Pages
▼
Tuesday, 30 October 2012
TUDIAAA !!!! PANAS AWEK CUN SEBAR GAMBAR ASMARA DENGAN KEKASIH KAT FACEBOOK !!!! SENGAL !!!
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan." "Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan." "Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela."
Waran tangkap ke atas pelajar aibkan bekas teman lelaki
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pelajar kerana menghina mahkamah dengan mengaibkan bekas teman lelakinya di laman sosial walaupun dilarang berbuat demikian.
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan komital oleh seorang guru warga Kanada, Lee David Clayworth, 35, untuk memenjarakan Lee Ching Yan, 28.
Dalam keputusannya, Vazeer Alam berkata waran tangkap itu dikeluarkan bagi tujuan membawa Ching Yan ke mahkamah sebelum satu tempoh hukuman penjara ditetapkan.
"Saya berpuas hati bahawa defendan sengaja tidak mematuhi perintah mahkamah pada 30 November tahun lepas dengan terus mengeluarkan kata-kata kesat dan mengaibkan plaintif. Defendan juga memilih untuk tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diserah surat untuk prosiding komital kepada dirinya dan melalui ibu bapanya.
"Mahkamah perlu ambil tindakan keras dan mahkamah ambil berat tentang isu pihak-pihak yang membuat penyiaran tidak terhad di Internet. Pihak-pihak ini perlu dipertanggungjawabkan berhubung tindakan mereka.
"Mahkamah memerintahkan penolong pendaftar mengeluarkan waran tangkap supaya defendan dibawa ke mahkamah ini supaya satu tempoh hukuman penjara dikeluarkan setelah mengambil apa fakta mitigasi (rayuan defendan)," kata Vazeer Alam.
Selain itu, beliau juga mengeluarkan arahan untuk disalurkan kepada Jabatan Imigresen supaya menghalang Ching Yan ke luar negara. - BERNAMA
goyard tote bag
ReplyDeletegolden goose outlet
goyard