Pages

Saturday, 20 July 2013

#PRK PERJALANAN KE #KualaBesut YANG BUAT APJ TERGAMAM !!!

Perjalanan dari Kedah ke Kuala Besut mengambil masa 5 jam ,perjalanan sepatutnya pukul 4pm terpaksa dilambatkan hingga jam 6pm atas masalah kenderaan , fuhh dugaan bulan puasa tapi semangat hendak berjuang di Besut sangat tinggi dan tak penah mematahkan semangat kami .

Singgah berbuka di Baling di restauran tomyam yang pastinya tukang masak dia adalah warga Thailand yang kita tahu pakai dalam masakan tomyam .. Apj dan rakan2 TMK pesan makanan ala kadar saja buat alas perut berbuka.

Azan di tv menandakan sudah masuk waktu berbuka bagi Kuala Lumpur , pandang kiri dan kanan Ada 2 pelanggan termasuk pekerja restauran tadi dah berbuka , kami masing-masing tergamam . Dalam hati kami sekarang berada di Kuala Lumpur atau di Kedah hihi bukan apa kat Kedah waktu azan maghrib pukul 7.38pm , lambat 6-7 minit dari Kuala Lumpur tapi mereka dah berbuka. Kami tunggu sampai jam tepat pukul 7.38pm.

Sempat jugak bertanya pada brader yang hantar makanan kenapa makan awal , dia kata ikut tv , kami bersangka baik dengan berkata mungkin mereka dari Thailand tak tahu waktu azan di Kedah hanya mengikut azan Kuala Lumpur di tv. Sempat juga kami cakap kita ikut waktu azan di Kedah dan nak mudah buka radio Kedah.FM .

Lepas berbuka dan solat maghrib kami terus gerak ke Kuala Besut ikut jalan Grik yang penuh mencabar dengan keadaan muka bumi gelap , hutan rimba , jalan bengkang bengkok dan macam-macam lagi .. Hihi paling menarik adalah ada papantanda tulis kawasan gajah melintas , hehe teringin jugak nak tengok haha..

Berbekal peta google kami Selamat sampai di bumi Besut .. Pehh masuk saja pintu Kuala Besut semangat makin berkobar , bendera dah rupa awan di Besut . Pondok panas bersepah milik UMNO BN.

Kami sempat buat lawak kat dalam kereta , PRK ni sebenarnya UMNO lawan sorang ka ? , bukan apa , kerana kurangnya bendera dan pondok panas parti lawan. Takkan parti Pas dah mengaku kalah sebelum lawan ?? Jangan bagi alasan sebagai membazir untuk pasang bendera sedangkan dalam PRU13 dulu merekalah yang nak jadi juara.

Kami singgah makan di Zul ikan bakar untuk terus bersahur pehh sedap sangat makanan Kat sini , makanan laut yang segar dapat kami jamah untuk bekal perut berpuasa esok hari.

Dah sampai di tempat beradu , cukuplah untuk permulaan tulisan Apj malam ni di Besut. Esok Apj sambung lagi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment