Pages

Saturday, 28 September 2013

HOT PERMILIHAN UMNO : TUDIAA !! MOHON CALON JUMPA PERWAKILAN SENDIRI -UMNO KEDAH !! @MukhrizMahathir @NajibRazak #MM4VP



UMNO KEDAH MAHON CALON JUMPA PERWAKILAN SENDIRI




JERLUN - Umno Kedah memohon supaya dipertimbangkan agar calon pada pemilihan parti Oktober ini diberi peluang berjumpa sendiri dengan para perwakilan.

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pihaknya ada menerima rungutan serta aduan mengenai tata etika yang agak mengongkong dan menyekat calon untuk memperkenalkan diri masing-masing secara bersendirian.

"Saya faham ia (syarat) dibuat bagi memastikan tiada perkara boleh mudaratkan parti... untuk elak amalan tidak beretika, tapi dalam waktu sama saya rasa penting untuk setiap calon diberi peluang jumpa perwakilan dan perkenal diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas peringkat negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata tidak semua calon mendapat nikmat atau faedah daripada liputan media yang meluas dan banyak di kalangan mereka yang masih belum dikenali perwakilan.

"Calon-calon baru ini tampil ke hadapan kerana ada sesuatu nak sumbang kepada parti, mereka juga ada kelebihan tertentu. Saya bimbang dengan peraturan yang dikeluarkan baru-baru ini, kadang-kadang ada kekangan di peringkat perhubungan negeri untuk atur begitu banyak program atau majlis perjumpaan calon dengan perwakilan," katanya.

Perkara itu dibangkitkan apabila calon tidak dibenarkan berkempen bersendirian dan hanya dibenarkan berkempen dan memperkenalkan diri melalui program dianjurkan Ibu Pejabat Umno melalui kerjasama Badan Perhubungan Umno Negeri sahaja.

Mukhriz berkata calon perlu dibenarkan membuat perjumpaan sendiri dengan para perwakilan tetapi wajib memaklumkan kepada pihak perhubungan negeri bagi membolehkan wakil dihantar untuk memantau perjumpaan itu.

Beliau berkata pemantauan akan dibuat bagi memastikan tidak berlaku perkara yang melanggar etika, di samping memberi ruang dan peluang untuk calon berjumpa perwakilan tanpa rasa bimbang diambil tindakan disiplin atau digugurkan kelayakan bertanding.

Katanya perkara itu sangat penting untuk dipertimbangkan memandangkan banyak aduan serta rungutan diterima bukan sahaja daripada calon, malah di kalangan perwakilan sendiri.

"Banyak juga calon yang (perwakilan) belum jumpa dan mereka nak tahu sebenarnya apa bakat dan ketokohan yang ada di kalangan mereka yang menawarkan diri di semua peringkat. Saya harap pihak urusetia dan pengurusan parti dapat pertimbangkan permohonan daripada Umno Kedah ini," katanya.

Sementara itu, katanya pemilihan parti kali ini sangat kritikal kerana belum tahu akan ada pemilihan lagi atau tidak sebelum PRU14.

"Kita bayangkan PRU14 makin getir, lebih payah untuk kita hadapi berbanding PRU13 dan atas sebab itu pemilihan ini sangat penting, kita tak boleh nak suka-suka pilih pemimpin. Biarlah orang yang disenangi rakyat dan boleh menyumbang kepada kemenangan parti (yang dipilih)," katanya. - Bernama


No comments:

Post a Comment