APJ MOHON PENCERAHAN DARI PIHAK BERKENAAN TENTANG ISU INI !!!!
Dua orang yang dimaksudkan bernama Asri dan Ehsan yang mana isteri kepada Ehsan adalah pembantu (PA) kepada salah seorang Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri iaitu Tan Sri Ab. Aziz hin Kasim.
Tapi macam biasa la, takkan buat kerja free kan, mesti ada imbuhan yang diberikan atas kerja kerja tersebut dan jumlah yang diminta oleh kedua dua lelaki ini adalah sebanyak RM 150k dan wang tersebut mengikut kata mangsa ni diserahkan di Kelab Tasik Putrajaya.
Dan semua dokumen sokongan untuk pengurangan cukai tersebut telah diberikan oleh kedua dua lelaki ini kepada mangsa.
Tapi apabila wang sudah diserahkan, mangsa masih dikehendaki oleh kastam membayar jumlah cukai yang dikenakan keatas syarikat beliau.
Apabila beliau menghubungi kedua dua lelaki ini, mereka berdolak dalik hinggalah mangsa mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Tan Sri Aziz Kasim dan apa yang mengecewakan ialah, Tan Sri serta dua orang lagi Setiusaha Sulit Kanan Perdana Menteri bertindak untuk mengatakan bahawa mereka tidak kenal dengan dua orang lelaki tersebut.
Persoalannya, bagaimana Tan Sri serta dua orang SUSK lagi tu boleh kata tak kenal sedangkan ketiga tiga mereka menurunkan tandatangan dalam surat sokongan tersebut dan tandatangan Perdana Menteri sendiri ada dalam surat sokongan itu.
Jom kita baca semua dokumen yang diberikan kepada Sangkakala oleh mangsa.
Hairan juga kan? Tan Sri Aziz Kasim kata tak kenal dengan salah seorang daripada dua lelaki tersebut yang bernama Ehsan sedangkan isteri beliau adalah pembantu khas kepada Tan Sri Aziz dan adalah mustahil jika Tan Sri tidak mengetahui langsung tentang perkara ini.
Dalam dokumen tersebut juga ada terdapat tandatangan ketiga tiga SUSK Perdana Menteri dan jika mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu atau tidak terlibat Sangkakala rasa bertambah pelik dengan perkara tersebut tambahan lagi ianya telah di minit oleh Perdana Menteri sendiri.
Mengikut kata mangsa, kedua dua orang lelaki yang bernama Asri fan Ehsan juga memiliki kekayaan luarbiasa yang mana kedua dua mereka memiliki kenderaan dan rumah yang kalau diikutkan diluar kemampuan mereka sendiri kerana kedua dua mereka ini tidak bekerja dan apa yang diketahui oleh mangsa ialah mereka ini hanya mendapat pendapatan dari hasil mendapat surat sokongan daripada Perdana Menteri melalui SUSK beliau seperti yang dilakukan kepada mangsa.
Dan untuk makluman, itu adalah sebahagian daripada dokumen yang diberikan kepada Sangkakala oleh mangsa dan dalam masa terdekat akan ada pendedahan lagi yang akan dilakukan.
Haaa.....eloklah la tu, yg nie bangsat jerung besar, mentekedarah duit haram.....SPRM buat apa, dok melopong ja ka??...duk tangkap ikan bilis yg dok kutip serdak tu...tu ka kejayaan SPRM??? Pathetic...
ReplyDeleteSusah sangat bila kerja kerajaan ni.. banyak sangat campur tangan politik.. Masa zaman Tun Mahathir senang, Tun tak mengganggu kerja pegawai kerajaan. Sekarang ni Saya Yang Menurut Perintah je la..
ReplyDelete