Pages

Monday, 8 July 2013

NOT NEWS !!! KES AGAMA ANAK !!! PAS TIBAI KARPAL SINGH !!!



Semalam Apj  membaca kenyataan Karpal Singh berhubung rang undang-undang pentadbiran Agma Islam , kenyataan beliau seolah dilihat mengugut rakan sekapal Dap iaitu Pas dan Pkr agar menyokong tindakkan Dap berhubung isu rang undang-undang tersebut atau Dap akan menggunakan semua ahli Parlimennya yang paling besar dari Pas dan Pkr untuk meminda perkara tersebut. 

Sikap sombong dan bongkak Karpal Singh terang lagi bersuluh dengan mereka berasa cukup kuat dengan berkata seolah tanpa Pas dan Pkr mereka boleh menggunakan semua ahli Parlimen Dap untuk menyokong meminda perkara (12) 4 Pelembagaan Persekutuan  berhubung status agama kanak-kanak bawah 18 tahun.

Semalam Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu adalah bertentangan dengan konsep perkongsian di antara ketiga-tiga parti itu dalam pakatan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, sebagai peguam 'senior', Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sewajarnya menghormati peruntukan perlembagaan yang telah lama dipertahankan.

"Sebagai satu pakatan tidak patut Karpal memberikan kata dua kepada rakan-rakannya. Sebagai salah satu rakan kongsi cara ini tidak betul.

"Kedua, Karpal seorang peguam kanan yang selalu mempertahankan perlembagaan. Tiba-tiba dia sendiri bangkitkan cadangan supaya peruntukan perlembagaan yang telah lama wujud dipinda, ini menunjukkan dia tidak menghormati perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desakan Karpal supaya Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya untuk meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Karpal masih tidak berpuas hati terhadap kerajaan berhubung isu tersebut biarpun pembentangan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 telah ditarik balik sambil menyifatkannya tidak memadai.

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 adalah untuk mengelakkan 'salah tafsir' berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.

Takiyuddin berkata, perkara tersebut bukan perkara baru malah undang-undang yang sama telah diluluskan pada tahun 1993.

"Seksyen 95 dalam Akta Pentabdiran Agama Wilayah Persekutuan 1993 menyatakan dengan jelas orang bukan Islam yang berusia 18 tahun ke atas tidak perlu keizinan untuk masuk Islam, kalau kurang daripada 18 tahun boleh masuk Islam dengan keizinan bapa atau ibu atau penjaga, ia sama dengan rang undang-undang yang mahu dibentangkan itu.

"Perkara ini sudah lama dan telah ditafsirkan oleh mahkamah dalam beberapa kes sebelum ini, jadi kenapa sekarang baru hendak bising, saya minta Karpal terima undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen ini," katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.

Tambahnya, Karpal sewajarnya membincangkan perkara itu dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu sebelum mahu membawanya ke Parlimen.

Bagi Apj, itulah niat sebenar Karpal Singh dan sekutunya dalam Dap yang sudah menampakkan taring sebenar dan muslihat untuk menjahanamkan kekuatan kita , apabila mereka kuat mereka boleh dengan sesuka hati membuat apa saja untuk memastikan kita lemah dan tewas di tangan mereka. 

Tidak kira Pas , Umno atau Pkr yang Islam dan Melayu , perlu pertahankan hak kita , hak orang Islam , amanah sudah kamu pikul wahai pemimpin-pemimpin Islam di Malaysia . Jika kamu semua tidak pertahankan siapa lagi mahu pertahankan ? adakah Khalifah Lim Guan Eng ? Lebai Lim Kit Siang ? Ostad Karpal Singh tidak mungkin kerana dah mula tunjuk taring dalam kes ini !! siapa lagi wahai pemimpin-pemimpin Islam ? 

Bangun dan bersatu pertahankan Islam walau berbeza aliran politik . Demi Agama , Bangsa , anak cucu kita , tanah air kita . 

No comments:

Post a Comment