Pages

Monday, 16 September 2013

PEMILIHAN UMNO !! TEGURAN TERBUKA BUAT DS JAMIL KHIR !! @dsjamilkhir @NajibRazak




Kali ni mungkin agak menentang apa yang Apj tulis , tapi sebagai rakyat marhaen Apj rasa patut Apj beri pendapat dan teguran demi perjuangan Parti kita.

Apa yang Apj nak katakan adalah mengenai pemilihan jawatan Ketua Bahagian Jerai yang akan diadakan tidak lama lagi , Apj sememangnya sangat rapat dengan parlimen Jerai apabila ditugaskan di Parlimen ini semasa PRU13 lalu.

Ura-ura kedengaran dari akar umbi mengenai hasrat Dato Seri Jamil Khir Baharom mahu mencabar dan merebut jawatan Ketua Bahagian Jerai yang disandang oleh Dato Suhaimi Abdullah sememangnya kuat diperkatakan oleh akar umbi , ada yang menyokong dan ada juga menentang.



Apj bukan menyokong mana-mana pihak tetapi apa yang Apj mahu katakan adalah dari kacamata Apj sendiri yang mahu Umno Jerai terus gah dan kuat.


Apj rasa untuk jawatan Ketua Bahagian Jerai ini , DS Jamil tidak harus bertanding dan terus memberi laluan kepada Dato Suhaimi Abdullah mengekalkan jawatannya sepertimana Dato Suhaimi memberi laluan kepada DS Jamil bertanding di Parlimen Jerai dan membantu sepenuh hati bagi DS Jamil memenanggi Parlimen itu dalam PRU13.

Rakyat dan ahli akar umbi Umno Jerai sendiri mengatahui betapa besar pengorbanan bertahun-tahun lamanya Dato Suhaimi di sini , wang ringgit tak payah cakap la berapa banyak habis.

Walaupun begitu, atas dasar perjuangan Dato Suhaimi dan penyokongnya tetap terus menyokong DS Jamil memenanggi PRU13.

Bukankah satu perghargaan kalau kita membiarkan saja Dato Suhaimi terus mengekalkan jawatan itu!!

Kita di Jerai akan bertambah kuat malah lebih kuat untuk menghadapi PRU14 nanti , kita sudah ada Exco Negeri Kedah iaitu Adun Guar Chempedak , Menteri iaitu Dato Seri Jamil sendiri dan kita ada orang yang berpengalaman iaitu Dato Suhaimi.

Apa lagi yang kita mahu ?? Bukankah kekuatan yang kita perlukan??

Jadi Apj rasa adalah lebih baik dan seharusnya DS Jamil memberi laluan kepada Dato Suhaimi mengekalkan jawatannya sebagai penghargaan pada jasa beliau , dan itu akan membuatkan DS Jamil sendiri akan lebih dihormati oleh rakyat.

Apj menyokong penuh keinginan dan hasrat DS Jamil bertanding untuk Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan nanti.

#DSJamil4MT


No comments:

Post a Comment