Masyarakat Cina digesa tidak terlalu meminta-minta sebaliknya perlu bersyukur dengan pengiktirafan kerajaan terhadap sistem pendidikan Cina.
Mereka dilihat semakin melampau dan menyinggung perasaan kaum-kaum lain tertama Melayu, kata Presiden Gagasan Melayu Perak, Dato Seri Mohd. Hilmi Ismail.
Mereka tahu kerajaan memerlukan sokongan mereka dan dilihat seolah-olah mengambil kesempatan dan meminta macam-macam perkara.
" Oleh itu kita meminta mereka menghentikan tuntutan pelbagai perkara dan bersyukur atas apa jua yang kerajaan berikan" .
Semalam, Dato Seri Najib Razak berkata , Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
Tambah beliau lagi, MCA selaku parti yang mewakili masyarakat Cina perlu tampil memberi penjelasan kepada mereka mengenai sumbangan kerajaan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment