Pages

Friday, 3 May 2013

Pehhhh !!! PAS KELUAR PAKATAN LEPAS PRU !!! #TolakPR #PRU13 #GE13 #BNBagus



Harun Taib Sahkan PAS Akan Keluar Pakatan Selepas PRU

Perbalahan di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat nampaknya semakin meruncing.  Tindakan beberapa pemimpin mereka mengkritik malah menyeru penyokong PR agar jangan memberi undi kepada sekutu sendiri menjadikan pakatan itu berada di dalam terumbang-ambing.

Antara insiden yang menyebabkan PR bergolak teruk sepanjang tempoh berkempen ini termasuklah tindakan Haji Hadi menunjukkan penentangan keras terhadap PSM dan kemudiannya memberi sokongan kepada calon Bebas yang menentang PKR di Kuantan.   Di celah-celah itu, PAS, melalui Haron Din membuat percubaan terakhir untuk meraih kembali sokongan Melayu dengan menegaskan kembali bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud jika menang.  

Sehubungan dengan itu, sepantas  kilat, Kit Siang, Guan Eng dan Karpal Singh menegaskan bahawa hudud tidak mungkin akan dilaksanakan oleh PR jika menang.

Haron Din dan PAS tidak berputus asa dan terus cuba menipu diri sendiri dengan membuat kenyataan kononnya DAP sebenarnya tidak menentang hudud.  Namun, mereka tidak mampu menipu orang ramai. Kemuncaknya, Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor pula membuat kenyataan lantang agar menolak PAS untuk kesekian kalinya.

Tidak cukup dengan itu, di Permatang Pauh pula, PAS secara terang-terangan berkempen untuk calon BN.

Semua yang berlaku ini menyebabkan penyokong-penyokong PAS membara.   Tekanan agar PAS keluar pakatan semakin kuat.

Memandangkan keadaan semakin tidak terkawal, akhirnya Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS membuat kenyataan memujuk ahli-ahlinya agar bersabar.  Menurutnya, mereka sudah sampai di ambang pilihanraya dan tidak boleh berpatah balik.  Maka, mereka harus meneruskan kerjasama dengan DAP, PKR dan PSM bagi memastikan kemenangan.

Selepas itu, barulah mereka akan ‘uruskan’ masalah perbalahan sesama sendiri, atau dalam kata lain, keluar pakatan.

Ini membuktikan sikap tidak bertanggungjawab di pihak Harun Taib atau PAS.  Mana mungkin mereka terus bekerjasama dan berusaha untuk menang sedangkan hala tuju selepas kemenangan masih kelam?  Untuk apa jika sekadar menang tetapi kemudiannya tercari-cari arah?



Dalam pilihanraya ini, rakyat perlu tahu, ‘apakah’ yang mereka undi.



Maknanya, apakah mereka mengundi hudud atau Malaysian Malaysia?  Atau apakah mereka mengundi liberalisme?  Mudah sahaja untuk menyuruh rakyat memangkah lambang parti masing-masing tetapi apakah parti tersebut akan mampu melaksanakan apa yang dirancang atau dijanjikan?

Sikap PAS mahupun PR secara keseluruhan yang mengambil mudah perbalahan sesama mereka adalah sesuatu yang amat merbahaya.  Rakyat tidak boleh memberi kemenangan kepada parti yang tidak bertanggungjawab sehingga begini sekali.  Bayangkan sekiranya menang, berapa lama pula mereka akan mengambil masa untuk menyelesaikan perbalahan sesama sendiri?

Apa yang lebih penting ialah, mungkinkah ada penyelesaiannya?

Sudah jelas kini bahawa PAS hanya ingin menang pilihanraya.  Inilah matlamat mereka, iaitu untuk melampiaskan dendam yang membara terhadap UMNO.  Biar apapun yang terjadi selepas menang, itu adalah cerita lain.  Asalkan mereka boleh melihat UMNO tumbang, itu sudah cukup untuk membuat Harun Taib, Haron Din, Hadi Awang dan Nik Aziz merasa tenang.

No comments:

Post a Comment