Pages

Thursday, 13 December 2012

HIBURAN PANAS !!! USTAZ DON DITUDUH MUNGKIR JANJI ?? KENAPA NI USTAZ ??? JOM TERJAH !!!

Ustaz Don

Tidak dinafikan, nama pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, semakin meniti di bibir masyarakat.

Sejak muncul dengan program 30 Minit Ustaz Don di TV Alhijrah, ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang bersahaja.

Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.

Bagaimanapun, Zass mendapat aduan daripada sumber yang mengatakan ikon baru dakwah ini telah memungkiri janji.

Menurut sumber itu, Ustaz Don sepatutnya menjayakan program anjuran sebuah jabatan di Kuala Lumpur, semalam, tetapi dibatalkan di saat akhir.

Sedangkan, kata persetujuan telah dicapai dan 300 tetamu sudah menanti tetapi bayang Ustaz Don tidak kelihatan.

Zass mendapatkan kenyataan daripada pihak Ustaz Don dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Mirza, tidak menafikan kejadian itu sememangnya berlaku.

Bagaimanapun, Mirza menjelaskan, Ustaz Don tidak terlibat dalam hal itu dan kesalahan berpunca daripadanya.

"Memang pada mulanya tarikh telah dipilih tetapi saya kemudiannya mendapati tarikh itu bertembung dengan komitmen lain.

"Saya cuba berhubung dengan penganjur dan memberitahu hal tersebut.

"Namun, saya tidak sedar telah tersilap menyalin nombor penganjur membuatkan mereka tidak mendapat makluman," katanya ketika dihubungi.

Menurut Mirza, dia sudah pun meminta maaf kepada penganjur dan menjelaskan hal yang sebenar.

Ketika dihubungi Zass, Mirza berkata, Ustaz Don belum mengetahui kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Mirza menolak anggapan sesetengah pihak bahawa Ustaz Don sudah mula 'demand' dan mengenakan bayaran tertentu untuk menjemputnya.

"Ustaz Don masih sama seperti dulu. Dia sangat komited dengan dakwah dan tidak memikirkan mengenai bayaran.

"Saya harap dengan penjelasan ini akan membersihkan nama Ustaz Don kerana dia tidak bersalah," katanya.

SUMBER : KOSMO

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    Aku dah lama menguruskan acara-acara ( event management)..sejak di kolej lagi...dah lebih dari 20 tahun pun....
    Sebagai penganjur..seharusnya sentiasa membuat status checking terutama apabila tarikh menjelang tiba...
    Bukan macam booking Hotel yang kebiasaannya tak perlu bayar deposit pun...Kadang2 pihak hotel akan telefon semula untuk membuat pengesahan booking....

    Kalau tak tahu nak mengurus event...Upah je Syarikat Event Management....

    Jangan nak Salahkan Tetamu/Jemputan Pulak...!!!!

    ReplyDelete