Pages

Sunday, 18 August 2013

PANAS !!! INI BUKAN LANDASAN CEMUH LAWAN !!!! TAPI INI LANDASAN KERETA API YANG BOLEH LANGGAR SIAPA SAJA !!! HUH !!!

Pemilihan UMNO bukan landasan cemuh lawan - Shafie


Semua ahli UMNO yang berhasrat bertanding merebut jawatan utama dalam pemilihan parti diingatkan agar tidak menggunakan landasan itu untuk mencemuh atau mengeji pihak lawan demi meraih undi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, setiap ahli perlu sedar bahawa mereka berada dalam sebuah nakhoda yang sama tanpa mengikis sedikitpun semangat perpaduan.

Menurutnya, masing-masing juga harus menjadikan sejarah sewaktu pemilihan terdahulu sebagai pengajaran supaya tidak wujud perpecahan yang menggugat parti keramat itu.

"Walaupun pertandingan berlaku dalam pemilihan parti yang mengamalkan demokrasi, tetapi ada batasan-batasan yang harus dilakukan oleh mereka yang menawarkan diri agar mampu memberi sumbangan bukan hanya berkhidmat kepada rakyat tetapi memperkuatkan parti.

"Pastikan jangan gunakan landasan ini untuk kepentingan peribadi tetapi demi keutuhan parti,"’ katanya ketika ditemui di rumah terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhammad di sini hari ini.

Apj : ini landasan maut yang sukar dimengertikan siapa kawan siapa lawan , landasan hanya satu , siapa hebat dia sampat ke garisan penamat.

1 comment:

  1. Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

    Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

    TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

    Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

    Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

    Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

    ReplyDelete