Pages

Sunday, 11 November 2012

AKSI TERKINI @abby_abadi112 SEMALAM DI MELAKA !!!


Aku bangga dengan perubahan Abby Abadi sejak kebelakangan ini, dengan imej bertudung lagi menampakkan keayuannya itu, tapi makin lama aku tengok makin pulak aku terasa Abby terlalu terlalu dan terlalu over upload gambar dalam media sosial twitternya.


Aku tak nak cakap kali soal mulutnya yang makin bau longkang dalam bab mengata kat UMNO tapi aku nak sentuh bab yang aku ceritakan kat atas tadi . Gambar bawah ni baru aku copy dari twitter dia yang menunjukkan Abby berniqab . 





Aku cuma nak tegur sikit kat Abby, ingatlah apa jua yang kita buat jangan sampai ada timbul RIAK dalah diri kita. Apa yang kamu pakai sekarang memang terbaik tapi jangan hanya pakai untuk lindung muka dari orang kenal, pakailah hanya kerana Allah dan perintahNya.

Aku petik sedikit tentang hukum berniqab sebagai renungan dan rujukkan bersama.

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.- Ust Azhar


walahua'lam

No comments:

Post a Comment