Pages

Tuesday, 5 March 2013

UPDATE OPS SULU : SAYA MAHU SYAHID SEPERTI PEJUANG PALESTIN ~ KOPERAL SALAM




KOPERAL SALAM INGIN MATI SYAHID, KATA BALU

Tawau, 4 Mac - Allahyarham Kpl Salam Togiran yang terkorban
dalam kejadian serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna Sabtu lepas, sentiasa melahirkan keinginan untuk mati syahid seperti syahidnya pejuang Palestin menentang rejim zionis.

Balu Allahyarham, Marlinah Utan, 38, berkata sejak tiga bulan lepas, Salam, 42, menzahirkan keinginnya itu setiap kali melihat keberanian rakyat Palestin menentang rejim zionis yang disiarkan di televisyen.

"Kalau ada siaran mengenai Palestin dia selalu cakap bagusnya kalau saya yang pergi ke sana, saya mahu mati syahid. Itulah yang selalu menjadi punca saya memarahi dia. Selalu dia cakap dia mahu mati syahid," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Seri Indah dekat sini, hari ini.

Marlinah berkata sebelum menyertai operasi, suaminya berpesan agar beliau menjaga empat anak mereka dan menelefonnya kira-kira pukul 3 petang Sabtu (sebelum kejadian) meminta beliau mendoakan keselamatannya.

"Saya tanya dia kenapa. Dia kata 'Saya mahu ikut operasi. Doakan saya selamat'. Saya kata amin, mudah-mudahan selamat," katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Jenazah Salam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas pada 10.15 pagi ini selepas disembahyangkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Marlina yang mendirikan rumah tanggga dengan Allahyarham sejak 13 tahun lalu menyifatkan arwah sebagai suami dan ayah yang sempurna.

"Saya bangga dia gugur sebagai pejuang. Dia berjuang untuk kedaulatan negara. Dia sanggup mempertaruhkan nayawanya. Sebagai isteri, saya bangga," katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment