beliau hidup beratus-ratus tahun dahulu.
Kelima beliau tidak berbahasa Melayu. Keenam, beliau tidak makan belacan.
Ketujuh, beliau tidak berkhatan semasa berumur tujuh tahun dan beribu-ribu
kelainan lain.
6. Secara amnya,
kehidupan yang beliau alami sangat berbeza malah tidak sama langsung dengan
kita yang berada beribu-ribu batu jauhnya dari beliau.
7. Maka oleh sebab itu,
penulis merasakan bahawa amat wajar para ahli sarjana Malaysia duduk
dan berfikir semula akan kewajaran kita menggunapakai doktrin pembahagian kuasa
triparti ciptaan orang asing di tanah
ini.
8. Sebelum pakatan
rakyat turun ke jalanan memerasugut kerajaan supaya ditubuh Suruhanjaya Di Raja
bagi membincangkan hal ini dan sebelum Barisan Nasional yang memerintah namun
sebaliknya menurut perintah pakatan rakyat demi satu undi kaum cina dan india
dipilihanraya Tanah Melayu, maka penulis hari ini menyeru Biro Perundangan GMP
untuk sama-sama memberi pendapat akan kewajaran doktrin ini di Malaysia.
Malaysia di Zaman
Pra Doktrin
1. Sebelum
menerimapakai doktrin ini Malaysia
menggunapakai sistem feudel di mana Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing
adalah pusat kuasa yang mutlak.
2. Baginda menggubal
undang-undang, menguatkuasakanya, menjadi hakim jika terdapat keraguan dsbgnya.
3. Benarkah begitu?
Menurut sarjana barat begitulah. Mungkin di negara mereka begitu, yang penulis
tahu menerusi filem braveheart di England memang begitu, namun tidak
di Tanah Melayu.
4. Raja-Raja Melayu
mempunyai pemikiran yang sehebat Baron De Montesquiue. Institusi Raja Melayu
membahagi-bahagikan kuasa ini kepada Bendahara, Bentara, Temenggung, Shahbandar
dan sebagainya sebelum Montesquieui dilahirkan lagi.
5. Di manakah silapnya
sistem feudel Melayu sehingga hari ini kuasa yang ada pada Raja-Raja Melayu
menjadi samar-samar sehingga terpaksa dihuraikan oleh para hakim sebelum boleh
menguatkuasakanya.
6. Letaknya kelemahan
sistem ini adalah kerana kegagalan orang-orang melayu untuk mempertahankannya.
Kegagalan manusia melayu untuk berhujah mengatakan bahawa sistem ini adalah
setanding doktrin ciptaan montesquiue seterusnya membuat pindaan supaya ia
mejadi nashkah yang boleh digunapakai di zaman moden ini.
7. Jika benar sistem
ini lemah kenapa Kesultanan Melayu Melaka menjadi sangat gemilang sehingga
menjadi terkenal di seluruh dunia sehingga orang barat tertarik untuk menakluk
dan belajar dari sistem tersebut. Para sarjana
barat memuji pentadbiran kerajaan Melayu Melaka. Keefisienan sistem ini
menjadikan Kerajaan Melayu Melaka menjadi amat kaya sehingga menimbulkan
perasaan cemburu orang barat lalu mereka mencari jalan menakluk Melaka.
8. Sesuatu yang harus
disemat oleh orang Melayu ialah Kesultanan Melayu Melaka sangat berbeza dengan
Kerajaan dan Ketamadunan Melayu yang sebelumnnya seperti Empayar Langkasuka,
Srivijaya dan Kedah Lama. Perbezaanya ialah Kerajaan Melayu Melaka menganut
agama Islam agama anutan orang Melayu kini dan menjadi ciri khas orang Melayu
moden. Sedangkan Empayar Kesultanan Melayu yang sebelumnya tidak menganuti
Islam.
9. Oleh itu, sistem
feudel yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka sangat berbeza dengan
sistem feudel Empayar melayu sebelumnya. Dengan ciri-ciri yang sangat khusus
sehinggakan terdapat satu undang-undang yang letaknya setaraf dengan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
hari ini. Undang-undang tersebut dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka.
Pemakaian Doktrin
Pembahagian Kuasa Hari Ini dan Perbandingan Dengan Negara-Negara Lain
1. Sungguhpun doktrin
ini digunapakai di seluruh dunia namun terdapat negara-negara yang mengadaptasi
sedemikian rupa supaya ianya menepati citarasa negara tersebut.
2. Negara Costa Rica dan Taiwan
contohnya telah menambahbaik doktrin ini menjadikan cabangan kuasa dibahagikan
kepada lima
elemen iaitu eksekutif, gubalan, kehakiman, suruhanjaya pilihanraya dan audit negara.
3. Soalnya mengapakah Malaysia masih
mahu terikat dengan sistem tiga cabang pembahagian kuasa?
4. Mengapakah kita tidak menambah Majlis Raja-Raja sebagai
salah satu cabang kuasa yang diiktiraf sebagai cabang pembahagian kuasa yang
utama di Malaysia .
5. Pada waktu ini
Majlis Raja-Raja hanya memutuskan sesuatu yang berkaitan dengan Islam dan adat
resam orang Melayu. Seolah-olah Raja-Raja Melayu tidak boleh menyentuh kaum
lain menjadikan mereka mempunyai imunisasi daripada Raja-Raja Melayu dan
mempunyai hak yang lebih tinggi dari Raja-Raja Melayu. Bukankah kaum Cina dan India adalah juga rakyat Malaysia yang
merupakan subjek kepada Raja-Raja Melayu?
6. Kaum Cina dan India telah berikrar untuk menjadi warganegara Malaysia tiada
sebab untuk mereka dikecualikan daripada menerima Raja-Raja Melayu dari menaungi dan memayungi mereka seperti mana
orang Melayu.
Rumusan
1. Berdasarkan
alasan-alasan yang tersebut di atas, penulis merasakan bahawa sudah sampai
masanya Malaysia merubah
sistem lama yang mempunyai banyak kelemahan dengan menambah Majlis Raja-Raja
supaya ianya juga menjadi tempat rujukan rakyat Malaysia di dalam soal pengurusan
kehidupan harian mereka.
2. Soalnya, apakah
tugas cabang yang baru ini. Jikalau tugasnya hanya member nasihat maka ianya
tidak mendatangkan apa-apa perbezaan kerana sekarang ini pun begitulah
sistemnya.
3. Penulis merasakan
Perlembagaan Persekutuan harus diubah supaya menambah kuasa Raja-Raja Melayu
daripada hanya memberi nasihat kepada sesuatu yang lebih mempunyai kuatkuasa undang-undang.
Semoga dengan pindaan ini Tanah Melayu dapat kembali kepada zaman kegemilangan
seperti Kesultanan Melayu Melaka.
No comments:
Post a Comment