Pages

Sunday, 23 September 2012

BERGAMBAR : KOLEKSI ORANG BUNUH DIRI DAN HUKUMNYA

BERGAMBAR : KOLEKSI ORANG BUNUH DIRI






















Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin



Pengajian al-Hadith; Hukum Membunuh Diri Dalam Islam.





Sabda Nabi s.a.w.


Ertinya: “Ada seorang lelaki sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya, dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka keluarlah darah tidak berhenti-henti sehingga dia meninggal dunia. Allah Azzawajalla befirman, “Hambu Ku telah bertindak-tergesa-gesa terhadap dirinya maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga”.



Ringkasan Hadith Seorang alim lagi saleh, zahid dan ahli ibadat iaitu al-Hasan al-Basri meriwayatkan dari Jundub bin Abbdullah al-Bajli r.a., beliau menceritakan hadith ini dalam masjid Kufah dengan katanya; 

“Bahawa Nabi s.a.w. telah menceritakan kepada sahabatnya mengenai seorang lelaki dari umat yang lalu telah luka, dia tidak sabar menanggung kesakitan dan putus asa terhadap rahmat Allah Ta`ala dan kesembuhan dariNya, disamping tidak mengharap keredaan Allah kerana lemah imannya dan kurang keyakinan hatinya terhadap Allah, lalu memotong tangannya, keluarlah darah tidak henti- henti sehingga dia mati.

 Allah berfirman; “Hambaku ini merasai lambat untuk mendapat rahmat dan kesembuhan dariKu dan tidak mampu menangggung ujianKu, lalu segera bertindak terhadap dirinya dengan melakukan satu jenayah, iaitu membunuh diri, dia menyangka dengan perbuatan demikian untuk memindekkan ajalnya, oleh itu Aku haramkan dirinya untuk memasuki syurga, siapa yang diharamkan masuk kedalam syurga maka tempatnya ialah nereka”. 

Perbuatan tersebut dimana dia lari dari kesakitan luka badannya kedalam azab neraka, Hukum yang diambil hadith ialah;

Haram membunuh diri tanpa kebenaran, suatu dosa besar. Menurut pandangan Ibnu Daqiq al-A`id: Hadith ini suatu dalil menyatakan bahawa membunuh diri sendiri atau orang lain adalah dosa besar.

Wajib keatas seorang islam bersikap sabar dengan musibah yang menimpanya, elakkan perkara yang dimurkai Allah seperti meratap tangis, atau perbuatan yang dikutuk seperti mencaka-cakar muka, mengoyak-ngoyakkan pakaian, lebih-lebih lagi yang paling besar keslahannya ialah membunuh diri.

Sebaik-baiknya Bagi seorang yang ditimpa bala atau musibah harus berdoa jika tak dapat mengelakkan dari kata-kata yang salah seperti;

"Ya Allah Ya Tuhanku panjangkanlah umurku jika dengan demikian memberi kebaikan kepadaku, dan ambillah nyawaku jika dengan kematian itu adalah lebih baik bagiku”.

Maksud firman Allah dalam hadith ini ; (hambaku bertindak mendahului Ku), bukanlah menapikan Kada dan kadar Allah, malah Allah telah mentakdirkan setiap sesuatu sebelum dijadikannya diatas muka bumi ini. Sedangkan perbuatan membunuh diri dengan menamatkan ajalnya juga belaku dengan sebab-sebab yang telah ditentukan oleh Allah. Orang yang merasa lambat untuk mendapat kesembuhan dan rahmat Allah adalah berputus asa terhadap rahmatNya, ini adalah suatu dosa besar ketika sesaorang membunuh dirinya merupakan suatu balasan buruk tehadap orang yang merosakkan niatnya iaitu untuk mempercepatkan ajalnya yang belum sampai masanya. Allah tidak menzaliminya dengan perbuatan demikian untuk memasukkannya kedalam neraka, kerana Allah telah mengurniakan akal , iradah dan qudrah untuk dia memilih sama ada dia ingin bertindak atau tidak bertindak demikian, sebenarnya dia telah mengikut hawa nafsunya lalu membunuh diri.

2. Dalam hadith ini jelas menyatakan haram membunuh diri, kerana diri kita bukanlah milik kita sendiri malah ianya adalah milik Allah yang menjadikannya, tidak boleh kita menguruskan diri kita menurut kehendak sendiri melainkan menurut ketentuan yang diizinkan oleh Allah seperti mengubatinya ketika sakit, makan ketika lapar dengan sesuatu yang halal dan sebagainya menurut syariat Allah. Perkara ini(bunuh diri) sering berlaku kerana lemah dan sempit fikiran dan lemah imannya terhadap kada kadar Allah Ta`ala. Jika sekiranya wujud imam terhadap Allah Ta`ala dan yakin terhadap ketentuanNya pasti dia akan mengharapkan pahala dan balasan baik ketika diuji dengan musibah, dia takut membunuh diri dengan perbuatan demikian ibarat menempah azab Allah diakhirat kelak, tetapi kebanyakan manusia tidak memahaminya.

3. Maksud “Aku Haramkan keatasnya Syurga” bererti dia kekal dalam kemurkaan Allah sebagaimana pandangan kebanyakan ulamak.

 Sekian Wallah a`alam.

No comments:

Post a Comment