Pages

Thursday, 27 September 2012

HOT NEWS !!! NEELOFA BERCUTI DENGAN HANS DI LUAR NEGARA - GAMBAR ??

NEELOFA YG CUN DAN HOT
 



 


Neelofa tak tolak andaian gambar disabotaj pihak tertentu
Niatnya untuk bercuti ke luar negara hanyalah bagi meredakan ketegangan serta melepaskan lelah selepas bekerja selama beberapa bulan tanpa henti. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.


Gara-gara gambar lokasi percutian yang disiarkan di laman Twitter miliknya, pelakon dan pengacara, Neelofa, diheret ke kancah kontroversi apabila didakwa percutiannya itu turut ditemani aktor, Hans Isaac, di Koh Samui, Thailand.

"Memang benar saya pergi bercuti baru-baru ini, tapi saya tidak pergi ke Koh Samui ataupun bersama Hans, seperti yang digembar-gemburkan di internet. Sebaliknya saya bercuti di Phuket bersama seorang kawan. Saya pergi ke sana Ahad lalu, manakala Hans ke Koh Samui lebih awal iaitu pada Khamis lalu bersama teman yang sering bermain golf dengannya” - Neelofa, Pelakon/ Pengacara

Gosip terbabit timbul apabila Hans pada masa sama turut menyiarkan gambar lokasi percutiannya di Twitter dan lokasi gambar itu didakwa punya persamaan dengan gambar dipaparkan Neelofa dalam laman sosialnya. Bermula saat itu, timbul pelbagai spekulasi, antaranya apakah pasangan teman tapi mesra ini sedang asyik memadu cinta di pulau peranginan terkenal terbabit?

Bagaimanapun, ketika ditanyakan perkara itu kepada si empunya diri, Neelofa berkali-kali menegaskan dia tidak bercuti dengan Hans seperti disangka banyak pihak.

“Memang benar saya pergi bercuti baru-baru ini, tapi saya tidak pergi ke Koh Samui ataupun bersama Hans, seperti yang digembar-gemburkan di internet. Sebaliknya saya bercuti di Phuket bersama seorang kawan. Saya pergi ke sana Ahad lalu, manakala Hans ke Koh Samui lebih awal iaitu pada Khamis lalu bersama teman yang sering bermain golf dengannya.

“Saya langsung tidak bertemu Hans sepanjang percutian itu,” tegas pelakon berusia 23 tahun ini, ketika ditemui, kelmarin.
Mengulas lanjut perkara itu, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini berkata, dia tidak menolak andaian gambar percutiannya itu disabotaj sesetengah pihak.

“Adalah juga rasa sedikit menyesal kerana menyiarkan gambar panorama percutian saya itu, tetapi saya anggap ia sebahagian daripada rencah kehidupan seorang artis, yang tidak pernah sunyi dilanda gosip. Ingatkan, bila pergi bercuti saya dapat ketenangan, rupa-rupanya makin serabut apabila terpaksa berdepan dengan gosip seperti ini,” katanya sambil tertawa kecil.

Kontroversi babak pegang tangan

Ditanya apakah dia ada berkomunikasi dengan aktor serta pengarah tinggi lampai itu, Neelofa hanya menggelengkan kepala.

“Kalau ditanya pada dia pun, pastinya jawapan yang diterima adalah sama,” ujarnya ringkas.

Ternyata satu demi satu kontroversi melanda wanita ini. Sebelum ini, babak dirinya dan Nazim Othman berpegangan tangan sambil mengadap Kaabah seperti yang tersiar dalam episod terakhir drama rantaian, Kau Yang Terindah, minggu lalu mendapat kritikan banyak pihak kerana ia membabitkan soal muhrim.

Merungkai kemusykilan itu, Neelofa yang baru saja dilantik menjadi duta jenama tilam King Koil berkata, babak itu bukanlah dirakamkan di Makkah seperti didakwa.

“Penggambaran babak itu, terutama babak berpegang tangan itu kami buat di di Hotel Flamingo, Ampang. Untuk babak di Makkah, kami hanya rakamkan untuk full shot saja sebab hari sudah semakin cerah. Jadi semuanya kena disiapkan dalam keadaan yang tergesa-gesa,” ujarnya yang bakal kembali ke lokasi penggambaran tidak lama lagi, di bawah arahan sutradara terkenal, Osman Ali.


SUMBER : KLIK SINI
 

No comments:

Post a Comment