Pages

Sunday, 6 January 2013

EKSKLUSIF NEWS : TUN MAHATHIR DISAYANGGI RAKYAT SELATAN THAILAND



SATUN THAILAND . Masyarakat di Satun selatan Thailand dilihat gembira dengan kehadiran Tun Mahathir , Tun Siti Hasmah dan deligasi Malaysia ke Satun semalam bagi menbincangkan dan berkongsi pengalaman Malaysia untuk memajukan wilayah Satun. 

Satun yang kebanyakkan rakyatnya beragama Islam dilihat ketinggalan dalam pelbagai sektor terutama pembangunan semamangnya mengharap bantuan dari Malaysia. 

Tun Mahathir semasa berucap memberi pandangan bagi memajukan dan kerjasama sektor pelancong antara Satun - Langkawi Kedah dan Perlis dalam pelbagai sektor terutama sektor eksport barangan dan kerjasama pelancongan antara kedua-dua negara.

Menurut Tun Mahathir , Thailand terutama wilayah Satun di pelawa untuk mengeskport barangan ke Langkawi kerana Langkawi mempunyai pasaran yang besar.

Pertemuan dan perbincangan 2 hala ini di laksanakan di rumah Gabenor Satun dan dihadiri Gabenor Satun sendiri dan pemimpin Islam tempatan terutama imam masjid sekitar Satun. Bagi pihak Malaysia selain Tun Mahathir dan Isteri, ia turut disertai Dato Seri Shahidan Kassim dan pemimpin dari Perlis.

Selepas selesai mengadakan pertemuan , Tun mahathir dan rombongan menunaikan solat zuhur bersama pemimpin Islam tempatan dan memberi sedikit ucapan  semangat kepada mereka.

Tun Mahathir dan Isteri berangkat pulang ke Langkawi jam 5 petang menaikki bot dari pengkalan Satun ke Langkawi.





APJ - Tersentuh dengan penghormatan rakyat Satun Thailand kepada Tun M dan Tun Siti Hasmah - Live Satun Thailand. 

No comments:

Post a Comment