Pages

Sunday, 28 July 2013

GEMPAR !!! PENGIKUT SYIAH KEPANASAN DI KEDAH !!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur




Ketegasan Menteri Besar dalam membasmi kegiatan gerakkan Syiah di Kedah membuatkan puak-puak Syiah di kedah mula rasa kepanasan, perkara itu terbukti apabiala gerakkan Syiah mula berselindung di sebalik Ahlul Sunnah Wal Jamaah, walaupun mereka yang menafikan penglibatan dalam aktiviti Syiah boleh dikenal pasti melalui perbuatan atau kenyataan mereka kerana ia akan menjurus kepada fahaman itu.

Mukhriz berkata, “Bukti itu ada, ia tersembunyi. Kita hanya perlu teliti dari aspek kenyataan mereka sebelum ini, sama ada dalam ceramah atau tazkirah yang pastinya ada unsur menyokong fahaman Syiah,” 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah kenal pasti pemimpin politik terlibat dan akan mengambil tindakan jika ada laporan daripada majlis agama Islam negeri.

Mengulas perkara itu, Mukhriz berkata, setakat ini, kerajaan negeri belum menyediakan laporan berkaitan aktiviti Syiah di negeri ini, dan maklumat berkaitan sedang dikumpul untuk tindakan lanjut.

“Maklumat berkenaan akan dijadikan rujukan dan panduan untuk proses mewartakan fatwa itu, yang akan dibahas dalam sidang Dun 25 Ogos ini. Kita akan wartakan segera fatwa anti Syiah selepas mendapat persetujuan dewan,” katanya.

Bagaimanapun, hanya selepas diwartakan katanya, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang terbukti cuba menyebarkan fahaman Syiah.

Mukhriz berkata, fatwa itu tidak akan dikuatkuasakan secara drastik, sebaliknya menggunakan pendekatan berhemah agar pengikutnya kembali ke pangkal jalan.

“Langkah awal ialah mulakan usaha memperbetulkan akidah golongan ini sebelum diambil tindakan perundangan. Ada pihak yang tidak sedar mereka terikut-ikut dengan fahaman itu.

Jadi kita wajar sedarkan mereka dan bawa mereka kembali ke jalan yang benar,” katanya.

Apj berharap agar pemantauan berterusan agar kegiatan ini tidak tersebar dengan cepat seperti sebelum ni , jadi langkah yang diambil Menteri Besar Kedah ini amat baik demi menyelamatkan akidah rakyat. 


No comments:

Post a Comment