Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, Mukhriz yang cuba Pengerusi Perhubungan Umno Kedah mengakui, beliau terpaksa bekerja keras untuk memenangi pertandingan enam penjuru itu.
"Kesemuanya bukan calang-calang orang. Yang bertanding enam orang dan jawatannya tiga.
"Jadi peluang 50-50," katanya kepada Sinar Harian.
Mukhriz yang membuat kejutan apabila menawarkan diri untuk bertanding jawatan nombor tiga parti itu bakal berhadapan ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mukhriz juga bakal berhadapan dua pemimpin yang tidak asing lagi iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Haa Haa, peluang 50 - 50? Saya rasa 10% saja untuk Menang. Orang Melayu UMNO, Perwakilan Bukannya Bodoh untuk memilih Mukhriz yang sepastinya Belum Ada apa-apa Jasa pada UMNO, apa lagi Negeri Kedah.
ReplyDeleteSepatutnya Mukhriz menumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan Negeri Kedah supaya setanding dengan negeri lain, Kuat & Perkasakan UMNO Negeri supaya pengaruh Pembangkang Berkurang dan pastikan Kedah terus jadi milik BN utk PRU14.
Mukhriz nie menampakkan sifat tamak, haloba, gila kuasa... Tak sperti Che Det yang "Berhenti Sebelum Kenyang".
Inilah Masalah Melayu.. Baru nampak ada sinar sikit, dah meroyan Nak Jadi Perdana Menteri Jalan Pintas...Alahai Mukhriz...
Ukurlah Baju Di Badan Sendiri...
Mukhriz harapan bangsa. Hidup Mukhriz!
ReplyDeleteAnonymous Ukurlah Baju Di Badan Sendiri....tipikal pemikiran yang dah lama dalam UMNO....takutkan pembaharuan.....lihat hasil pemilihan....kalah sedikit ajer....
ReplyDeleteKIASU..memang ada dalam UMNO...
NAMPAKNYA...cara UMNO belum sepenuhnya berubah.....