Pages

Wednesday, 4 September 2013

GEMPAR !!! HADIAH BERMAKNA 100 HARI DAN #MERDEKA56 UNTUK RAKYAT !!!! TERBAIK DERRR @NajibRazak



Tengah hari kemarin Apj dikejutkan satu cerita kecoh di whatapp oleh rakan-rakan marhaen yang bercerita minyak RON 95 akan naik rm 0.20 sen pada tengah malam semalam , kata rakan-rakan Najib akan umumkan pada pukul 6 petang. 

Ada juga berita dari sumber menafikan cerita itu , tapi tup tap tup tap petang iu Perdana Menteri Minyak ehhh Perdana Menteri Malaysia telah membuat keputusan bahawa minyak petrol dan diesel naik rm 0.20 sen !!! huh !!! maka riuhlah satu Malaya ada yang marah ada yang sedih ada juga yang tak kisah tapi yang lebih best ramai jugak yang sanggup beratur panjang nak isi minyak kereta bagi penuh seolah esok dah tak ada minyak di Malaysia nih !! huh !!! 


Bagi Apj sendiri agak kecewa sebenarnya dengan berita minyak naik nih !! bukan menidakkan keadaan pasaran dunia tetapi bagi Apj masih terlalu awak untuk Kerajaan menaikkan harga minyak . Panas PRU13 masih belum reda dan bahang sambutan merdeka masih lagi melekat di badan tetapi Najib telah dengan bangganya mengumumkan kenaikkan harga minyak ini , maka selepas ini harga-harga barang lain turut sama naik dengan alasan minyak mahal , minyak naik dan blablabla lagi !!!huh 

Inilah harga pengorbanan yang dibayar rakyat untuk menangkan Barisan Najib untuk memerintah Malaysia !!! dah tak ada tahun depankan untuk Najib naikkan harga minyak ?? inikah hadiah paling bermakna untuk rakyat marhaen atau sudah kaya rayakah rakyat marhaen setelah 2 kali menerima BRIM ?

Apapun mungkin bagi Najib kemarahan rakyat hanya sementara, selepas itu hilang dek isu-isu panas lain !!! tapi ingatlah ianya terkesan bukan sahaja kepada rakyat yang menyokong pakatan tetapi juga kepada rakyat marhaen yang pro kerajaan. 

Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan pada slogan 'Rakyat didahulukan' dan membakul sampahkan slogan Najib itu !!! 

Teringat kata-kata Seorang Presiden MIC dulu , minyak mahal naik kereta lembu la !! huh !!! 




4 comments:

  1. Salam tuan,

    Saya juga telah luahkan pandangan saya tentang kenaikan harga minyak di blog saya. Sudikan beri pandangan.

    ReplyDelete
  2. org yg ada kenderaan kebanyakkan org yg sng yg berduit jadi subsidi minyak tu boleh di agihkan pda yg meskin mcm diindonesia mungkin itu cara terbaik untuk menolong org yg susah


    ReplyDelete
  3. oeg mungkin tak puas hati disebabkan subsidi minyak mi.nyak 95 klu subsidi minyak 97 kan lebih baik rkyat dpt gunakan minyak yg terbaik sepatutnya minyak 97 dinaikan juga nampak lah perbezan nya.


    ReplyDelete