Pages

Saturday, 10 November 2012

KAFA HARUS BERSIKAP ADIL !!

Aku terkejut dengan tindakkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dalam isu pemindahan pemain. Kenyataan media bahawa pemain yang tinggalkan Kelantan tidak akan mendapat bonus kemenangan adalah satu perkara yang amat memalukan persatuan itu sendiri, sikap tidak profisional KAFA telah menyebabkan mental atau emosi pemain yang telah banyak berjasa kepada KAFA dan rakyat kelantan terganggu.

Aku petik sedikit kenyataan Annuar Musa semalam




KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membayangkan untuk tidak memberikan bonus kejuaraan tiga piala kepada mana-mana pemain yang 'berkeras' untuk berhijrah tanpa mendapat persetujuan daripada persatuan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar musa berkata, bonus tersebut hanya akan hanya diberikan kepada pemain yang setia kepada pasukan Kelantan.

"Berjasa sahaja tidak cukup, kita mahu pemain berjasa dan setia bersama pasukan.

"Bonus adalah hak persatuan seratus peratus dan pemain yang memilih untuk keluar tanpa persetujuan persatuan tidak akan mendapat bonus tersebut.

"Asasnya bonus untuk pemain kerana apabila kita hendak dia beraksi dengan Kelantan dan setia bersama Kelantan, mereka berhak untuk mendapatnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis kesyukuran menyambut kepulangannya dari menunaikan ibadat haji di Seri Puri, Bukit Marak di sini kelmarin.

Utusan Malaysia semalam melaporkan juara treble, Kelantan bakal kehilangan kelibat pemain sayap lincah, Nurul Azuan Roya selepas pemain itu memutuskan untuk berhijrah ke pasukan Johor pada musim depan.

Selain Nurul Azuan, Red Warriors turut dikhabarkan bakal kehilangan penyerang sensasinya Norshahrul Idlan Tahala yang dilaporkan mahu meninggalkan pasukan tersebut juga untuk menyarung jersi Johor.

Mengulas mengenai isu melibatkan Nurul Azuan yang meninggalkan pasukan selepas kontraknya tamat, Annuar memberitahu ia akan diputuskan oleh jawatankuasa pengurusan.

"Perkara ini akan dibincangkan oleh jawatankuasa pengurusan dan mereka akan membuat keputusan berhubung perkara berkenaan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Annuar menjelaskan KAFA tidak terkejut sekiranya ada pihak yang akan menjadikan agihan bonus tersebut sebagai isu.

"Mereka boleh buat isu, tetapi bonus adalah hak saya. Takkan awak nak bagi penghargaan kepada mereka yang tidak setia," katanya.


Bagi aku isu bonus adalah membalas jasa pemain kerana mereka banyak mengerah tenaga untuk pasukan berjaya, tanpa pemain sudah tentu KAFA tidak seperti sekarang. Aku meminati sukan bola sepak negara tetapi aku malu sikap tidak profisional pentadbiran KAFA.

 Mungkin mereka mahu pemain setia, aku rasa mereka sudah cukup setia kerana mereka berjaya kumpul 3 piala buat Kelantan dan sekarang masa untuk pemindahan dan masuk tahun baru. Mereka juga ada hak untuk berubah hala atau mencari pengalaman baru untuk majukan diri.

Hanya kerana mereka mahu berubah, pihak KAFA telah menyekat rezeki mereka sedangkan mereka mencurah bakti, keringat dan kuderat untuk Kelantan berjaya.

Buat KAFA berfikir secara positif, pemain datang dan pergi , bola adalah sukan dan pemain juga harus mencari pengalaman untuk majukan diri mereka. Jika KAFA punya hak, pemain juga ada hak... 

MAJU SUKAN UNTUK MALAYSIA ... Negeri tunjang Kecemerlangan Malaysia ..

LAYAN VIDEO KEMENANGAN DAN KERINGAT PEMAIN KELANTAN 






No comments:

Post a Comment