Pages

Friday, 4 October 2013

GEMPAR !!! CALON BN DI DUN SUNGAI LIMAU DI UMUM !! FUHH !!! TERBAIK #PRKSGLIMAU



Barisan Nasional (BN) Kedah kini bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau dan akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding bagi kerusi Dun itu, pada 21 Oktober.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pihaknya sememangnya telah mula membuat persiapan sejak dari awal dan jentera parti juga sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Untuk tujuan itu (PRK) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun ke Kedah dan melawat Dun Sungai Limau pada 8 Oktober ini, antara lain bertujuan untuk berbincang dengan pihak kami (BN negeri) mengenai persiapaan menghadapi PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Jabatan-jabatan Agama Islam Kedah di Alor Setar, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belum memutuskan dan sedang berusaha untuk menyenarai pendekkan nama calon yang akan bertanding.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengumumkan tarikh PRK Dun Sungai Limau pada 4 November manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Oktober ini.

Kerusi Dun Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Mengenai tarikh penamaan calon yang hampir dengan pemilihan Umno, Mukhriz berkata perkara itu harus diterima kerana ia telah ditetapkan SPR.

“Kalau dah diputuskan, kita terpaksa menerimanya walaupun dari segi masa contohnya untuk saya sendiri, berkempen pun akan jadi sedikit tersekat.

“Tetapi tak apa, tugas dan tanggungjawab lebih kepada PRK ini… bila-bila kita bersedia, ia tak dianggap sebagai merugikan,” katanya.

- Bernama


Apj : sabaq no tunggu 31 okt ni .. hihi 

No comments:

Post a Comment