Pages

Thursday, 1 August 2013

EDISI PANAS (VIDEO) !!! YUKTES BERHEMPAS PULAS BONGKAR KES ANWAR TAPI DIMANA SUARA PEMIMPIN-PEMIMPIN BARISAN NASIONAL ? MASA DEKAT PRU BARU NAK TUNJUK HERO ? !!! @NajibRazak



Apj mengikuti setiap apa yang dibongkarkan oleh bekas pembantu peguambela Anwar Yuktes Vijay yang selalu membongkarkan kisah jahanam Anwar Ibrahim dalam kes liwat , kes surat cuti palsu dan macam-macam lagi.

 Apa yang menarik perhatian Apj adalah kerana apa dia sanggup mempetaruhkan nyawa dan menerima bermacam-macam ugutan atak pembongkaran salah laku Anwar tetapi si Yuktes ni tetap jugak mendedahkan satu demi satu kecurangan dan kelakuan Anwar ni. 


Apj tak nak petik yang lama-lama , contoh terdekat adalah pada 2 minggu lalu beliau dan dua rakannya membuat laporan Polis mengenai dokumen cuti sakit palsu Anwar bagi menangguhkan pembicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0. 

Beliau mendakwa Anwar menyerahkan dokumen cuti sakit palsu itu pada September tahun lepas kepada mahkamah.

Beliau turut menyerahkan bukti dokumen cuti sakit palsu itu kepada polis.

“Penyerahan sijil (surat) palsu mungkin kelihatan sebagai perkara remeh, namun apa yang ingin saya buktikan di sini ialah kesanggupan pihak pembangkang mengkompromi sistem mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk S. Ambiga memandang serius isu penggunaan dokumen cuti sakit palsu oleh Anwar.

Dalam kes ini Apj sendiri merasa kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Barisan Nasional sendiri tidak bersuara dan menekan berkenaan kes sijil cuti sakit palsu ini. nampak remeh tapi isunya sangat besar dan berat. Mana pergi suara-suara lantang dalam barisan Nasional .huh !!! 


Itu baru contoh pertama , hari ini  Yuktes sekali lagi membongkarkan dukumen-dokumen sulit penipuan Anwar Ibrahim untuk memperbodohkan rakyat. 

Yuktes juga mencabar pihak AG, pihak Polis dan Majlis Peguam kenapa tidak ada tindakkan mengenai laporan Polis yang dibuatnya 2 minggu lepas, serta laporan terbaru mengenai 40 ribu rakyat Bangladesh yang dikatakan memenangkan Barisan Nasional. 

Apj sebenarnya kagum dengan semangat Yuktes yang tidak putus-putus membongkar kegiatan Anwar ni , tapi malangnya tidak ada dari pemimpim-pemimpin Barisan Nasional yang menyambut kes ini dan menekan pihak berkuasa akan dapat disiasat berkenaan bukti-bukti yang ditunjukkan Yuktes. 

Apj harap pemimpim-pemimpin Barisan Nasional terus bersuara dan membongkar kegiatan Anwar ini , masa sebelum PRU13 semua nak jadi hero , seolah dialah harimau Barisan Nasional tapi lepas semua dah selamat dalam PRU13 , semua nak kunci mulut , jangan nanti rakyat nampak sendiri apa ajenda sebenarnya korang !!! 

Kat bawah ni video terbaru dari Yuktes !!! BONGKAR DAN TERUS BONGKAR !!! 





APJ : TERUS BERJUANG SETIAP MASA , BUKAN HANYA TUNGGU PRU MENJELANG TIBA !!! HUH !!

No comments:

Post a Comment