Pages

Friday, 14 September 2012

DUCHESS OF CAMBRIDGE AYU BERTUDUNG LAWAT MASJID

DUCHESS OF CAMBRIDGE, CATHERINE AYU BERTUDUNG 
Pagi tadi pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton  membuat lawatan dan beramah mesra dengan orang ramai di KLCC. Pasangan ini sempat singgah di Masjid As-Syakirin dan kelihatan Duchess Of Cambridge memakai tudung menambahkan lagi keayuan beliau.
 Pasangan diraja ini menghormati agama Islam dengan berpakaian sopan dalam lawatan ke Masjid dan sangat memberi impak pada masyarakat, kerana sikap rendah diri dan menghormati orang lain yang ada dalam diri pasangan ini.

 Selepas selesai melawat Masjid As-Syakirin pasangan diraja ini bergerak ke Taman Reakresi KLCC dengan disambut lebih kurang 7000 orang rakyat berbilang kaum negara ini termasuk pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang ini.
 


Pasangan diraja ini turut disajikan dengan persembahan kebudayaan negara ini dan pastinya  rakyat negara ini sangat bertuah kerana dapat melihat dan beramah mesra dengan pasangan diraja Britain ini. 

Putera William dan Kate akan berlepas ke Sabah petang ini untuk melihat keindahan kepulauan Borneo . 

Selamat berlepas Petera William dan Kate.


sumber gambar : BERNAMA dan www. rotikaya.com

1 comment:

  1. Adakah ayu bila pakai skirt masuk mesjid - http://www.dailymail.co.uk/news/article-2203059/Kate-Middleton-makes-visit-mosque--wears-veil-attire-like-Princess-Diana-did.html

    Siapakah yg membenarkan Duches ni masuk mesjid tanpa tutup betis ?

    Kalau di Mesjid Putra (Putrajaya) gadis Melayu bertudung pakai jeans akan dipaksa pakai jubah pink yg disediakan, kenapa lain pula utk Duches ini ?

    ReplyDelete