Pages

Wednesday, 1 August 2012

PANAS!! KARPAL SINGH TAMPAR KETUA PEMUDA PAS??

AKU,KETUA PEMUDA PAS DAN KARPAL SINGH


Baru-baru ini aku berada sekali semasa debat antara Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi dan Ustaz Fathul Bari di Karangkraf Shah Alam, Selangor. Aku bukan nak cerita pasal keseluruhan cerita debat yang sememangnya kejadian di dewan debat amat memalukan dengan penyokong PAS seperti tak tahu beradap semasa sesi debat berlangsung, mungkin masuk tv kot, sebab tu lain macam punya kecoh!!.

Masa debat aku tertarik bila Ketua Pemuda PAS bercerita pasal hudud dan kisah Karpal Singh yang dikatakan sudah menerima ajaran dan Hukum Hudud jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya nanti. Kata Ketua Pemuda PAS, cerita Karpal menolak hukum hudud itu cerita 20 tahun dahulu tetapi sekarang Karpal dah terima, masa tu dalam hati aku, nak gelak besarpun ada,dan hati aku berkata 'kalau Karpal ada sini, kau dah kena lempang dah dengan karpal' dan masa tu aku tunggu pasti Karpal akan menyalak lepas debat ni berakhir.

Ramalanku benar belaka, seperti yang di jangka Karpal terus menyalak dan menghentam Ustaz Muda PAS ini. Kalau aku pasti nak keluar rumah kena tutup muka akibat malu dengan diri sendiri, bak orang ' perasan ja lebih' . Karpal seperti Karpal yang dulu dan sampai matipun sama saja, dah nama TUHAN DAP, yang PAS pergi 'menenggek' depan muka DAP tu buat apa. 

Aku ingat Karpal dah diam, rupanya semalam ada lagi kenyataan akhbar yang Karpal ni buat, sekali ni 'TAMPARAN' sekali lagi buat Ketua Pemuda Pas dan Kepimpinan PAS Pusat. Aku dah kata Iblis Karpal ni mana takut dengan PAS, PAS ja yang perasan. 

Kata Karpal semalam, sebarang cubaan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini mencerminkan  dengan buruk niat ikhlas disebalik apa yang diputuskan di Muktamar ke 57 pati itu Jun tahun Lepas. 

Kerana suka bercakap dan berjanji sekarang Karpal memberi TAMPARAN pula kepada Hj. Hadi kerana dahulu semasa muktamar Pas ke 57, Hj. Hadi berkata secara umum bahawa tidak ada disebut dalam Al-Quran tentang negara Islam tetapi negara kebajikan. 

Hj. Hadi dalam kefahaman Karpal telah melupakan hasrat menubuh negara Islam tetapi negara kebajikan, tetapi dengan apa yang berlaku sekarang PAS jelas sekali memutarbelitkan fakta dan berkata Karpal sudah menerima apa yang dibawa PAS mengenai Hudud dan Negara Islam.

Karpal berkata lagi, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga. "Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.

Kita boleh lihat sendiri kenyataan pedas dan tamparan pedas buat Ketua Pemuda PAS dan Ketua-ketuanya dalam PAS. Cukuplah, dah berapa banyak kali PAS di pijak oleh DAP, memalukan PAS sahaja. 

Tetapi aku cuma boleh minta dan nasihat pada mereka dari PAS agar keluar dari pakatan dan pulihkan maruah PAS, jangan biarkan DAP meludah PAS lagi walaupun aku selalu dengan budak-budak PAS berkata ' KAU DENGKI' , ya memang aku dengki, aku dengki kerana parti MCA dan MIC tidaklah seperti parti BIADAP ni. Wallahualam.


Psssttt : KARPAL 20 tahun dulu, sekarang dan sampai mati sama saja wahai Ketua Pemuda PAS!!!




No comments:

Post a Comment