Pages

Tuesday, 23 October 2012

TUDIA BUKTI AZIZAN PILIH KAKI SONGLAP BUAT KERJA PERABIH DUIT RAKYAT !!!

Beberapa fakta berkaitan kes Kedah Corp Berhad (KCB) dan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) dan 99 East Langkawi (2007).

1. Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan dalam beberapa aktiviti dan kos pengurusan pinjaman, bukan penyelewengan atau rasuah.

2. RM134 juta (USD44 juta) ialah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bai membiayai aktiviti lain KCB. Pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa penilaian yang dilantik oleh MBI mendapati ia akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat.

3. Pinjaman ini tidak mendapat kelulusan lembaga pengarah KCB, tidak dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat MBI dan perjanjian perniagaan tidak dibawa untuk penelitian Penasihat Undang-undang Negeri.

4. Pelaburan perniagaan di PNG ditamatkan di pertengahan jalan untuk mengelak risiko yang lebih besar.


1) Kat bawah ni kah termasuk dalam kos pengurusan ??




Kesemua tuntutan yang dibuat tidak munasabah dan tanpa dokumen lengkap..

2) Kenapa KCB sanggup bayar duit LOBI Projek sampai RM1.21 juta kepada vendor (seorang bekas pemilik MAS yang dilantik KCB bagi menjalankan perniagaan di Papua New Guinea) sebagai 'goodwill payment' bagi pindah milik saham 70 peratus kepada KCB walaupun terma dalam perjanjian yang dibuat tidak memihak kepada KCB ?

3) Kenapa perlu bayar berjuta juta komisen kepada Perunding untuk projek tersebut ?? (boleh pulak komisen dalam kerajaan pas)

Kalau dah nak buat projek jangka panjang mestilah buat kajian dulu tengok kemampuan syarikat yang nak ambil pegangan saham tu.. Kalau ada buat kajian mesti bentangkan kepada pengarah syarikat sebelum keputusan dibuat? Ini pelaburan luar negara bukannya berniaga minyak belacak leman 3 suku..

Kalau KCB berani pinjam 134juta semata mata nak ambil alih 70 peratus kepentingan dalam Mas Incorporated maknanya mesti depa tau projek ni dapat untung dalam masa singkat..Ini projek balak la , bukan goreng pisang tepi jalan..Keluasan tanah pulak seluas 114,429 hektar bukan sikit ..Dah tentu balak balak kat situ semuanya besar dari balak kat Kedah

kredit : MAI SINI

No comments:

Post a Comment