Pages

Tuesday, 2 July 2013

DATUM JELATEK : BAGAIMANA MELAYU DIKELUARKAN DAN DIHALAU SECARA HALUS OLEH PR !!! BANDAR MILIK BUKAN MELAYU !!!


Sebagai anak perantau yang menetap di Kuala Lumpur , Apj tertarik mahu mengupas pandangan Apj tentang Melayu di Taman Keramat . Rata-rata penduduk di Taman Keramat 100% adalah Melayu dan apa yang merisaukan adalah berkenaan projek Datum Jelatek.

Projek yang dilihat secara halus menghalau Melayu sendiri di kawasan Taman Keramat. Penduduk Melayu rumah pangsa ini tinggal lebih 40 tahun bakal merempat apabila Kerajaan PR melaksanakan Projek Datum Jelatek yang dikatakan bakal membina kondominium mewah.

Pakatan Rakyat Selangor bercadang membangunkan projek Mega Datun Jelatek ini dan jumpalah pampasan yang mahu diberikan kepada penduduk hanya sebanyak RM250,000 seunit bagi rumah dua bilik, RM300,000 untuk rumah tiga bilik dan rumah kedai satu bilik RM450,000 dan RM500,000 untuk rumah kedai dua bilik.

Harga termurah RM700,000 seunit rumah studio yang ditawarkan dalam projek Datum Jelatek itu adalah di luar kemampuan golongan berpendapatan rendah dan pampasan sebanyak RM130,000 ke RM250,000 yang diterima oleh pemilik asal tidak mencukupi untuk membeli seunit studio itu. Adakah mampu orang Melayu membeli dengan harga semahal itu ?

Akibatnya,pemilik-pemilik asal rumah pangsa kos rendah itu yang 100 peratus Melayu terpaksa keluar dari kawasan itu menjejaskan komposisi pengundi-pengundi Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Parlimen Ampang.

Apa yang mahu dikatakan Apj disini adalah bagaimana cara Pakatan Rakyat terutama DAP yang mengeluarkan Melayu dari bandar-bandar besar terutamanya Kuala Lumpur sendiri. Apj juga dikhabarkan bahawa sejumlah unit kondominium ini dijual kepada rakyat Singapura seperti yang dilakukan oleh DAP Pulau Pinang yang mereka tahu jika jual pada harga yang mahal tentunya Melayu tidak dapat membeli dan terpaksa keluar dari tanah sendiri .

Betapa bijaknya DAP memainkan agenda mereka menawan bandar-bandar dan memperkudakan Melayu dalam Pakatan Rakyat untuk ‘menghalau Melayu’ dari tanah mereka.

Jika keadaan ni masih lagi membutakan Melayu dalam PR tidak mustahil satu hari nanti kawasan kebanggaan Melayu di Kuala Lumpur iaitu Kampung Baru juga bakal hilang dalam peta sejarah Melayu di Bandar.


APJ : Takkan Melayu hilang didunia tapi Melayu akan hilang di badar-bandar Malaysia ni akibat agenda sulit kaum biaDAP yang memperkudakan Melayu dalam PR

1 comment:

  1. Nak kena minta bantuan wakil rakyat PAS YB Khasim Bin Abdul Aziz (DUN Lembah Jaya)... Lagi 2 penggal wakil rakyat PKR pula calonnya.

    ReplyDelete