Pages

Sunday, 4 August 2013

GEMPAR !!!! KULIAH MINGGUAN DI SERI MENTALOON KECOH SEMALAM !!! UST FATHUL BARI DIHALANG BERI KULIAH !!! APA DAH JADI NIH !!!


APJ terkejut semalam apabila rakan-rakan TMK beritahu yang Kuliah Agama mingguan di Seri Mentaloon terpaksa ditunda apabila penceramah Agama , Ust Fathul Bari dihalang memberi kuliah oleh seorang taiko di situ semalam !! 

Apa yang Apj dengar , pengacara majlis tu siap kata bukan-bukan pada Ust Fathul Bari, huh apa nih !!! dengar kata pengacara tu orang kuat yang menjayakan program kuliah nih !!! apa hal pulak nih !!! 

Setahu Apj bila ada bab agama , Ust Fathul Bari tidak berpolitik hanya bercakap tentang agama , dulu masa Pas memerintahpun mereka panggil orang-orang Politik dalam Pas untuk beri ceramah di kuliah itu !! owhh Pas tak apa , Masa BN perintah tak boleh !!! huh !! 

Apj tak mau bercerita panjang lagi , ni Apj petik dari Blog MC kepala Blogger Kedah , katanya 



Siang tadi Mc ada menerima email dari pengunjung kuliah pagi di Sri Mentaloon,


Salam Tuan Mc,

Pagi tadi saya ke Sri Mentaloon untuk mendengar Kuliah Pagi. Saya memang tak pernah lepas peluang untuk mendengar Kuliah Pagi ni. Tambahan untuk minggu ni pulak dikatakan pihak urusetia kuliah pagi menjemput Ustaz Fathul Bari, Ulamak Muda UMNO yang memang disegani. Dengan penuh harapan saya dan kawan-kawan pergi awal untuk berjumpa Ustaz Fathul dan mendengar kuliah Ustaz Fathul, namun kecewa apabila pihak urusetia yang dikenali sebagai Cikgu Sukarno mengatakan Ustaz Fathul tidak dibenarkan memberi kuliah pagi di Sri Mentaloon.


Alasan yang diberikan oleh Cikgu Sukarno, kononnya Ustaz Fathul Bari ni tak sama fahaman dan pandangan dengan Ustaz-Ustaz Kedah. Malah Ustaz Fathul dituduh sebagai wahabi dan takut menyongsangkan para pengikut kuliah pagi. Terkejut kami apabila Cikgu Sukarno kata macam tu. Apa punca dan sebab yang menyebabkan Ustaz Fathul layak dikutuk dihina dihadapan ratusan pengikut kuliah. Apakah Cikgu Sukarno tu seorang dari bijak pandai Islam? Kalau pandai kenapa beliau sanggup menjatuhkan maruah Ustaz Fathul di bulan puasa yang mulia ni?

Malah Cikgu Sukarno juga mengunakan nama Mufti Kedah kononnya Datuk Mufti telah memberi arahan untuk menyekat Ustaz Fathul dari memberi kuliah. Minta tolong Tuan Mc untuk menyiasat perkara ini dan kami para penyokong Ustaz Fathul masih tidak berpuas hati dengan larangan untuk Ustaz Fathul memberi kuliah.
Peminat Setia Kuliah Pagi

Selepas Mc baca email dari pembaca, Mc terus menghubungi rakan yang turut berada disana pagi tadi. Memang betul, Ustaz Fathul Bari (UFB) tidak dibenarkan memberi Kuliah, malah penghinaan Cikgu Sukarno terhadap UFB juga adalah benar.

Untuk mendapat kepastian, Mc cuba tweet UFB untuk mendapatkan penjelasan,







Namun hampa apabila UFB enggan mengulas lanjut. Tapi dari 'tweet' biarlah rahsia yang beliau reply tu, bermakna memang ada something wrong somewhere la!


Mungkin ada perkara yang perlu beliau sembunyikan. Cuma sekarang ni Mc nak tau kenapa Cikgu Sukarno berani kata dan cakap bukan-bukan terhadap UFB?

Apakah perkara ini berkaitan dengan politik?

Mat Sabu syiah pun boleh dibenarkan ceramah, Anwar Ibrahim liberal pun boleh ceramah, YB DAP yang tak basuh pungkoq pun dibenarkan ceramah dalam masjid. Kenapa seorang Ulamak muda tak boleh?


Apj harap pihak penganjur dan pihak Kerajaan BN mencari punca hal ini , jangan ada petualang Pas yang dengki mahu hancurkan niat murni Kerajaan BN di bawah Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Paduka Mukhriz Mahathir bagi mengadakan kuliah mingguan ni !!! Bertindak sebelum terlambat !!! 

No comments:

Post a Comment