Pages

Thursday, 27 June 2013

HOT !!!! 'PAK GUARD' CABUL DAN LIWAT GADIS !!!! APA NAK JADI NI DUK LIWAT ORANG !!!!

'Pak Guard' mengaku tidak bersalah cabul pelajar

gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajar kolej, minggu lepas.

Mohammad Nazri Mohd Damin, 28, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap gadis berusia 17 tahun 11 bulan itu dengan niat hendak mencabul kehormatannya dan melakukan seks luar tabii di dalam tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) di Bangunan Times Square, Jalan Imbi di sini pada 6 petang, 17 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu dan Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Henry Tan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh amat berat membabitkan jenayah seksual.

Namun, peguam Mohd Shamril Afzan Mohamed Hasim memohon anak guamnya diikat jamin dengan alasan tertuduh menanggung keluarganya dan tidak mengenali mangsa.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan yang tidak membenarkan tertuduh, keluarga dan rakan menghubungi mangsa serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada hari Jumaat setiap minggu.

Mahkamah menetapkan 25 Julai untuk sebutan. - Bernama

APJ : SAPA LA YANG BAWA BUDAYA LIWAT KAT MALAYSIA NIH !!! HURNN !! 

No comments:

Post a Comment