Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahan rakan mereka itu.
"Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli.
“Malahan, Adam Adli juga sempat berpesan kepada rakan aktivis di luar supaya terus berjuang melalui bapanya, Abdul Halim yang hadir di lokap Balai Polis Jinjang pada jam 11.30 pagi tadi," katanya kepada Sinar Harian Online.
Menurutnya lagi, Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen untuk kes ini.
Semalam, Adam Adli yang digantung tiga semester pengajian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.
Dalam forum itu, Adam Adli bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) anti kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.
Boleh tak kita jgn sebut mamat ni aktivitis mahasiswa, dia dah dibuang dari UPSI, patutnya dia ni digelar anjing PAKATAN RAKYAT!!!
ReplyDeleteSaya setuju. Beliau tidak layak digelar mahasiswa.
ReplyDelete