Pages

Sunday, 29 July 2012

APABILA SAHABAT TOK GURU MENULIS

DAP TETAP MEMUSUHI ISLAM


Hakikat orang bukan Islam yang memusuhi Islam dan memusuhi umat Islam adalah kerana mereka takut pada Islam, sebab itulah disebut sahaja perlaksanaan hukum hudud dan Malaysia Negara Islam, mereka mencari pelbagai alasan untuk menentang, sehingga terpaksa berpura-pura berkerjasama dengan orang Islam untuk menolak ajaran Islam dan menyembunyikan permusuhan dalam hati mereka. Allah memdedahkan sikap mereka dalam Al-Quran.

Firman Allah lagi, maksudnya : " Sesungguhnya kamu dapati orang yang paling keras (kuat) permusuhannya terhadap orang yang beriman ialah orang yahudi dan orang musyrik (penyembah berhala dan penyembah api)." (Surah al-maidah [5] : 82 ).

Firman Allah seterusnya, bermaksud : " Sebenarnya orang kafir itu (berada) dalam kesombongan dan permusuhan yang sengit." ( Surah Saad [38] : 2)

Firman Allah, maksudnya : "Akan kami masukkan ke dalam hati orang kafir rasa takut, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu. Tempat kembali mereka ialah neraka.." ( Surah Ali Imran [3] : 151 ) 

Bila mereka menang dalam pilihan raya, mereka mendakwa kerana usaha mereka yang gigih, tetapi bila kalah, mereka menyalahkan orang lain, kononnya tipu dan membeli undi dan lain-lain.

Firman Allah, maksudnya: " kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran (nikmat dan kemenangan), mereka berkata : ' itu adalah usaha kami '. Dan jika mereka ditimpa kesusahan (bala dan ujian), mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada orang yang bersertanya, ketahuilah, sesunggunhnya kesialan mereka adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi kebanyakkan dari mereka tidak mengetahui." (Surah Al-A'araf [7] : 131 )

Orang kafir juga sentiasa merancang supaya umat Islam lemah sehingga mereka sanggup membelanjakan harta dan wang yang banyak. 

Firman Allah, maksudnya : " Sesungguhnya orang kafir (sanggup) menafkahkan harta mereka untuk menghalang (orang Islam ) dari jalan Allah." ( Surah al-Anfal [8] : 36 ) 
 
Wallahualam.

-Banyak lagi dalam buku ' BAHAYA DAP KEPADA KEDAULATAN DAN PERLEMBAGAAN NEGARA' untuk tempahan - 0126701058 - Muhd


No comments:

Post a Comment