Pages

Saturday, 5 May 2012

ISU KAPAL ISRAEL!! KEBODOHAN JINGGA 13 DAN SELANGOR DAILY TERKANTOI SENDIRI



FITNAH ISU KAPAL ISRAEL, TENOK-TENOK TERKANTOI LAGI!!!





Rupanya si Jingga 13 yang amat BODOH !

Kumpulan Jingga 13 yang ‘mesra-PKR’ baru-baru ini membuat sidang akhbar dan menggemparkan seluruh negara apabila mendakwa Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel.

Lebih menghangatkan dakwaan tersebut, Jingga 13 begitu yakin dengan kebenaran dakwaan mereka itu dengan mengemukakan gambar, video dan beberapa dokumen bagi membuktikan tuduhan tersebut.

Semalam, Jingga 13 yang diketuai oleh Fariz Musa tampil menunjukkan bukti-bukti tersebut kepada Malaysiakini.com yang menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang dikuasai kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Mereka mengemukakan dokumen dari Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) di West Port, Klang,dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, yang menunjukkan bahawa kapal Zim Atlantic dan Zim USA yang berlabuh di situ pada 16 Februari lalu yang datangnya dari pelabuhan Ashdod, Israel.

Namun malangnya, portal Selangor Daily Dot Com yang lebih teliti dalam penyiasatan mereka berkenaan tuduhan itu mendapati bahawa tuduhan Jingga 13 dan Fariz Musa itu tidak benar dan memalukan kumpulan itu sendiri.

Hasil penyiasatan menyeluruh portal berkenaan, kapal-kapal Zim Atlantic dan Zim USA itu bukanlah sebuah syarikat yang dikuasai Israel dan ia merupakan sebuah syarikat perkapalan yang berpengkalan di Liberia.

Menurut Selangor Daily, amat mudah untuk mengenali negara asal kapal-kapal di tengah lautan dengan berpandukan bendera yang berkibar di bahagian buritan kapal (wheel bridge) dan kapal-kapal yang dimaksudkan Jingga 13 itu jelas mengibarkan bendera Liberia.

Laman portal itu turut mendapatkan maklumat dari sebuah laman web berkaitan kapal-kapal dagang antarabangsa, Marinetraffic, dimarinetraffic untuk mencungkil maklumat untuk menyokong fakta tersebut.

Antara fakta lain yang kemukakan oleh Selangor Daily ialah tulisan “Monrovia” di buritan kapal Zim USA dan Zim Atlantic yang jelas menunjukkan ia di daftarkan di Monrovia iaitu sebuah bandar perlabuhan terkenal yang terletak di Liberia.

Menurut peta dunia, belum ada lagi kawasan, tempat, daerah atau negeri yang bernama “Monrovia” di Israel.

Dipercayai juga bahawa kapal-kapal dari Liberia tersebut sebenarnya telah singgah di pelabuhan Ashdod di Israel bagi menurunkan barang-barang dagangan sebelum dikatakan berlepas ke Asia Tenggara bagi meneruskan jadual perjalanan mereka.

Persoalannya, apakah Malaysia wajar untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat berdagang atau berurusniaga dengan Israel untuk masuk berniaga di negara ini?

Jika begitu, berapa banyak syarikat yang akan disekat dari masuk ke negara ini memandangkan mereka turut memasarkan produk mereka di Israel?

Jika kita lihat dan teliti di pusat membeli belah, kedai-kedai runcit, pasaraya-pasaraya serta lain-lain premis perniagaan di Malaysia, begitu banyak sekali syarikat yang memasarkan produk mereka di Israel.

Apakah kita fikir jenama-jenama antarabangsa seperti Levi’s, Adidas, Nike, Dunhill, Marlboro, Apple, Microsoft, Blackberry, Nokia, Titus, Ferrari, Peugeot, dan banyak lagi produk terkemuka hanya terdapat di Malaysia dan tidak di Israel?

Dan sekiranya kita menyekat kemasukan syarikat-syarikat terkenal itu ke negara ini, apakah akan terjadi kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia?

Sewajarnya, Jingga 13 perlu berfikir beribu-ribu kali untuk menyebarkan berita fitnah sebegitu supaya tidak lagi memalukan mereka di kemudian hari dan perlu juga diingatkan bahawa mereka juga dipercayai beragama Islam yang melarang umatnya menabur fitnah. – Mynewshub.my

copy dr member aku : info4thetruth.blogspot.com

No comments:

Post a Comment