Pages

Friday, 23 November 2012

GEMPAQ !!! ISRAEL BAKAL MUSNAH DENGAN SENJATA UMAT ISLAM SECARA BESAR-BESARAN !!! ALLAHUAKBAR !!!!


Berdoa, adalah senjata paling utama umat Islam untuk menumbangkan kekejaman dan menghapuskan kezaliman orang kafir terhadap orang Islam.

KUALA LUMPUR - Umat Islam negara ini dinasihat tidak memandang remeh usaha membantu penduduk Gaza di Palestin yang sedang dizalimi dengan cara bersolat hajat dan berdoa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, solat hajat dan doa merupakan senjata ampuh kaum mukmin dan apa yang diminta tidak mustahil tertunai dengan kuasa Allah SWT.

"Mungkin ada yang beranggapan tidak jadi apa hanya dengan berdoa dan solat hajat berbanding dengan bantuan lain, namun kita sebagai orang Islam perlu berdoa, solat beserta dengan apa sahaja usaha yang ada untuk mencapai sesuatu matlamat itu," katanya di sini hari ini.

Katanya dalam konteks meminta keselamatan ke atas umat Islam di Palestin, Malaysia berada di landasan yang betul iaitu menggunakan segala saluran ada untuk membantu mereka di samping usaha berdoa dan bersolat hajat.

Beliau berkata usaha membantu mereka (rakyat Palestin) juga tidak harus berhenti setakat dengan berdoa dan bersolat hajat sebaliknya perlu diteruskan dengan tindakan susulan lain termasuk meminta sokongan daripada pihak antarabangsa.

Jamil Khir dalam satu kenyataan sebelum ini meminta semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman Israel.

Beliau juga meminta masjid-masjid utama di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Wilayah Persekutuan serta seluruh masjid di Wilayah Persekutuan untuk berbuat demikian mulai semalam.

Masjid-masjid berkenaan juga akan membacakan khutbah khas isu Palestin semasa solat Jumaat minggu ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment