Pages

Saturday, 28 July 2012

CERITA ARTIS : SASHA KEMBALI KE JALAN SEBENAR??

SASHA SAIDIN TENANG KEADAAN TERKINI






Gambar ni masa Sasha bersama kumpulan Elite yang menjadi kegilaan mudamudi ketika itu, Selepas meninggalkan kumpulan itu, banyak cerita yang keluar tentang Sasha, cerita kemusnahan perkahwinan beliau dan macam-macam lagi.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal cerita dulu, tapi aku nak kupas sikit pasal perubahan yang sangat aku suka selepas Sahsa bercerai baru-baru ini. Perubahan yang aku maksudkan adalah Sahsa telah berpakaian menutup Aurat.

Sejuk hati hati aku, tentunya sujuk perut mak Sasha bila beliau berubah ke arah yang di tuntut dalam Agama, tentunya aku menyokong penuh akan perubahan ini.

Kata Sasha dalam web murai.com baru-baru ini yang di sedikit demi sedikit mendalami ilmu Agama.


"Saya tidak berani nak sifatkan konsep hijrah Allah sebenar bagaimana tetapi saya sedar hati saya sudah mula terbuka sedikit demi sedikit untuk mendekati ilmu agama.

"Saya perasan Allah seperti telah membuka pintu hati saya untuk mendalami ilmu agama selepas saya didekati oleh rakan-rakan yang minat dan mengajak ke kelas agama dan Usrah.

"Bagi saya hanya Allah sahaja yang boleh menilai sama ada seseorang itu sudah berhijrah atau tidak.

"Tapi Alhamdulilah, hati saya lebih tenang kini apatah lagi saya baru sahaja khatam senaskah kitab al-Quran yang saya mulakan sejak 6 bulan," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my

Walau bagaimana pun, Sasha memberitahu dia lebih mementingkan penghijrahan hati terlebih dahulu sebelum dilihat berhijrah dari segi luaran iaitu berhijab.

"Saya kini sedang membersihkan hati dan mula mempelajari lebih banyak ilmu agama.

"Namun, saya belum lagi berhijab sepenuhnya dan hanya mula berpakaian sopan apabila di luar. Saya rasa penghijrahan itu harus bermula daripada hati dan baru ia akan disertai dengan perlakuan.

"Tetapi setiap kali ke kelas Usrah setiap hari Jumaat dan juga beberapa kelas agama saya pasti akan mengenakan hijab penuh," luahnya lagi.

Begitupun, Sasha Saidin yang baru sahaja disahkan bercerai dengan suaminya, Salyo Priyanto pada Selalu lalu memberitahu dia masih lagi menjalani kehidupannya seperti biasa dengan mengikuti beberapa aktiviti seni.

"Saya masih menjalani kehidupan seperti biasa walaupun kini sudah bergelar ibu tunggal.

"Malah, masih menjalani aktiviti seni seperti modeling dan juga menjalani penggambaran untuk rakaman raya bagi beberapa program televisyen," tambahnya lagi.

Apapun APJ harap apa yang dilakukan semua keranaNya. Insya'Allah kita akan peroleh ketenangan dan keredhaan dalam perjalanan hidup kita. Semoga Sasha berjaya dalam kehidupan dan sentiasa ingat akan Allah , juga untuk kita semua.

Selamat Maju Jaya Dear... 








No comments:

Post a Comment