Wanita yang membuat video kontroversi menyambut hari raya bersama tiga ekor anjing ditangkap polis dan ditahan di cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini semalam.
Peguamnya Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd. Yusof, 38, sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menimbulkan isu-isu sensitif membabitkan agama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.
“Dia ditahan sejak pukul 4.30 petang tadi (semalam) untuk diambil keterangan,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.
“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.
Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.
“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.
Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.
Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.
Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.
Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.
“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.-Mynewshub
Halllooooo! Jangan nak guna ayat simpati nak kata diri tak bersalah. Siap kata boleh samak bagai. Jadi sehari berapa kali kau samak bila anjing kau basah? Biadap! Bila guna takbir sebagai lagu latar belakang dengan anjing sebagai pelakon adalah sesuatu yang menghina!
- keris
LEPAS NI ADA PULAK FATWA MERAPU KATA ZINA TAK HARAM KALAU PAKAI KOMDOM !!! HUH !!!
"... baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,”
ReplyDeleteDari educate orang di luar sana untuk menjaga anjing, baik educate mereka jaga ayam ke, kambing ke atau 'lembu' ke! Bila sudah membiak boleh jual, dapat banyak duit!
“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,”
Mungkin isu ini menjadi panas sebab kes Alvin dan Vivian. Tapi saya masih boleh bertahan kerana mereka bukan Islam!
Orang Melayu Islam yang tidak tahu hokum agama Islam atau maaf cakap sekadar Islam baka (?) sahaja yang tidak sensitive dengan isu anjing ini. Tahu tak anjing termasuk najis mughllazah (paling berat)seperti babi. Kalau begitu bela babi sekalilah. Nanti Tahun Baru Cina boleh jual!
' anjing itu tidak haram untuk dibela.'
Memanglah dalam Islam bela anjing tidak haram. Tapi kita kena jaga batas batas 'pergaulan' kita dengan makhluk Allah ini!
"Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang".
Meleleh air mata saya mendengarkan baiknya budi anda!. Tapi alangkah mulia lagi kalau jadikan bayi atau anak anak terbuang sebagai anak angkat!
“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,”
Anda samaklah sepanjang hari rumah anda. Kalau tidak macam mana hendak solat kalau tempat itu najis. Jangan lupa air liur anjing yang meleleh itu pun najis mughallazah!
"Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.
Itu adalah paling ringan, lebih ringan daripada biji sawi kalau dibandingkan soal jawab di mahsyar kelak! Ialah, itu pun kalau anda percaya segala adanya hari pembalasan. Di Padang mashyar kelak matahari hanya sejengkal daripada ubun ubun kepala!
“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,”
Baguslah kalau begitu, buatlah terus!