Awal pagi ni aku dan sahabat-sahabat ikut program Datuk Ahmad Maslan ke program rumah ke rumah di Batu 16 , Sungai Limau untuk mengenali lebih dekat dengan penduduk Sungai Limau di samping memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Kali ni aku nak coretkan 1 daripada rumah-rumah yang Datuk Ahmad Maslan pergi. Mula-mula sampai di pintu masuk jalan ke rumah Pak Cik Ismail Abd Rahman 66, ini , aku mengucap panjang , rumah yang mulanya aku sangka tidak berpenghuni rupanya di dalamnya tinggal seorang lelaki tua yang aku lihat menghadapi masalah kesihatan.
Aku ingat bila Malaysia dan Kedah khasnya sudah makin maju masalah seteruk ini sudah tak ada tapi inilah realitinya kehidupan. Datuk Ahmad Maslan sendiribaku lihat terkejut dengan keadaan ini.
Hinggakan terkeluar dari bibirnya ' apa yang Pas Kedah dan Pas Sungai Limau buat sepanjang Pas tawan Dun Sungai Limau dari tahun 1995 dahulu dan 5 tahun memerintah Kerajaan Kedah '
Inilah jalan ke rumah Pak Cik ni , kawasan berpaya dan tiada jalan asas untuk dilalui. Kami terpaksa meredah kawasan berair untuk kerumahnya.
Oleh kerana tidak mampu melihat keadaan ini , Datuk Ahmad Maslan mengarahkan pegawainya untuk bergotong royong membantu membersihkan rumah pak cik ini dan bantuan untuk membaiki rumah ini dengan kadar segera.
Raut wajah tua ni aku lihat kembali jernih dan bersyukur pada Allah atas sumbangan dan bantuan segera dari Datuk Ahmad Maslan dan semua jentera Bn yang membantu beliau.
Bagi aku , keadaan ini amat menyedihkan kerana inikah yang dijuangkan Pas selama ini , tidak adakah langsung jentera Pas Sungai Limau yang tahu atau membantu pak cik ini. Dahulu parlimen Jerai pun di kuasai Pas , bukan sahaja Sungai Limau tetapi malangnya apakah sibuk sangat Pas berceramah hingga terlupa rakyat yang susah tidak diperdulikan.
Buat rakyat Sungai Limau keadaan inikah yang kita perjuangkan atau kita mahukan !! Bagaimanakah nasib kita , nasib anak-anak kita , inikah perjuangan Islam yang kita mahukan.
Aku akan kembali ke rumah pak cik ini dengan hasrat nasib beliau terus di bela oleh pemimpin-pemimpin BN mahupun Pas sendiri.
BERANI HIJRAH
SIAPA LEBIH MULIA : FAKTA atau AUTA ?
ReplyDeleteMeh kita banding2kan. Siapa yang lebih mulia keperibadian diri diantara mereka.
Kes 1.
TS Muhidin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.
Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".
Kes 2.
Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.
Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.
Saya ada 2 versi jawapan :
Jawapan pertama : Kalau orang itu penyokong Umno maka dia akan kata " Sudah tentu TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada Ustaz Mohd Azam berdasar kepada fakta ".
Jawapan kedua : Kalau orang itu penyokong Pas maka dia akan kata " Sudah tentu Ustaz Mohd Azam adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek kerana Mohd Azam walau pun telah terbukti menipu tetapi dia adalah seorang ustaz ".
Ulasan saya adalah : Jawapan pertama adalah berdasarkan kepada FAKTA , manakala jawapan kedua adalah berdasarkan kepada AUTA.
Pengundi2 dalan DUN Sungai Limau boleh memilih sama ada FAKTA atau AUTA pada 4 Nov 2013. Apa juga pilihan pengundi DUN Sungai Limau, itu adalah CERMINAN KUALITI OTAK orang2 melayu di Sungai Limau.
Ana Muslimah