Pages

Monday, 23 September 2013

PEHH !!! PERDANA MENTERI TWEET DARI PEJABAT TWITTER TU !!!! TERBAIK !!! @NajibRazak @twitter



AMERIKA SYARIKAT. Lebih 1.7 juta pengikut Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak @NajibRazak akan merasai pengalaman membaca tweet beliau yang dihantar sendiri dari Ibu pejabat Twitter di San Francisco, California, pada Isnin.

Sebagai seorang yang gemar menghantar tweet dengan 4,999 tweet and 1,745,037 pengikut setakat ini, menurut perangkaan Twitter.Com, Najib dikenali dalam kalangan pemimpin dunia antara yang paling aktif menghantar tweet.

"CEO asing kagum dengan pengetahuannya mengenai IT...beliau malah lebih tahu banyak perkara mengenai aspek teknikal berbanding sesetengah daripada kami. Beliau menarik perhatian CEO dan tokoh usahawan dengan pengetahuannya dalam cara yang mengkagumkan," kata seorang pegawai Malaysia mengulas lawatan kerja perdana menteri ke San Francisco dan New York dari 22 September hingga 29 September.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Najib dijadual melakukan lawatan kerja ke San Francisco untuk mesyuarat tahunan Majlis Penasihat Sain dan Inovasi Global (GSIAC) dari 22 September hingga 24 September dan selepas itu perdana menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-68 Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu di New York dari 25 September hingga 29 September.

Menurut pegawai itu, perdana menteri akan bertemu dengan pegawai kanan Twitter dan melawat ibu pejabatnya sebelum berlepas ke Hotel Fairmont San Francisco di sini untuk menyaksikan pertukaran dokumen mengenai kerjasama antara syarikat Malaysia dan syarikat di Amerika Syarikat.

Beliau juga akan melawat Google di sini pada Selasa dan berjumpa dengan pegawai atasannya serta lapan warga Malaysia yang bekerja dengan Google.

Ditanya mengenai kepentingan lawatan pertama Najib ke Silicon Valley sebagai perdana menteri, pegawai itu berkata, Najib akan menimba pengalaman ekosistem di Silicon Valley yang akan membantu kerajaan dalam pelaksanaan program transformasinya.

"Kami mahu perdana menteri menimba pengalaman di Silicon Valley kerana beliau perlu tahu bagaimana untuk menggunakan data dan strategi analisis data besar untuk orang tertentu (dalam proses transformasi negara)," katanya.

Beliau berkata Najib akan mengadakan pertemuan dengan usahawan data besar, seperti Twitter dan Google, dan mengadakan perbincangan dengan mereka mengenai data besar dan trend masa depan, yang penting untuk gerakan agenda Digital Malaysia yang digalakkan kerajaan.

"Ia sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) kerana ia akan membawa kepada perubahan pada masa depan, seperti dalam bidang pendidikan, apabila bahan mengajar boleh disediakan secara dalam talian untuk pelajar dari tahap prasekolah lagi hingga ke peringkat tertinggi secara percuma.

"Ia merupakan kesinambungan agenda Digital Malaysia dan sebahagian daripada program pendigitalan," kata pegawai itu.

Najib akan diiringi beberapa menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan di San Francisco. - Bernama

No comments:

Post a Comment